Mentor (musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mentor 3
Genre Pertandingan nyanyian realiti
Pengacara Ally Iskandar
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Penerbitan
Penerbit Muhd Suffian Isa
Lokasi Sri Pentas, Bandar Utama (ujibakat)
Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur (ujibakat)
Auditorium MBSA, Shah Alam (konsert mingguan)
Penyiaran
Saluran asal TV3
Format gambar 4:3
Siaran asal 19 April 2009 (2009-04-19) – 10 Julai 2009 (2009-07-10)
Kronologi
Mengikuti Mentor (musim 2)
Diikuti oleh Mentor (musim 4)

Mentor ialah sebuah rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3. Musim ketiganya bersiaran mulai 19 April 2009, dengan menampilkan kelainan dari musim-musim lalu yang mana para mentor berhak sepenuhnya memilih anak didik masing-masing berasaskan kemahuan masing-masing. Enam mentor yang terlibat adalah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Noor, Ajai dan Awie.

Rancangan Mentor musim ketiga ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 19 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 3 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 5.30-6.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.

Konsert mingguan dilangusngkan pada setiap Ahad mulai 10 Mei hingga peringkat akhir pada 12 Julai yang menyaksikan Hanifah bin Md Hanafiah atau "Black", iaitu protege Mas Idayu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim ini.[1]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Keenam-enam mentor mengadakan sesi ujibakat masing-masing di hari-hari berlainan pada bulan Mac dan April. Sesi-sesi ujibakat tersebut diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, kecuali sesi Awie di Hotel Sri Pacific (berhampiran PWTC), Kuala Lumpur.

14 Mac: Jaclyn Victor
15 Mac: Mas Idayu
21 Mac: Lah Ahmad
22 Mac: Adibah Noor
28 Mac: Ajai
4 April: Awie

Di samping syarat umum yang menetapkan peserta berusia antara 17-25 tahun dan datang secara solo, setiap mentor menetapkan kehendak tersendiri dalam pencarian bakat masing-masing.

Misalnya, Adibah mengehendaki anak didiknya sudah menghabiskan pelajaran sekolah menengah dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Awie pula hanya membenarkan kaum wanita menjadi anak didiknya kerana hendak memberi peluang kepada kaum wanita memeriahkan muzik rock tempatan yang didominasi kaum lelaki. Bagaimanapun, dilaporkan seramai 15 orang lelaki menghadiri ujibakat Awie tanpa menghiraukan syarat wanita sahaja tersebut, lalu terpaksa diusir oleh mentor tersebut.[2]

Protege[sunting | sunting sumber]

Senarai akhir protege terpilih diumumkan melalui siaran Jurnal Mentor pada 26 April 2009. (Usia dan tempat asal yang diberikan adalah tepat pada masa bermulanya rancangan Mentor musim ini.)

Protege Mentor Kump.
Nama penuh / Butiran
Evoa b Jaclyn Victor
A
Duo:
Chaq Ajai
A
Camellus De’lelli Anam, 20, Sabah
Firaa Lah Ahmad
A
Hunanis Zafira binti Huzaini, 18, Batu Caves, Selangor
Thye Adibah Noor
B
Tahiruddin bin Haji Sain, 22, Kota Belud, Sabah
Keena Awie
B
Suriana binti Abdul Wahab, 22, Kuala Lumpur
Blacka Mas Idayu
B
Hanifah bin Md Hanafiah, 22, Kuala Lumpur
Catatan
  • ^a  Mentor-mentor ini terpaksa memilih dua atau lebih orang di ujibakat awal lalu menangguhkan keputusan ke lain hari atau mengadakan ujibakat pusingan kedua untuk menguji mereka sekali lagi.
  • ^b  Jaclyn melakukan kelainan dengan menggabungkan Hyrul dan Sani menjadi duo bernama Evo, setelah percaya akan keharmonian nyanyian kedua-dua mereka.

Konsert Mingguan Mentor[sunting | sunting sumber]

Konsert Mingguan Mentor diadakan setiap malam Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam, mulai 3 Mei 2009 (bersiaran langsung selama 1½ jam mulai pukul 9 malam) hingga konsert akhirnya pada 12 Julai. Sistem pemarkahan juga berbeza dari musim lalu, iaitu 50 peratus terletak di tangan juri profesional, 30 peratus menerusi undian SMS dan 20 peratus lagi adalah daripada juri awam yang berada di studio.[3] Pengundi SMS dikehendaki menaip MENTOR1, MENTOR5 atau MENTOR10 (nombor yang berpaut menunjukkan bilangan undian iaitu satu, lima atau sepuluh undian), diikuti jarak dan nama protege, ke talian 33399.

