Faizal Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faizal Tahir
Faizal Tahir ketika membuat persembahan di anugerah Juara Lagu 23
Latar belakang
Nama asal Faizal Tahir
Nama lahir Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Kelahiran 26 Oktober 1978 (35 tahun)
Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Rock, Balada
Pekerjaan Penyanyi, Penulis lirik
Tahun aktif 2004-kini
Label Monkey Bone Records (2006-kini)
Kegiatan berkait Suki Low, Alif Satar


Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir ataupun lebih kenali sebagai Faizal Tahir dilahirkan pada 26 Oktober 1978 (35 tahun). Berasal dari Kuala Lumpur, dia merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sewaktu di bangku sekolah, beliau merupakan seorang ahli perbahasan dalam bahasa inggeris untuk Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1995. Semasa di sekolah itu juga, beliau mempunyai kumpulan muzik yang sangat aktif dan ahlinya terdiri dari kawan-kawan sekolah yang sama. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau menuntut di UiTM.[perlu rujukan] Faizal kini sudah beristerikan Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM[1], dan rumahtangga mereka di Selangor diisi empat cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa'ie Zidane (lahir 18 Februari 2009) dan seorang lagi anak perempuan (lahir 19 Mac 2011)[2]. Faizal merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio. Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin "mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih".[3]

Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana danRast.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal dan One in a Million[sunting | sunting sumber]

Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.

Sepanjang pertandingan OIAM, Faizal mendendangkan:

  1. "Chariot" – Gavin DeGraw (Top 20)
  2. "I Don't Wanna Be" – Gavin DeGraw (Top 12)
  3. "With A Little Help From My Friends" – Joe Cocker (Top 10)
  4. "Are You Gonna Be My Girl" – Jet (Top 9)
  5. "L.O.V.E." - Ashlee Simpson (Top 8)
  6. "Warisan Wanita Terakhir" – Teacher's Pet (Top 7)
  7. "Elevation" - U2 (Top 6)
  8. "Superstition" - Stevie Wonder (Top 6)
  9. "Superman" - Five for Fighting (Top 5)
  10. "Raikan Cinta" – M. Nasir (Top 5)
  11. "Have a Nice Day" - Bon Jovi (Top 4)
  12. "Bohemian Rhapsody" - Queen (duet dengan Deja Voodoo Spells) (Top 4)
  13. "Save Me" - Remy Zero (Top 3)
  14. "Kenangan Terindah" - Samsons (Top 3)
  15. "Mahakarya Cinta" - Lagu gubahan baru (Grand Finale)
  16. Medley "We Will Rock You", "L.O.V.E." dan "I Don't Wanna Be" - Queen, Ashlee Simpson dan Gavin DeGraw (Grand Finale)

Pada permulaan persembahan Grand Finale, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu "Mahakarya Cinta" gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.

Faizal mengeluarkan single kedua beliau, "Kasih Tercipta", sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dilantik sebagai duta Malaysia yang tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes sempena pembukaan butik pertamanya di 1 Utama pada Jun 2007[4], kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz selama dua musim (2007-2008), dan merakam lagu "Gemuruh" sebagai lagu tema pertandingan nyanyian My Starz LG.

2007–2008: Aku.Muzik.Kamu, kontroversi buka baju[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu

Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran pada 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll"). Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.[5]

Walau bagaimanapun, pada malam 13 Januari 2008, kerjaya Faizal tercemar apabila mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung.[6] Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:

Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.[7]

Akibatnya, pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama.[8]

Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.[9] Apapun, ini tidak menghalang Faizal dari merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik.[10]

Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[11][12]

Faizal menyertai akhbar Berita Harian sebagai kolumnis "Aku.Muzik.Kamu" dalam sisipan B-Pop dalam Berita Mingguan (setiap Ahad) mulai 5 Julai 2008.[13]

2009–2010: Adrenalin, kunjungan ke Palestin[sunting | sunting sumber]

Faizal memenangi anugerah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik di AJL 23.

