El Puerto de Santa María
El Puerto de Santa María (bahasa Melayu: Pelabuhan Santo Maryam; sering disingkat sebagai El Puerto oleh penduduk tempatan) ialah sebuah perbandaran di wilayah Cádiz, Andalusia, Sepanyol.
[sunting] Geografi
Terletak di tebing Sungai Guadalete, penduduk bandar ini seramai kira-kira 83,101 orang pada tahun 2006. Dengan keluasan 159 km², bandar ini mencapai kepadatan penduduk seramai 522,6 orang/km². El Puerto de Santa María terletak pada koordinat 36º 36' LU, 6º 13' BB. Ketinggian bandar ini mencapai 6 m dan terletak 21 km dari bandar Cádiz.
El Puerto de Santa María terletak di persisiran Lautan Atlantik, di dalam Teluk Cádiz, selatan Pergunungan San Cristóbal; dibatasi oleh Sanlúcar de Barrameda, Jerez de la Frontera, Rota, Puerto Real, dan Cádiz di seberang teluk. Bandar ini memiliki garis pantai sepanjang 22 km.
[sunting] Pelancongan
Pelancongan merupakan industri penting di El Puerto de Santa María, terutama disebabkan oleh keindahan landskap pantainya, dan juga pertunjukan matador yang diselenggarakan sepanjang musim panas. Daerah-daerah yang penting di El Puerto de Santa María adalah: Fuenterrabía, Santa Catalina (Los Curas, Las Redes, Vistahermosa-El Buceador), Valdelagrana, La Puntilla-La Colorá), La Calita, El Aculadero, di Levante (wilayah pelancongan berteraskan alam) dan La Muralla. Di bandar ini juga ada Taman Alam Teluk Cádiz.
[sunting] Bandar kembar
- Brighton, United Kingdom
- Coral Gables, Amerika Syarikat
- Dahira La Güera, Republik Demokratik Arab Sahrawi
- Texcoco, Mexico
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: El Puerto de Santa María |