Setiap konsert mingguan juga diserikan dengan persembahan artis jemputan di tengah-tengah rancangan yang terdiri daripada peserta yang gagal di ujibakat, protege musim lalu dan artis ternama, dan persembahan bonus para protege yang berentap sebelum penghujung rancangan.

Showcase (3 Mei 2009)[sunting | sunting sumber]

Malam persembahan pertama musim ini bertujuan memperkenalkan bakat para protege kepada penonton. Nas Ahmad, wartawan penerjahan yang terkenal dari rancangan Melodi, ditampilkan sebagai pembantu pengacara untuk menanyakan soalan khas kepada peserta dan mentor. Fira dan Chaq mempersembahkan lagu antarabangsa yang disadur lirik bahasa Melayu baru.

  • Artis jemputan: Fiq
  1. Evo - "Hanya Kau Yang Mampu" (Aizat)
  2. Fira - Dalam Diam ("Killing Me Softly with His Song" (Roberta Flack) versi BM)
  3. Keena - "Permata Biru" (Ella)
  • Artis jemputan: Amirul (peserta yang gagal di ujibakat Ajai) dan Jeffrydin
  1. Black - "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain)
  2. Thye - "Lelaki Ini" (Anuar Zain)
  3. Chaq - "My Love" (Justin Timberlake, versi BM)

Di akhir rancangan, keenam-enam peserta dibahagi kepada dua kumpulan, maka juri Azmeer dan Sazlan menetapkan bahawa Evo, Chaq dan Fira digolongkan dalam kumpulan A manakala Black, Thye dan Keena pula di kumpulan B.

Pusingan pertama[sunting | sunting sumber]

Pertandingan sebenar bermula di peringkat ini pada 10 Mei 2009. Setiap protege akan diberi peluang membuat persembahan dalam tiga konsert mengikut kumpulan masing-masing melalui konsert yang diadakan secara berselang-seli di antara kumpulan A dan B. Di setiap konsert, setiap protege membuat dua kali persembahan, satu secara bersendirian dan satu lagi berduet bersama mentor masing-masing. Hanya dua protege daripada setiap kumpulan yang akan ke separuh akhir.

Kumpulan A (10 Mei 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Zainal Abidin dan Cat Farish

Artis jemputan: Nurul Syuhada (peserta yang gagal di ujibakat Adibah Noor) - "I Will Survive" (Gloria Gaynor)

Penilaian juri awam
  • Fira: 10
  • Evo: 10
  • Chaq: 15

Persembahan bonus oleh Fira, Evo dan Chaq - "Sempurna" (Andra and the Backbone)

Keputusan
  • Fira: 39.7
  • Evo: 56.4
  • Chaq: 67.9

Chaq dan Ajai memenangi baucer barangan berjenama Fila bernilai RM 15,000.

Kumpulan B (17 Mei 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Fauzi Marzuki dan Edry Abdul Halim

Artis jemputan: Nurul Yasmin (peserta yang gagal di ujibakat Mas Idayu) - "Kopi Dangdut" (Fahmi Shahab dan hetty Sundjaya)

Penilaian juri awam
  • Keena: 11
  • Thye: 14
  • Black: 13

Persembahan bonus oleh Keena, Thye dan Black - "Situasi" (Bunkface)

Keputusan
  • Keena: 48.9
  • Thye: 45.0
  • Black: 72.1

Black dan Mas memenangi baucer barangan berjenama Everlast bernilai RM 15,000.

Pusingan kedua[sunting | sunting sumber]

Formatnya adalah sama dengan pusingan pertama, kecuali para protege akan berduet dengan protege dari kumpulan yang lain. Walaupun begitu, undian hanya dibuka kepada protege kumpulan A di malam kumpulan A, begitu juga dengan kumpulan B.