Faizal akhirnya muncul di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009, di mana beliau merangkul tiga anugerah untuk lagu "Sampai Syurga" iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Akan tetapi, timbulnya desas-desus bahawa Faizal Tahir hendak bersara dari bidang nyanyian untuk meluangkan lebih masa bersama keluarganya, tetapi akhirnya disangkal dengan kemunculan single "Bencinta" di corong-corong radio.[14]

Pada pertengahan tahun 2009, Faizal meminjamkan suaranya kepada sebuah lagu patriotik ciptaan Audi Mok dengan liriknya oleh Nur Fatima sebagai penyertaan dalam pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia. Lagu yang bertajuk "Malaysia Satu" ini menumpaskan sembilan calon yang lain menerusi undian orang awam untuk memenangi pertandingan tersebut, sekaligus [15][16]

Pada 20 November beliau sepatutnya bertarung di program Muzik-Muzik peringkat separuh akhir. Namun beliau tidak ikut serta dalam acara itu selepas dimasukkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 18 November kerana mengalami masalah jangkitan kuman di paru-parunya.[17] Oleh itu, lagu beliau, "Bencinta" terpaksa dinyanyikan oleh Shila, penyanyi yang lahir dari program realiti yang sama dengan beliau, One In A Million musim 2.[18]

Walau bagaimanapun, lagu "Bencinta" layak ke acara Anugerah Juara Lagu 24, dan Faizal menangkis keraguan peminat dengan kemunculannya di malam kemuncak pada 11 Januari 2010, walaupun terpaksa bertongkat kerana belum sembuh sepenuhnya. Lagu tersebut berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di AJL kali ini.[19]

Pada Februari 2010, Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Aizat untuk menjayakan Konsert Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions. Konsert tersebut berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, selama tiga hari, iaitu 12–14 Februari.[20]

Album kedua Faizal, Adrenalin keluar dalam bentuk muat turun digital di perkhidmatan muzik digital terpilih pada Disember 2009, diikuti keluaran umum dalam bentuk CD pada 11 Mac 2010. Ini menimbulkan kemusykilan sesetengah pihak mengenai kelayakan album ini ke Anugerah Industri Muzik ke-17 gara-gara tarikh keluarannya. Faizal membidas dakwaan tersebut dengan menjelaskan perihal keluaran awal bentuk digital tersebut.[21]

Pada Jun 2010, Faizal dilantik oleh TV3 sebagai duta "Bebaskan Bumi Palestin"[22], sebuah kempen yang dilancarkan sebagai balasan kepada kejadian rampasan kapal bantuan kemanusiaan oleh pasukan pertahanan Israel di perairan Jaluran Gaza pada bulan sebelumnya. Beliau memasuki kawasan berkenaan menerusi sempadan Lubnan pada 12 Ogos[23] dan bermalam bersama warga Palestin di situ selama enam hari sehingga 17 Ogos.[24] Sekembalinya dari situ, Faizal menjawab sidang media: "Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana."[24]

Liputan jelajah beliau di bumi Palestin turut dirakam untuk rancangan istimewa Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin yang disiarkan di TV3 pada 25 Ogos, 1 September dan 8 September 2010 sempena musim Ramadan dan Aidilfitri.[23]

Selepas konsert Satu Suara, Faizal sekali lagi membintangi konsert iaitu "Fenomena Faizal Tahir" yang dirakam di Sri Pentas 2, Shah Alam pada 8 Ogos 2010[25], untuk disiarkan di TV3 pada 11 September, pukul 6 petang sempena menyambut Aidilfitri.[26] Dalam konsert ini, Faizal ditemani oleh tiga artis khas iaitu Azlan and the Typewriter, Adibah Noor dan M. Nasir.

2011–kini[sunting | sunting sumber]

Faizal Tahir membuka tirai 2011 dengan agak cemerlang apabila merangkul anugerah Persembahan Terbaik untuk lagu "Hanyut" di Anugerah Juara Lagu ke-25.

