Empayar Mexico Pertama
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Empayar Mexico Pertama merupakan nama rasmi bagi Mexico yang merdeka di bawah rejim monarki bermula pada tahun 1821 sehingga tahun 1823. Wilayah Empayar Mexico termasuk provinsi-provinsi New Spain serta bekas Captaincy General of Guatemala. Selepas pengistiharan kemerdekaan pada 27 September, 1821, menjadi tujuan parlimen Mexico bagimewujudkan sebuah komonwel di manaRaja Sepanyol, Ferdinand VII, akan menjadi Maharaja Mexico, akan tetapi kedua-dua negara akan ditadbir oleh undang-undang yang berasingan dengan pegawai perundangan masing-masing. Sekiranya raja menolak kedudukan ini, undang-undang membenarkan ahli Kerabat Bourbon untuk menaiki takhta Mexico. Walaubagaimanapun, Ferdinand VII tidak mengakui kemerdekaan negara ini dan mengatakan bahawa Sepanyol tidak membenarkan mana-mana putera Eropah mengambil takhta Mexico. Berdasarkan permintaan Parlimen, Agustín de Iturbide dari Mexico ditabalkan sebagai Maharaja Mexico.
Sejarah [sunting]
Jangka hayat Empayar Pertama Mexico adalah singkat, bertahan hanya selama lapan bulan bermula pada 21 Julai, 1822 sehingga 19 Mac, 1823, dan memiliki hanya seorang maharaja iaitu Agustín de Iturbide.