Jaclyn Victor
| Jaclyn Victor | |
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Jaclyn Joshua Thanaraj Victor |
| Lahir | 4 Disember 1978 (umur 33) |
| Genre | Pop, Rock, R&B |
| Tahun aktif | 2002–kini |
| Label | Sony Music (2004–2011) KRU Music (2012–) |
| Laman web | Laman kelab peminat rasmi |
Jaclyn Joshua Thanaraj Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
[sunting] Zaman muda
Beliau merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki. Zaman kanak-kanak beliau dipenuhi pelbagai dugaan hidup. Bapanya meninggal dunia semasa beliau berumur sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, terpaksa melakukan tiga pekerjaan sekaligus untuk menyara kehidupan diri dan keempat-empat anaknya. Apabila mencecah umur 18 tahun, Jac mula bekerja sebagai penyanyi di hotel-hotel dan kelab-kelab malam untuk membantu menyara kehidupannya sekeluarga.
Sekitar tahun 2003, Jac menghasilkan album terbitannya sendiri berjudul 'Dream' yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pop dan rock seperti 'In A Dream'(lagu gubahan rakannya Ravi the Rat) yang pernah menjuarai carta Inggeris tempatan saluran radio hitz.fm.
[sunting] 2004–05: Kegemilangan dari Malaysian Idol
Pada tahun 2004, Jac membuat keputusan untuk menyertai ujibakat Malaysian Idol atas galakan ibunya. Para juri pertandingan, iaitu Roslan Aziz, Fauziah Latiff dan Paul Moss, amat kagum dengan bakatnya. Beliau melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat akhir. Namun perjalanan Jac dalam pertandingan Malaysian Idol tidaklah lancar sepenuhnya kerana beliau pernah terperosot ke kedudukan dua tangga terbawah (nyaris-nyaris tersingkir) di minggu kelima pusingan 'Spectaculars' yang memeranjatkan para penonton.
Pertandingan akhir Malaysian Idol berlangsung pada awal bulan Oktober 2004. Jac mempersembahkan lagu 'Gemilang' ciptaan khas Aubrey Suwito dengan penuh bergaya yang memukau segenap lapisan penonton. Menerusi undian SMS yang dibuka selama sehari, beliau mengalahkan pencabarnya, Faradina Nadzir yang juga menjadi sahabat karib Jac sejak memasuki pertandingan ini, dengan meraih 76% daripada kira-kira sejuta undian yang dihantar pada hujung minggu tersebut.[1]
Kira-kira dua bulan kemudian, album Jac sebagai Malaysian Idol yang pertama berjudul 'Gemilang' dilancarkan. Jualan albumnya mencecah 15,000 keping dalam jangka masa kira-kira sebulan lalu memperolehi Sijil Emas daripada RIM.[2]
Semenjak itu, Jac juga meraih pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan kenamaannya, termasuklah menjuarai Shanghai Asia Music Festival Ke-8 pada bulan Oktober 2005 yang menempatkan beliau setaraf dengan bintang-bintang tempatan yang lain seperti Siti Nurhaliza, Deja Moss dan Misha Omar.[3]
Pada awal tahun 2006, Jaclyn Victor mengembangkan koleksi gelaran dan hadiah yang diraih beliau dengan empat lagi butir anugerah. Beliau mengutip dua hadiah (Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik) di Hits 1 anjuran RTM pada bulan Januari, diikuti dengan dua lagi anugerah di Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 (Juara Lagu keseluruhan dan Juara kategori Balada) pada bulan seterusnya.[4]
Beliau turut memenangi Anugerah Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006 yang dianjurkan di Singapura pada 24 Mac.[5]
Jaclyn Victor mengecapi suatu kemuncak kejayaan yang lama ditunggu-tunggunya di industri muzik Malaysia apabila merangkul empat daripada tujuh pencalonannya di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang dilangsungkan pada 29 April 2006. Anugerah yang dimenanginya adalah: Artis Baru Terbaik, Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik dalam Sebuah Lagu.
Meskipun kehebatan vokal beliau digeruni dan kurang dipertikai orang ramai, namun kejayaan beliau dilanda kontroversi. Yang paling utama ialah pencalonan beliau dalam kategori Artis Baru Terbaik sedangkan beliau sebenarnya pernah menghasilkan album pertamanya lama sebelum menyertai Malaysian Idol.
