Britney Spears
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Britney Spears | |
|---|---|
Britney Spears
|
|
| Maklumat latarbelakang | |
| Nama kelahiran | Britney Jean Spears |
| Lahir | 2 Disember 1981 (umur 26) McComb, Mississippi, USA |
| Asal | Kentwood, Louisiana, USA |
| Genre | Pop, Dance, Pop urban |
| Pekerjaan | penyanyi, penari, penggubah lagu, pelakon |
| Tahun aktif | 1998 – Kini |
| Label | Jive |
| Laman web | www.britneyspears.com |
Britney Jean Spears (lahir 2 Disember 1981) ialah seorang penyanyi muzik pop, penggubah lagu, penari, pelakon dan pengarang berbangsa Amerika Syarikat. Album sulung beliau ...Baby One More Time yang keluar pada Januari 1999, menjadikan beliau seorang bintang antarabangsa.[1] ...Baby One More Time menjayakan lima single, termasuk "...Baby One More Time" yang menerajui Billboard Hot 100.[2] Spears mengeluarkan album studio kedua beliau Oops!... I Did It Again pada Mei 2000 lalu menyamai kejayaan album sebelumnya.[3][1] Album ketiga beliau Britney dikeluarkan pada November 2001, diikuti pengeluaran album keempatIn The Zone pada November 2003. Single "Toxic" dari album ini turut berjaya di pasaran antarabangsa dan memberi penyanyinya Anugerah Grammy beliau yang pertama.[4] Koleksi Greatest Hits: My Prerogative dikeluarkan pada November 2004 diikuti album remix B in the Mix: The Remixes setahun kemudian dan satu masa berhenti kerja yang singkat. Album kelimanya Blackout dikeluarkan di seluruh dunia pada Oktober 2007,[5] menampilkan lagu "Gimme More" yang berjaya lagi di carta sedunia.[6]
Spears telah menjual lebih 83 juta rakaman sedunia, menurut Zomba Label Group.[7] Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) meletakkan beliau sebagai artis wanita kelapan paling laris dalam sejarah muzik Amerika dengan menjual 31 juta album di A.S.[8] Kenamaam Spears dalam industri muzik telah mendorong beliau untuk mencuba bentuk-bentuk media yang lain, termasuk filem dan televisyen. Selaku pelakon, beliau paling dikenali kerana peranan utama beliau di filem keluaran tahun 2002 Crossroads.[9] Spears juga telah membuat penampilan istimewa di pelbagai filem dan rancangan televisyen yang lain. Kejayaan beliau sebagai penyanyi memasukkan beliau ke dalam beberapa urusan pengiklanan dan dukungan berprofil tinggi termasuk jenama wangian sendiri beliau.
Kehidupan peribadi Spears telah banyak menarik perhatian media kerana kemasyhuran beliau. Terutama sekali, perkahwinan beliau kepada Kevin Federline pada tahun 2004. Beliau melahiran dua orang anak lelaki, iaitu Sean Preston (2005), dan Jayden James (2006).[10][11] Perceraian beliau dari Federline pada bulan November 2006 turut dihebohkan media, dan begitu juga perebutan untuk hak jagaan kedua-dua anak mereka.[12][13] Sepanjang 2007, Spears menjadi titik pusat penelitian media kerana kelakuan kontroversi beliau berturut-turut di khalayak awam.[14]
Senarai kandungan |
[sunting] Diskografi
[sunting] Album studio
|
[sunting] Kompilasi dan EP |
[sunting] DVD
|
[sunting] Jelajah
|
[sunting] Undangan
- 2003: "Like a Virgin/Hollywood" (Live) by Madonna feat. Spears, Christina Aguilera, Missy Elliott
from Remixed & Revisited by Madonna - 2006: "Crazy" by Kevin Federline feat. Spears
from Playing with Fire by Kevin Federline
[sunting] Video muzik
Video muzik Spears banyak menyumbang kepada kejayaan kerjaya muzik dan video beliau. Video untuk "...Baby One More Time" menampilkan penyanyi muda ini memakai pakaian seragam sekolah yang mendedahkan bahagian pinggang beliau dan imej inilah yang membantu beliau mencapai darjat bintang super.[15][16] Begitu juga, video "Oops!... I Did It Again" memaparkan Spears yang memakai catsuit merah yang ketat, lalu mencetuskan spekulasi bahawa bintang ini pernah menjalani pengimplanan payu dara.[15][16][17] Imej beliau sebagai "budak baik" diubah oleh video-video untuk "I'm A Slave 4 U", "Toxic", dan "Gimme More" yang banyak menjana kontroversi dan menggambarkan Spears dengan imej yang cenderung kepada "seksi".[16]
[sunting] Single #1
'Single-single berikut mencapai tangga #1 di United World Chart, A.S., United Kingdom, Kanada, Australia, Mexico, Jerman dan/atau Perancis. Untuk diskografi single penuh, lihat Diskografi Britney Spears.
