Ektasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ektasis
1400 – 1200 Ma
</noinclude>
Peta Bumi pada akhir tempoh Ektasis, sekitar 1260 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasDitakrifkan secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[1]

Ektasis (dari Bahasa Yunani Kuno: ἔκτασις, éktasis, bermaksud "lanjutan") merupakan nama tempoh geologi kedua dalam Era Mesoproterozoik dan berlangsung dari 1400 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 1200 jtd. Berbanding bergantung kepada stratigrafi, tarikh untuk tempoh ini ditakrifkan secara kronometrik.

Secara geologi nama itu merujuk kepada pengembangan berterusan penutup platform dalam tempoh ini. Dalam tempoh Ektasis awal, sehari adalah 17 jam dan 32 minit. Pada penghujung Ektasis, sehari menjadi 18 jam dan 28 minit.

Tempoh ini menarik untuk bukti pertama pembiakan seksual. Bentukan Hunting di Pulau Somerset, Kanada yang berusia 1.2 bilion tahun ditarikhkan bermula dari penghujung tempoh Ektasis. Ia mengandungi mikrofosil filamen multisel Bangiomorpha pubescens (sejenis alga merah), yang merupakan makhluk eukariot yang terawal ditentukan secara taksonomi. Organisma ini merupakan organisma pertama yang mempamerkan pembiakan seksual, yang merupakan ciri penting untuk kehidupan multisel yang kompleks. Kehidupan multisel kompleks berbeza daripada kehidupan multisel "ringkas", seperti koloni organisma yang hidup bersama. Organisma multiselular sebenar mengandungi sel yang khusus untuk fungsi yang berbeza. Hal ini sebenarnya juga merupakan ciri penting pembiakan seksual, kerana gamet jantan dan gamet betina merupakan sel khusus. Organisma yang membiak secara seksual mesti menyelesaikan masalah berkaitan pembentukan keseluruhan organisma bermula dengan hanya sel-sel germa.

Pembiakan seksual dan keupayaan gamet untuk berkembang menjadi organisma adalah pendahuluan yang diperlukan kepada kehidupan multisel sebenar. Malah, kita cenderung menganggap pembiakan seksual dan kehidupan multisel sebenar berlaku pada masa yang sama, dan kehidupan multisel sebenar selalunya diambil sebagai penanda untuk pembiakan seksual.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Mesoproterozoic Era". essayweb.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2011. Dicapai pada 13 September 2011.
  • James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.