Inci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1 inci =
Unit antarabangsa
0.0254 m 2.54 sm
0.0000254 km 25.4 mm
254,000,000 Å 1.697885129e-13 AU
8.231579396e-19 pc 2.684782118e-18 LY
Unit Inggeris
1 inci 0.08333 kaki
0.02778 ela 0.000015783 batu
0.000013715 NM 0.000015783 mi
0.013888889 fatom 0.000126263 fur

Inci adalah unit imperial untuk mengukur panjang. Sweden juga pernah sekejap mempunyai "inci perpuluhan" berasaskan sistem metrik.

Menurut sebahagian sumber, inci pada asalnya ditakrifkan sebagai jarak antara hujung ibu jari dengan ruas pertama ibu jari. Sebahagian sumber lain pula menyatakan pernah pada satu masa inci ditakrifkan sebagai ela, dikatakan ditakrifkan sebagai jarak antara hidung Henry I dari England hingga ibu jarinya. Terdapat dua belas inci dalam satu kaki, dan tiga kaki menjadi satu ela.

Perkataan bagi "inci" sama bagi perkataan "ibu jari" dalam sesetengah bahasa:

Inci antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perkakasan pertengahan abad ke-19 untuk menukarkan unit piawaian inci yang berlainan

Disebabkan jarak inci adalah berdasarkan ukuran jari/tangan manusia, nilainya agak berbeza mengikut tempat. Oleh itu, satu unit inci piawai antarabangsa telah ditetapkan bersamaan dengan 25.4 mm.