Pakaian dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Seluar dalam)
Lompat ke: pandu arah, cari
Seluar dalam wanita ("panties atau knickers")
Seluar dalam boxer lelaki

Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya. Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberik eksan berahi. Jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan. Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.

Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan seluar dalam lelaki, seluar pendek boxer, dan seluar dalam boxer. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk T-shirts, baju tanpa lengan (juga dipanggil singlet), Bikini, Thong, dan G-string.

Terminologi[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa istilah lain untuk pakaian dalam. Baju dalam, kain dalam dan seluar dalam khusus merujuk kepada baju, kain dan seluar yang dipakai di bawah pakaian biasa. Istilah untuk jenis-jenis pakaian dalam khusus disenaraikan dalam jadual di bawah.

Pakaian dalam wanita secara keseluruhannya dipanggil lingeri.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Pakaian dalam dipakai bagi beberapa sebab. Ia mengelakkan pakaian luar daripada menjadi kotor oleh peluh, kencing[1], air mani dan najis[2]. Coli wanita memberikan sokongan bagi buah dada mereka, dan seluar dalam lelaki berfungsi sama bagi alat kelamin lelaki; korset boleh dipakai sebagai pakaian asas bagi menukar bentuk tubuh wanita. Sebagai sokongan tambahan dan perlindungan ketika bermain sukan, lelaki sering kali mengenakan pakaian dalam lebih ketat dan muat, termasuk sokongan bagi alat kelamin and seluar dalam petinju. Wanita boleh memakai coli sukan yang memberi sokongan lebih baik seterusnya memberi lebih keselesaan ketika melakukan kegiatan luar seperti bersenam dan berjoging.

Di negara beriklim sejuk, pakaian dalam menjadi pakaian tambahan untuk mengekalkan kehangatan. Pakaian dalam boleh digunakan untuk memelihara kesopanan si pemakai. Pakaian dalam juga dipakai untuk menimbulkan keghairahan.

Beberapa jenis pakaian direka sebagai pakaian dalam sementara pakaian lain seperti kemeja T dan sesetengah seluar pendek sesuai digunakan sebagai pakaian dalam atau di pakai di luar. Kesesuaian pakaian dalam di pakai di luar bergantung kepada iklim dan norma masyarakat, fesyen atau syarat-syarat undang-undang. Pakaian dalam juga boleh digunakan sebagai baju tidur atau baju mandi bergantung kepada bahan ia dibuat.


Fungsi keagamaan[sunting | sunting sumber]

Two-piece-style Mormon temple garments

Pakaian dalam juga boleh mempunyai makna keagamaan:

A woman in a camisole, garters and stockings

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. US Patent Number 6447493
  2. Voelkel, Megan (July 31, 2000). "Germ Warfare". The Standard. Diperolehi pada May 23, 2009. 
  3. "About Tzizit". JewishBazaar.com. Diperolehi pada 2007-05-01. 
  4. "Preparing to enter the Holy Temple". The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints. Diperolehi pada 2008-04-02. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]