Pada 29 April, Faizal melancarkan video muzik "Karma" kepada umum menerusi tapak web gua.com.my.[27] Lagu tersebut memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan pada tahun berikutnya.[28] Dalam persembahan AJL tersebut, Faizal dilaporkan meluahkan hasratnya untuk membakar diri di atas pentas tetapi dihalang oleh pihak penerbitan, maka beliau hanya membakar piano yang dibawanya ke atas pentas.[29]

Faizal Tahir juga dipilih untuk menjadi seorang mentor di pertandingan Mentor musim 2012, walaupun pada mulanya berasa ragu untuk menerimanya.[30] Beliau bersama anak didik atau protege beliau, Anas Ridzuan, menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan realiti tersebut.


Pada 1 Julai 2012, Faizal Tahir mengadakan 'konsert' pertamanya selaku artis rakaman di KL Live.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
Bursa Muzik Malaysia ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2010 Hanyut Adrenalin 8 - - -
2011 Karma 25 - - -

Lagu lain[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2008 (AIM15) Artis Baru Terbaik Faizal Tahir Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Aku.Muzik.Kamu Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Liang - After 8
Album Rock Terbaik Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) La Da Di Dum Dicalonkan Hafiz Hamidun - Last Breath
Lagu Terbaik Mahakarya Cinta Dicalonkan Kaer Azami - Izinku Pergi
Album Terbaik Menang
2009 (AIM16) Video Muzik Terbaik Sampai Syurga Aku.Muzik.Kamu Dicalonkan Butterfingers - 1000 Tahun
2010 (AIM17) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Bencinta Adrenalin Dicalonkan Hazami - Survivor
Lagu Rock Terbaik Dicalonkan Bunkface - Situasi
Album Rock Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
2011 (AIM18) Video Muzik Terbaik Karma Adrenalin Dicalonkan Aizat Amdan - Susun Silang Kata
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Biar Faizal Tahir Dicalonkan Hafiz Suip - Bahagiamu Deritaku
Lagu Rock Terbaik Vortex Dicalonkan Amy Search - Di Bawah Gerbang Skaea
Kulit Album Terbaik Dicalonkan Hazama - Penglipur Lara

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2007 (AJL 22) Kasih Tercipta OST - Waris Jari Hantu Ajai Shuhaimi Baba Balada Dicalonkan
Mahakarya Cinta Aku.Muzik.Kamu Audi Mok Mohd Shariza Shamsiri Dicalonkan
2008 (AJL 23) Cuba Audi Mok Faizal Tahir Balada Dicalonkan
Sampai Syurga Audi Mok Faizal Tahir Menang
Audi Mok Faizal Tahir Vokal Terbaik Menang
Audi Mok Faizal Tahir Persembahan Terbaik Menang
2009 (AJL 24) Bencinta Adrenalin Audi Mok Faizal Tahir Terbuka Menang
  • Tempat Ketiga
2010 (AJL 25) Selamat Malam Audi Mok Faizal Tahir Terbuka Dicalonkan
Hanyut Audi Mok Faizal Tahir Dicalonkan
Audi Mok Faizal Tahir Persembahan Terbaik Menang
2011 (AJL 26) Karma Audi Mok Faizal Tahir Terbuka Menang
  • Tempat Ketiga

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2008 Artis Baru Lelaki Terbaik Aku.Muzik.Kamu Menang
Artis Lelaki Paling Popular Menang
2009 Artis Malaysia Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza
Artis Serantau Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza
2011 Artis Lelaki Terbaik Adrenalin Menang
Lagu Terbaik Malaysia Hanyut Adrenalin Dicalonkan Hafiz - Awan Nano
Artis Serantau Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2008 Pengacara TV Lelaki Popular Dicalonkan
2009 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2010 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2011 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

Anugerah SHOUT![sunting | sunting sumber]

