Empayar Inka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Empayar Inca)
Lompat ke: pandu arah, cari
Perkembangan Empayar Inca

Empayar Inca (atau Empayar Inka) adalah sebuah empayar yang terletak di negara yang kini dikenali dengan Peru dan Ecuador dari tahun 1438 sehingga tahun 1533. Inka disebut sebagai peradaban "pra-Columbus, ertinya sebuah kerajaan yang sudah wujud sebelum kedatangan Christopher Columbus lagi. Selama tempoh kerajaan tersebut, Inka menguasai sebagian besar wilayah Amerika Selatan bahagian barat yang berpusat di Pergunungan Andes hingga 1533, ketika waktu pemerintahan bangsa Sepanyol, pihak kolonial penjajah Sepanyol telah menyerbu negeri itu. Atahualpa yang merupakan Raja Inka (Sapa Inca) terakhir, tewas terbunuh oleh penjelajah Sepanyol yang bernama Francisco Pizarro, yang juga menandai awal masa berkuasanya kerajaan Sepanyol di kawasan tersebut.

Kerajaan Inka terdiri daripada empat suyu (kawasan atau wilayah). Bahasa rasmi kerajaan itu adalah bahasa Quechua, walaupun ada sekitar 700 bahasa tempatan yang digunakan. Suku Inka melakukan pemujaan atas dewa-dewa, dengan Inti sebagai dewa matahari sekaligus dianggap sebagai dewa yang paling besar.

Ibu negaranya terletak di Cuzco, atau disebut juga Qosqo, di selatan Peru kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]