[sunting] 2006–07: Inilah Jac
Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya peminat-peminat Jac menikmati album kedua beliau bertajuk Inilah Jac yang menjanjikan "yang terbaik" daripada beliau sebagai artis berbakat. Sewaktu album ini dilancarkan pada 25 Ogos 2006, bukan sahaja single pertama dari album tersebut Cepat-cepat diputarkan di radio dengan kerapnya, malah Jac juga cuba menawan pasaran antarabangsa dengan melawat Australia untuk tujuan beristirahat serta mempersembahkan bakatnya kepada orang luar. Jac membintangi dua konsert di dua buah gereja di bumi kanggaru, iaitu Australia for Christ Fellowship Church di kota Adelaide (yang mana beliau ditemani Juwita Suwito dalam persembahan), serta Paradise Community Church di kota Melbourne.[6] Ketika di Australia, Jac juga menerima temuramah di stesen radio agama Kristian, HCJB.[7]
Jac juga merakamkan video muzik sebetulnya yang pertama di Indonesia di mana beliau merakamkan video Ceritera Cinta bersama penyanyi dari negara tersebut bernama Rio Febrian.
Jac menambah lagi koleksi anugerahnya dengan merangkul satu anugerah dari kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di AIM ke-14 pada bulan April 2007. Dua buah lagu beliau sudah dijadikan lagu tema dua buah rancangan televisyen tempatan, Fara (Cepat-Cepat) dan Manjalara (Satu Harapan). Pada bulan Julai, Jac menyertai Ikon Malaysia lalu menjadi juara kategori Solo pertandingan tersebut. Pada bulan Disember pula, beliau menyertai Asian Idol dan berentap dengan lima juara siri Idol benua Asia yang lain di Jakarta.
Pada awal tahun 2008, Jaclyn Victor memenangi anugerah Vokal Terbaik bersama pasangan duet beliau Lah Ahmad apabila mendendangkan Ceritera Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-22. Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.[8]
[sunting] 2008–09: Sebagai pelakon dan mentor
Jaclyn Victor menceburi bidang lakonan dengan penampilan istimewa dalam filem Susuk. Sayang sekali, babak yang menampilkan beliau sebagai tetamu rancangan wawancara TV dipotong dalam proses penyuntingan sebelum ditayangkan pada tahun 2008.[9] Jaclyn juga pernah diwar-warkan menerima tawaran dari Mamat Khalid untuk berlakon dalam filem Estet tetapi peranan watak yang ditujukan kepadanya jatuh di tangan Pushpa Narayan.[10]
Jaclyn Victor terpilih sebagai salah seorang dari enam mentor yang ditampilkan dalam musim ketiga rancangan realiti Mentor. Ujibakat dijalankan secara berasingan oleh setiap seorang mentor tersebut, dan ujibakat Jaclyn Victor dijalankan pada 14 Mac 2009.
Pada tahun 2009, Jaclyn julung kali memegang watak penting iaitu sebagai Bhavani dalam filem Talentime,[11] iaitu filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang sempat keluar di pawagam sebelum sutradara itu meinggal pada 25 Julai. Daripada itu, beliau meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun yang sama.[12]
Album studio ketiga Jac bersama Sony Music, Jaclyn Victor III yang mengandungi lapan lagu sahaja (termasuk runut Koleksi Gemilang yang merupakan medley gabungan 24 lagu popular Malaysia), dipasarkan mulai 20 Ogos 2009. Di sesi pradengar pada 11 Ogos, Jac memberitahu media dan peminat bahawa beliau menurunkan vokal dan picnya. Katanya, "Saya tidak ingin mendesak diri saya menyanyi sekuat seperti di persembahan 'live'. Saya nak buat nota lagu yang ringka saja."[13]
Pada akhir 2009, sehari selepas hari jadinya yang ke-31, Jaclyn Victor menerima kejutan dalam bentuk "Anugerah Yasmin Ahmad" yang memberi pengiktirafan kepada bakat lakonan baru di Anugerah Skrin 2009.[14]
[sunting] 2010: Memasuki pasaran Tamil
Pada 25 April 2010, Jac bersama Suki Low menjadi artis pembukaan konsert jelajah Kelly Clarkson di Kuala Lumpur.[15] Jaclyn turut meneruskan kerjaya lakonannya menerusi pementasan Cuci the Musical (musim kedua) arahan Hans Isaac[16] dari 27 Julai hingga 10 Ogos 2010[17] di mana beliau memegang watak Jessie yang menggantikan watak Farah yang dipegang oleh Adibah Noor pada musim lalu; sayangnya, wataknya ini langsung tiada bahagian menyanyi sepanjang pementasan.[18]
Sebagai langkah sulung untuk menembusi pasaran berbahasa Tamil, Jaclyn berlakon dalam filem Tamil buatan Malaysia berjudul Appalam (adaptasi dari Papadom)[19] arahan Afdlin Shauki.
