Proterozoik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stromatolit dari zaman Proterozoik.

Proterozoik adalah eon yang mewakili suatu tempoh sebelum melatanya kehidupan kompleks pertama di muka Bumi. Masa ini berlangsung antara 2500 sampai 542 (± 1) juta tahun yang lalu dan merupakan bahagian Prakambria. Proterozoik didahului oleh eon Arkean dan dilanjutkan oleh Fanerozoik dan terdiri dari tiga era yang berturut-turut dari yang paling tua: Paleoproterozoik, Mesoproterozoik, dan Neoproterozoik.

Peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada tempoh ini antara lain adalah: peralihan menjadi atmosfera beroksigen pada era Mesoproterozoik; beberapa proses pengglasieran, termasuk terjadinya hipotesis "Bumi Bola Salji" (Snowball Earth) semasa Zaman Kriogenian pada akhir Neoproterozoik; serta Zaman Ediakaran (635 hingga 542 juta tahun yang lalu) yang ditandai dengan evolusi organisma multisel.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Stanley, Steven M. (1999). Earth System History. New York: W.H. Freeman and Company, 315. ISBN 0-7167-2882-6.

Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)