Ela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Satu ela ialah unit ukuran Inggeris untuk panjang yang ditakrifkan sebagai tiga (3) kaki, tiga puluh enam (36) inci, atau 1/1760 batu. Satu ela adalah sama dengan 0.9144 meter dalam Sistem Unit Ukuran Antarabangsa (SI). Dua ela menjadi satu fatom. Ukuran luas yang sepadan ialah ela persegi.

Ela yang awal di United Kingdom dibahagikan melalui kaedah perduaan menjadi dua, empat, lapan dan enam belas bahagian dan masing-masing digelarkan sebagai "setengah ela" (half-yard), "jengkal" (span), "jari" (finger), dan "kuku" (nail).

Nama "ela" dalam bahasa Inggeris, iaitu yard, berasal daripada perkataan "cabang lurus" atau "rod", tetapi asal yang tepat untuk ukuran ini tidak dapat dipastikan. Ada yang mempercayai bahawa ela berasal daripada hasta kembar. Satu "hasta" ialah jarak lengan bawah di antara siku dengan jari tengah. Ada juga yang mempercayai bahawa ela datang daripada jarak langkah ketika berjalan biasa. Satu postulat mengatakan bahawa ela berasal daripada lilitan pinggang, sedangkan satu postulat lagi menuntut bahawa ukuran ini dicipta oleh Henry I dari England dan merupakan jarak antara hujung hidung dengan hujung ibu jari baginda. Kesemua ini lebih mungkin merupakan peristiwa pemiawaian berbanding penciptaan ukuran ini.

Beberapa pemiawaian ela telah dibuat dan menghasilkan panjang kayu ukur yang berbeza-beza. Ela moden merupakan tolak ansur antara piawai lama British dan Amerika Syarikat yang ditentukur berdasarkan meter.