Kumpulan A (24 Mei 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Aidit Alfian dan Nora

Artis jemputan: Tasha (gagal di ujibakat Lah Ahmad) - Cinta (Amy Mastura)

Penilaian juri awam
  • Evo: 17
  • Chaq: 18
  • Fira: 14

Persembahan bonus: Evo, Chaq dan Fira - "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah)

Keputusan
  • Evo: 53.0 (agregat 109.4)
  • Chaq: 70.4 (agregat 138.3)
  • Fira: 50.6 (agregat 90.3)

Chaq dan Ajai membawa pulang baucar jam tangan Haurex bernilai RM1,500. Konsert Mentor tidak diadakan pada 31 Mei agar memberi laluan kepada konsert bulanan Jom Heboh di Teluk Danga, Johor.

Kumpulan B (7 Jun 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Adnan Abu Hassan dan David Arumugam

Artis jemputan: Azwan (gagal di ujibakat Adibah Noor) - Harapan (Fazli Zainal)

Penilaian juri awam
  • Black: 14
  • Keena: 7
  • Thye: 19

Persembahan bonus: Black, Keena dan Thye - "Bencinta" (Faizal Tahir)

Keputusan
  • Black: 77.4 (agregat 149.5)
  • Keena: 52.4 (agregat 101.3)
  • Thye: 65.2 (agregat 110.2)

Black dan Mas Idayu merangkul baucer jam tangan Haurex bernilai RM 2,000.

Pusingan ketiga[sunting | sunting sumber]

Kali ini, para protege berduet dengan penyanyi ternama, termasuk beberapa bekas peserta pertandingan nyanyian realiti yang lain. Pusingan ini dijadikan penentu siapa yang layak ke pusingan separuh akhir.

Kumpulan A (14 Jun 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Johan Nawawi dan Fauziah Latiff

Penilaian juri awam
  • Chaq: 9
  • Evo: 13
  • Fira: 15

Artis jemputan: Sazrin Haizul (gagal di ujibakat Lah Ahmad) - "Entah" (Afgan)

Keputusan
  • Chaq: 52.6 (agregat 190.9)
  • Evo: 52.3 (agregat 162.4)
  • Fira: 72.1 (agregat 161.7)

Oleh itu, kumpulan Evo tersingkir dari Mentor 3 dengan jurang sekadar 0.7 mata kurang berbanding Fira.

Kumpulan B (21 Jun 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri profesional: Helen Yap dan Liza Hanim

Penilaian juri awam
  • Thye: 15
  • Black: 19
  • Keena: 9

Artis jemputan: Syukur (gagal di ujibakat Mas Idayu) dan Fiq - "Tiga Malam Tanpa Bintang" (Fiq)

Keputusan
  • Thye: 76.4 (agregat 225.9)
  • Black: 60.0 (agregat 170.2)
  • Keena: 48.6 (agregat 149.9)

Oleh itu, Keena tersingkir dari Mentor 3.

Separuh akhir[sunting | sunting sumber]

Selama dua minggu sebelum peringkat akhir, keempat-empat protege yang layak dari pusingan sebelumnya berentap sesama sendiri untuk Markah-markah terkumpul terdahulu tidak lagi dikira untuk peringkat separuh akhir. Penyingkiran akan dikira melalui markah yang diperolehi pada malam konsert yang diadili oleh juri awam, juri professional dan undian SMS penonton, tiap minggu seorang protege disingkirkan.

Minggu 1 (28 Jun 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri jemputan: Syafinaz Selamat dan Hattan

Penilaian juri awam
  • Chaq: 20
  • Thye: 11
  • Fira: 14
  • Black: 11

Persembahan bonus oleh Chaq, Thye, Fira dan Black: "Bila Aku Sudah Tiada" (Hujan)

Keputusan
  • Chaq: 54.9
  • Thye: 39.8
  • Fira: 43.1
  • Black: 63.3

Maka itu, Thye tersingkir dari pertandingan.

Minggu 2 (5 Julai 2009)[sunting | sunting sumber]

Juri jemputan: Jay Jay dan Ning Baizura

Penilaian juri awam
  • Black: 17
  • Chaq: 17
  • Fira: 16

Persembahan bonus oleh Black, Chaq, dan Fira: "Bila Aku Sudah Tiada" (Hujan)

Keputusan
  • Black: 76.4
  • Chaq: 56.5
  • Fira: 60.0

Walau bagaimanapun, sebagai kejutan Chaq diberi peluang kedua dalam pertandingan akhir, maka ketiga-tiga peserta merebut kejuaraan Mentor 3.

