Fanerozoik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penunjuk kepelbagaian haiwan pada masa Fanerozoik

Fanerozoik adalah suatu eon pada skala waktu geologi yang memiliki kehidupan haiwan yang sangat banyak. Masa ini telah bermula lebih kurang sejak 545 juta tahun yang lalu sewaktu haiwan bercangkang keras pertama kali muncul dan masih wuju hingga kini. Namanya diturunkan dari bahasa Yunani yang bermaksud "kehidupan terlihat", merujuk kepada saiz organisme sejak ledakan Kambria. Fanerozoik dibahagi kepada tiga era: Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik.

Masa sebelum bermulanya eon ini disebut Prakambra yang turut dibahagi menjadi eon Hadean, Arkean, dan Proterozoik. Batasan tepat antara Fanerozoik dan Prakambia agak sukar dipastikan. Pada abad ke-19, batasnya diletakkan pada fosil pertama metazoa. Namun, kebelakangan ini telah memberi pengenalan kepada beberapa ratus taksa metazoa Prakambia melalui kajian sistematik yang bermula sejak 1950-an. Kebanyakan ahli geologi dan paleontologi menetapkan batas antara Prakambia dan Fanerozoik pada beberapa titik: sewaktu trilobit dan archaeocyatha pertama kali muncul; sewaktu Trichophycus pedum, suatu organisma penggali kompleks, pertama kali muncul; atau pada kemunculan pertama suatu kelompok organisme kecil bercangkerang yang dinamakan "fauna kecil bercangkerang". Tiga titik sempadan masa ini memiliki perbezaan beberapa juta tahun satu dengan yang lain.

Tempoh waktu Fanerozoik merangkumi kemunculan banyak filum haiwan; evolusi filum-filum tersebut menjadi pelbagai bentuk; kemunculan tumbuhan darat; perkembangan tumbuhan kompleks; evolusi ikan; kemunculan haiwan darat; serta perkembangan fauna moden. Sepanjang tempoh ini, plat bumi perlahan bergabung menjadi suatu daratan tunggal yang sangat luas yang disebut Pangea yang selanjutnya terpisah menjadi bentuk-bentuk benua seperti sekarang.

Prakambria  
(Hadean) Archean Proterozoik Fanerozoik
Eon Fanerozoik
Era Paleozoik Era Mesozoik Era Senozoik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)