Anugerah SHOUT! (SHOUT! Awards)
Tahun Kategori Keputusan
2009 Hot Guy Award Menang
Stylo Award Dicalonkan
2010 Rockstar Award Dicalonkan
Power Vocal Award Menang
Hot Guy Award Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Budiey Isma (17 September 2008). "Gambar Isteri dan Anak Faizal Tahir". Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  2. [1] Faizal Tahir Dapat Baby Girl], gua.com.my, 20 Mac 2011. Dicapai pada 20 Mac 2011.
  3. "Faizal Tahir Diharamkan Oleh Stesen Radio?". MyTalento.com. 18 Jun 2009. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  4. "DC Super Heroes Arrives in Style". The 8 Unit. 6 Jun 2007. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  5. Shazryn Mohd. Faizal (2008-03-03). "Pola undian penonton OIAM2 berubah". Utusan Malaysia. Diperoleh pada 2008-03-03. 
  6. Azamin Amin (25 Jan 2008). "Faizal Tahir: Buka baju vs tayang buah dada". Harakah. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  7. "Permohonan Maaf Terbuka Daripada Faizal Tahir". gua.com.my. 2008-01-06. 
  8. "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". utusan.com.my. 2008-01-19. 
  9. "Mufti Perlis hantar surat bantahan 'Jom Heboh'". mSTAR Online. 30 April 2008. Diperoleh pada 2008-05-11. 
  10. "Faizal beats Siti at AIM awards". The Star. 4 Mei 2009. Diperoleh pada 28 Jun 2009. 
  11. Zul Husni Abdul Hamid (2008-05-22). "Hampir lemas rakam klip video". Berita Harian (Rockensteiners: Faizal Tahir's Official Fan Club). Diperoleh pada 2008-06-17. 
  12. Zanariah Abd Mutalib (2008-05-14). "Faizal hampir lemas untuk ‘Sampai Syurga’". mSTAR. Diperoleh pada 2008-06-17. 
  13. "Bermulanya era penulisan Faizal Tahir". 5 Julai 2008. Diperoleh pada 28 Jun 2009. 
  14. "Penyanyi kena berani buat pembaharuan". Berita Harian. 10 Mei 2009. Diperoleh pada 28 Jun 2009. 
  15. "Karya Audi Mok menangi pencarian lagu 1Malaysia". Berita Harian. 3 September 2009. Diperoleh pada 4 Januari 2010. 
  16. "'Malaysia Satu' Menangi Pertandingan Lagu 1Malaysia". Bernama. 2 September 2009. Diperoleh pada 4 Januari 2010. 
  17. "Pemeriksaan Awal Faizal Tahir Dapati 'Lung Infection'". gua.com.my. 20 November 2009. Diperoleh pada 21 November 2009. 
  18. Li Ee Kee (21 Nov 2009). "Shila Ditegur Pembawaan "Bencinta" Hancur". gua.com.my. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  19. Li Ee Kee (11 Jan 2010). "Faizal Tahir: Bukan Kerana Simpati Atau 'Ikan Emas' TV3". gua.com.my. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  20. Haswari Ali (15 Feb 2010). "Dominasi Faizal - Aizat Mengagumkan". gua.com.my. Diperoleh pada 6 Mac 2010. 
  21. Mohd Al Qayum Azizi (1 Apr 2010). "Faizal Tahir: Tidak Layak Ke AIM Dakwaan Tidak Berasas". mStar. Diperoleh pada 1 Apr 2010. 
  22. Norliza Mohd Zakaria (22 Jun 2010). "Tanggungjawab sosial Faizal Tahir". Utusan Online. Diperoleh pada 2 Julai 2010. 
  23. 23.0 23.1 Faizal Tahir Tinggal Semua Demi Palestin, gua.com.my, 26 Ogos 2010. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
  24. 24.0 24.1 Faizal Tahir Sebak Jumpa Pelarian Palestine, murai.com.my, 25 Ogos 2010. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
  25. Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini, Sensasi Selebriti, 5 Ogos 2010. Dicapai pada 13 September 2010.
  26. Konsert Fenomena Faizal Tahir di Hari Raya Kedua, Sensasi Selebriti, 13 Ogos 2010. Dicapai pada 13 September 2010.
  27. "Karma" Faizal Tahir, gua.com.my, 29 April 2011.
  28. Keputusan Penuh AJL26 (Anugerah Juara Lagu Ke-26) | Tahniah Hafiz Adalah Juara!, Buletin Artis!, 29 Januari 2012.
  29. #AJL26 - Faizal Tahir Mahu Bakar Diri, Buletin Artis!, 30 Januari 2012.
  30. FAIZAL TAHIR ENGGAN JADI MENTOR MUSIM 6, Buletin Artis!, 29 Disember 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]