Erul Samah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khairul Najmuddin bin Abu Samah (lahir pada 5 Disember 1991) lebih dikenali sebagai Hyrul Mentor, kemudian Erul AF dan mulai 2015 sebagai Erul Samah.

Langkah beliau dalam arena seni bermula dengan menyertai Mentor 2009 dan membentuk kumpulan duo, EVO bersama Sani, kini lebih dikenali sebagai Hael Husaini. Mereka merupakan protégé kepada Jaclyn Victor. Pada tahun 2011, Erul yang masih menuntut di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menyertai Akademi Fantasia 9 dan meraih perhatian umum dengan menampilkan imej dan muzik kpop yang masih asing dalam kalangan penggemar muzik tempatan tetapi mempunyai pengikut tersendiri dalam kalangan golongan remaja.

Erul Samah
Nama lahirKhairul Najmuddin bin Abu Samah
Juga dikenali sebagai
Erul Samah
Kelahiran (1991-12-05) 5 Disember 1991 (umur 32)
Kuala Lumpur
GenreKpop, Pop, Ballad, Dance Music
InstrumenVokal
Tahun aktif2011 - Kini
Syarikat rakaman
Next Stage Music

Akademi Fantasia 9[sunting | sunting sumber]

Pada April 2011, Erul berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti kelas di Akademi Fantasia Musim 9 kali ini. Namun malangnya, perjuangannya terhenti apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir, iaitu pada konsert minggu kesembilan berikutan undian SMS yang tidak memihak kepada beliau. Berikut adalah persembahan beliau dalam akademi;

Konsert Lagu & Penyanyi asal Ked.
Minggu Tirai "I'll Be Back"" nyanyian asal 2PM / "Kasih Tercipta" nyanyian asal Faizal Tahir -
Minggu 1 "Ganas" nyanyian asal KRU 2nd
Minggu 2 "Cinta Untuk Nabila" nyanyian asal Melissa 2nd
Minggu 3 "Awan Nano" nyanyian asal Hafiz Suip 2nd
Minggu 4 "Wanita Seluruh Dunia" nyanyian asal Projek Pistol 4th
Minggu 5 "Dance Little Sister" nyanyian asal Terence Trent D'Arby 5th
Minggu 6 "Janji" nyanyian asal Akim Ahmad 5th
Minggu 7 "Antara Hujan dan Airmata" nyanyian asal Dato' Sudirman Arshad 4th
Minggu 8 "Bunga Angkasa" nyanyian asal Terra Rossa 4th
Minggu 9 "Nadiku" nyanyian asal Sabhi Saddi Tersingkir

Pasca Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Erul sempat mengeluarkan satu single bersama Maestro berjudul Legasi Cleopatra. Dia kemudiannya mengacara program TV kanak-kanak berkenaan sains di RTM 2.

Pada tahun 2013, Erul menjadi naib johan pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua, rancangan pencarian bakat kpop di negara-negara Jepun, Filipina, Singapura,Thailand.[1]

Selain itu, beliau juga telah membintangi drama melayu Hanbok Untuk Hanis sebagai Sung Jae yang melibatkan 13 episod yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2014. Diikuti pula drama bersiri 30 episod BIB sebagai watak utama antagonis Azri, yang melibatkan pelakon hebat seperti Raja Afiq, Shah Iskandar, Ben Amir, Manggis, Ika Nabila & ramai lagi.

Pada tahun 2015, Erul telah mengikat perjanjian dengan Syarikat rakaman Rumpun Records dan setahun kemudian, mengeluarkan satu single berjudul Lebih Dari Kata. Dalam tahun yang sama, beliau dan beberapa artis Rumpun Records seperti Jes Ebrahim, Hafiz Zainal, Mohaid, Harris Alif, ROHI, Nik Qistina, Feeya Iskandar & Azeera Azizi, telah berganding bahu dan mengeluarkan single Raya berjudul Raikan Raya. Beliau kemudiannya telah meninggalkan Syarikat rakaman tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan pada tahun 2017.

Setelah mendiamkan diri selama beberapa tahun, Erul telah membentuk syarikat rakamannya sendiri, Next Stage Music, pada tahun 2019.

Pada tahun 2021, Erul mengeluarkan semula single Manusia Biasa yang pernah menjadi runut bunyi untuk drama melayu Hanbok Untuk Hanis yang dibintangi beliau pada tahun 2014. Single Android yang menjadi runut bunyi untuk drama Aku Robot pada tahun 2012 juga dikeluarkan semula pada tahun seterusnya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album Runut Bunyi Syarikat Rakaman
2011 Legasi Cleopatra Bintang AF9 Measat Broadcast Network System Sdn Bhd
2012 Android Single Drama Aku Robot (2012) Re-release in 2022 by Next Stage Music
2014 Manusia Biasa Single Drama Hanbok Untuk Hanis (2014)

Drama Kusinero Cinta (2014)

Drama Mencintaimu (2015)

Re-release in 2021 by Next Stage Music
2016 Bersama Sama Bintang AF Aidilfitri Measat Broadcast Network System Sdn Bhd
2016 Lebih Dari Kata Single Drama Patahnya Sebelah Sayap (2016) Rumpun Records Sdn Bhd
2016 Raikan Raya Single Kantjil Sdn Bhd
2018 Teristimewa Single Drama Cinta Tanpa Henti (2019) Nova Music (M) Sdn Bhd
2021 Tak Bisa Single VNE GLOBAL

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Program Television[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Karipap Cinta (2014)
  • Anak Patung (2015)
  • Maulud Datang Lagi (2021)

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Minat Erul dalam muzik kpop turut disokong oleh abang beliau. Dalam diari AF9, abang dan peminat-peminatnya membuat flash mob di luar rumah kaca tempat peserta AF9 berlatih, dengan dilatari lagu Super Junior.

Keluarga Erul juga sempat mengusahakan kedai menjual pakaian dan cenderamata yang berkonsepkan Kpop.

Erul memperlahankan karier seninya atas pemergian bapa tercinta pada 2014.[2]

Kini, nama Erul Samah melonjak naik dan menjadi sebutan semula peminat apabila seringkali meninggalkan komen di beberapa laman terkenal media sosial hiburan. Dek kerana itu, beliau digelar Raja Komen oleh peminat.

Sumber[sunting | sunting sumber]