Konsert akhir (12 Julai 2009)[sunting | sunting sumber]

Acara kemuncak Mentor 3 dilangsungkan di Stadium MBSA, bersiaran langsung selama kira-kira 2 jam 20 minit mulai jam 9.00 malam hingga kira-kira 11.20 malam, untuk menampung tiga nyanyian untuk setiap finalis, antara lainnya. Ketiga-tiga finalis (Black, Chaq dan Fira) bakal mempersembahkan lagu ciptaan baru serta lagu-lagu lama secara solo dan duet bersama artis terkemuka. Menariknya, Lah Ahmad iaitu mentor Fira membotakkan kepala untuk mengotakan janji yang pernah dilaungkannya dahulu seandainya Fira layak ke peringkat akhir.

Acara bermula dengan keempat-empat peserta yang tersingkir dahulu (Evo, Keena, Thye) membuka tirai dengan mempersembahkan lagu tema Mentor, iaitu "Tunjuk Ajar Ku Sifu", kemudian para finalis dan mentor masing-masing naik ke pentas sepasang demi sepasang untuk menyanyi bersama lagu yang pernah dinyanyikan oleh protege-protege ini sepanjang pertandingan sebagai permulaan.

  • Chaq dan Ajai: Gagap (Stacy)
  • Fira dan Lah Ahmad: Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (Broery Marantika dan Dewi Yull)
  • Black dan Mas Idayu: Selangit (Mas Idayu)

Ally turut mempersembahkan Acis, Zainal Abidin dan Sheikh Haikel sebagai tiga orang juri sempena peringkat akhir ini yang turut dibantu oleh Nas Ahmad di sebalik pentas seperti biasa.




Penilaian juri awam
  • Black: 14
  • Fira: 13
  • Chaq: 19

Selepas ketiga-tiga finalis selesai, adanya peraduan tambahan antara dua orang peserta yang gagal di ujibakat yang terpilih untuk merebut RM10,000.

Persembahan mereka turut dinilai oleh para juri, dan mereka bertiga memilih Asmarul sebagai penyanyi yang lebih bagus.

Di akhir rancangan, keputusan akhir diumumkan oleh Ally (seperti biasa mengikut pemarkahan 50% juri undangan, 20% juri awam dan 30% undian SMS):

Markah Undian SMS
Black: 75.0 287,000
Chaq: 52.6 57,000
Fira: 52.3 42,000

Dengan kemenangan tersebut, Black membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM 100,000 dan sebuah kereta Kia Spectra 5 tajaan syarikat Oriva, manakala Mas Idayu juga turut menerima ganjaran atas usahanya itu dengan meraih RM 100,000. Chaq dan Ajai masing-masing berjaya meraih wang tunai sebanyak RM 30,000, sementara Fira dan mentornya Lah Ahmad tetap menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 10,000.[1]

Jadual markah[sunting | sunting sumber]

Kump. Peserta Pusingan awal Separuh Akhir Akhir
(12 Julai)
Kedudukan
1
A: 10 Mei
B: 17 Mei
2
A: 24 Mei
B:7 Jun
3
A:14 Jun
B: 21 Jun
Jumlah 1
(28 Jun)
2
(5 Julai)
A Chaq 67.9 70.4 52.6 190.9 54.9 56.5 52.8 Naib juara
Fira 39.7 50.6 72.1 162.4 43.1 60.0 35.6 Tempat ketiga
Evo 56.4 53.0 52.3 161.7 Tersingkir 14 Jun
B Black 72.1 77.4 76.4 225.9 63.3 76.4 75.0 JUARA
Thye 45.0 65.2 60.0 170.2 39.8 Tersingkir 28 Jun
Keena 48.9 52.4 48.6 149.9 Tersingkir 21 Jun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Wahida Asrani (13 Julai 2009). "Kemenangan Black berjaya tukar persepsi imej dangdut Mas Idayu?". mStar Online. Diperoleh pada 13 Julai 2009. 
  2. "Mentor: Awie Suruh Peserta Lelaki Pulang!". gua.com.my. 2009-04-06. Diperoleh pada 2009-04-21. 
  3. Wahida Asrani (2009-03-11). "Mentor 3: Artis cari protege sendiri!". mStar Online. Diperoleh pada 2009-04-22. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]