| Tahun | Single | [18][19][20]Peak positions[21][22][23] | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| DUNIA | AS | UK | CAN | AUS | GER | FRA | MEX | ||
| 1998 | "...Baby One More Time" | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 |
| 1999 | "(You Drive Me) Crazy" | 1 | 10 | 5 | 13 | 12 | 4 | 2 | 1 |
| "Born to Make You Happy" | 1 | not released | 1 | 21 | not released | 3 | 9 | 1 | |
| 2000 | "Oops!...I Did It Again" | 1 | 9 | 1 | 4 | 1 | 2 | 4 | 2 |
| "Lucky" | 2 | 23 | 5 | 5 | 3 | 1 | 16 | 1 | |
| 2003 | "Me Against the Music" (feat. Madonna) | 1 | 35 | 2 | 2 | 1 | 5 | 11 | 1 |
| 2004 | "Toxic" | 1 | 9 | 1 | 1 | 1 | 4 | 3 | 1 |
| "Everytime" | 1 | 15 | 1 | 2 | 1 | 4 | 2 | 1 | |
| 2007 | "Gimme More" | 2 | 3 | 3 | 1 | 3 | 7 | 5 | 7 |
| Jumlah hit #1 | 7 | 1 | 5 | 3 | 5 | 2 | 1 | 7 | |
[sunting] Bacaan lanjut
- Peters, Beth (1999). True Brit: The Story of Singing Sensation Britney Spears. Ballantine Books. ISBN 978-0345436870.
- Spears, Britney (2000). Britney Spears' Heart to Heart. Three Rivers Press. ISBN 978-0609807019.
- Scott, Kieran (2001). I was a Mouseketeer!. Disney Press. ISBN 978-0786844708.
- Stevens, Amanda (2001). Britney Spears: the illustrated story. Billboard Books. ISBN 978-0823078677.
- Smith, Sean (2006). Britney The Unauthorized Biography of Britney Spears. Pan Macmillan. ISBN 978-0330440776.
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 editors from FOXNews.com (13 September 2007). Britney Spears biograghy from Fox News. FOX News. Dicapai pada 2007-10-22.
- ↑ Editors from allmusic.com (2006). Britney Spears Single Charts. All Music Guide. Dicapai pada 2007-10-21.
- ↑ editors from alwayscelebrity.com (2003). Biography of Britney Spears on Always Celebrity. Always Celebrity. Dicapai pada 2007-09-18.
- ↑ Sony Music Blog Staff (February 14 2005). Britney Spears Wins Her First Grammy Award.... blog.sonymusic.com. Dicapai pada 2007-02-19.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanblackouttidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukangimmetidak disediakan - ↑ Zomba Records Editors (2007). Britney Returns with "Gimme More" - BLACKOUT in Stores November 13th. zombalabelgroup.com. Dicapai pada 2007-10-05.
- ↑ RIAA Editors. Top Artists. RIAA.com. Dicapai pada 2007-04-28.
- ↑ Crossroads movie. imdb.com. Dicapai pada 2007-08-26.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanseantidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanjaydentidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukandivorcetidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanagreementtidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanstruggletidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukangalegrouptidak disediakan - ↑ 16.0 16.1 16.2 Jenny Eliscu, Spears's career biography from the booklet of Greatest Hits: My Prerogative, page 2–4, Zomba Recording LLC, 2004
- ↑ editors from tvguide.com (2 June 2000). Oops!... Britney's Video Mishaps. tvguide.com. Dicapai pada 2007-10-14.
- ↑ Editors from aCharts.us. Britney Spears worldwide chart positions since 2003. aCharts.us. Dicapai pada 2007-10-24.
- ↑ Editors from Allmusic.com. Britney Spears Billboard Singles. Allmusic.com. Dicapai pada 2007-01-06.
- ↑ Editors from EveryHit.com. UK Top 40 Hit Database. EveryHit.com. Dicapai pada 2007-01-06.
- ↑ Editors from australian-charts.com. Australian Singles Chart. AustralianCharts.com. Dicapai pada 2007-01-06.
- ↑ Editors from MediaTraffic.de. United World Chart. MediaTraffic.de. Dicapai pada 2007-01-06.
- ↑ Editors from mariah-charts.com. Britney Spears chart listings. mariah-charts.com. Dicapai pada 2007-10-29.
[sunting] Pautan luar
- Under Construction Official website
- Official UK website
- Britney Spears di MySpace
- Britney Spears di Internet Movie Database
| Anugerah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh: Kylie Minogue for Come Into My World |
Anugerah Grammy untuk Rakaman Tarian Terbaik 2005 for Toxic |
Diikuti oleh: The Chemical Brothers for Galvanize |

