Ekor paus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekor paus, seluar dalam thong terdedah dari atas seluar jean naik rendah, bersama-sama dengan tatu bahagian belakang bawah.

Ekor paus (bahasa Inggeris: Whale tail) ialah ikatan pinggang berbentuk Y pada seluar dalam thong atau tali G yang menyerupai ekor ikan paus apabila dinampak di atas garis pinggang seluar jean naik rendah, seluar pendek, atau skirt.[1][2][3] Ia didedahkan di atas seluar, baik secara sengaja mahupun tidak, biasanya sewaktu duduk atau semasa membongkok, tetapi kekadang juga sewaktu berdiri. Kekerapan pendedahannya bergantung kepada gaya seluar, gaya seluar dalam, dan cara seluar dipakai.[4] Pendedahan ekor paus menjadi popular pada awal 2000-an, sempena kebangkitan seluar jean naik rendah dan seluar dalam thong. Bagaimanapun, arah aliran itu yang dipopularkan oleh sebilangan orang yang terkenal, termasuk Christina Aguilera, Victoria Beckham, Mariah Carey, Melanie Blatt, Paris Hilton, Jordan, Anna Kournikova, dan Britney Spears, kemudian merosot dalam dekad yang sama.

Seluar seperti seluar jean naik rendah atau seluar pemeluk pinggul dan seluar dalam thong potongan lebih tinggi direka cipta khas semata-mata untuk meningkatkan dedahan ekor paus.[1][4][5] Arah alirannya juga dikaitkan dengan arah aliran untuk menonjolkan tatu bahagian belakang bawah.[6]

Pada Januari 2006, perkataan "ekor paus" telah dipilih oleh American Dialect Society (Persatuan Dialek Amerika) sebagai "perkataan yang paling kreatif" dalam tahun 2005. Selain daripada pakaian, spoiler belakang yang direka khas untuk Porsche 911 dan kereta yang lain juga dikenali sebagai "ekor paus", sebagaimana juga halnya dengan hujung sejenis salur darah. Konsep garis tampak seluar dalam, belahan punggung, dan lendutan juga amat berkait dengan konsep ekor paus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Kremer, John. "Reduplicatives and Rhyming Words". Sing-Song Words. Open Horizons. http://www.waybackwords.com/reduplicatives.htm. Capaian 2008-10-27. 
  2. Vildasol, Maddox; Angelo Vildasol (2006). The Alphabet of Manliness. Citadel Press. m/s. 147. ISBN 080652720X. 
  3. Flocker, Michael (2006). Death by PowerPoint: A Modern Office Survival Guide. Perseus Books Group. m/s. 219. ISBN 0306815125. 
  4. 4.0 4.1 Various. Art of Dress Designing. Global Media. m/s. 2004. ISBN 8190457578. http://www.google.co.uk/books?id=r_pUDOWOB7MC&pg=PT117&dq=%22whale+tail%22+underwear&ei=SKC2R-vYCJ3stAOZ9d2TBQ&sig=hcWMO2DhyuGJvdN2P6_eGWWUkfg#PPT117. 
  5. Garchik, Leah (2004-08-23). "Daily Datebook". San Francisco Chronicle: F8. "A Hollister spy says the thong visible from the back of low-rise jeans is called a "whale tail."
  6. Hall, Ann C.; Mardia J. Bishop (2007). Pop-porn: Pornography in American Culture. Praeger. m/s. 57. ISBN 0275999203.