[sunting] 2011: 3 Suara
Jaclyn Victor berganding bahu dengan Shila dan Ning Baizura untuk album kolaborasi 3 Suara yang keluar pada 4 Januari 2011.[20] Gabungan tiga penyanyi wanita tanahair ini menerima anugerah Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 atas usaha mereka dalam album 3 Suara, sementara album tersebut dicalonkan untuk anugerah Album Terbaik.[21] 3 Suara turut dicalonkan untuk Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu, Album Terbaik dan Lagu Pop Terbaik (untuk "Beribu Sesalan") di Anugerah Industri Muzik ke-18.[22] Lagu "Beribu Sesalan" turut dinobatkan sebagai Naib Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-26.
Pada Oktober 2011, Sony Music mengeluarkan album kompilasi Keunggulan yang terdiri daripada dua cakera padat yang memuatkan 20 buah lagu dari rakaman-rakaman Jaclyn yang terdahulu mulai Gemilang.[23] Ini merupakan keluaran rakaman terakhir Jac bersama Sony Music.
Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26 pada akhir tahun 2011, Jaclyn dipilih untuk menyanyikan lagu "Sedetik Lebih",[24] mengambil tempat penyanyi asalnya Anuar Zain yang dilaporkan menarik diri daripada pertandingan tersebut. Lagu berkenaan layak ke Anugerah Juara Lagu.
[sunting] 2012: Menyertai KRU Music dan Mania!
Pada 26 Januari 2012, Jaclyn Victor menandatangani kontrak untuk menjadi artis KRU Music, dan single pertamanya di bawah label itu, "Sebelah Jiwaku", turut dikeluarkan pada hari berkenaan.[25] Beliau mengambil langkah ini dengan harapan dengan daya cipta adik-beradik KRU boleh membantu beliau tidak lagi sekadar dikenali dengan lagu "Gemilang", malah "saya juga mahu orang ingat saya sebagai penyanyi yang mempunyai lagu-lagu lain yang lebih menyengat".[26]
Pada awal tahun ini, Jaclyn menyertai satu lagi rancangan realiti berbentuk nyanyian, iaitu Mania!, yang mana 15 penyanyi terkenal tanahair bergandingan dengan tiga penerbit muzik terkenal untuk beradu kehebatan. Jaclyn terpilih untuk menyertai kumpulan Aubrey Suwito[27] dan meraih tempat ketiga keseluruhannya.
Jaclyn turut terlibat dalam rakaman single amal, "You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest)" bersama barisan penyanyi penyokong Manchester United yang bergelar The Red World Army, yang dikeluarkan pada 27 April 2012.[28]
[sunting] Persembahan Malaysian Idol
Berikut merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan Jaclyn Victor sepanjang perjalanannya di Malaysian Idol sejak melayakkan diri ke pusingan pertandingan meraih SMS (disertakan nama penyanyi asal lagu berikut):
- Workshop 3: Superwoman - Karyn White
- Top 12: Keliru - Ruth Sahanaya
- Top 10: When I Fall in Love - Doris Day
- Top 8: I Feel for You - Chaka Khan
- Top 7: Sweet Child o' Mine - Guns N' Roses
- Top 6: Lady Marmalade - Labelle
- Top 5: Tunggu Sekejap - P. Ramlee
- Top 4:
- Korban Cinta - Ziana Zain
- I'm Every Woman - Whitney Houston
- Top 3:
- Teringin - Shima
- If I Ain't Got You - Alicia Keys
- Grand finalé:
- When I Fall in Love
- Tunggu Sekejap
- Gemilang (lagu gubahan asli bagi juara Malaysian Idol)
[sunting] Vokal
Jaclyn Victor dikatakan mempunyai vokal yang mantap dan mendapat bimbingan vokal daripada Juita Suwito ketika menyertai pertandingan Malaysian Idol I. Nota tinggi Jaclyn Victor mampu mencapai nota nota yang berada pada oktaf ke enam tanpa menggunakan suara nada kepala tetapi beliau menggunakan suara dada.
[sunting] Profil Vokal
- Jenis suara: Kontralto Dramatik Yang Ringan
- Nota rendah: A2 (Duet Cinta dengan Misha Omar) , D3 (Sweet Child O' Mine)
- Nota tinggi menggunakan suara nada kepala: E6 (Medley MI2 dengan semua peserta MI musim pertama dan kedua), C6 (Encore Gemilang di Anugerah Juara Lagu) , B5 (All By Myself)
- Nota tinggi menggunakan suara dada: Bb5 (Encore Gemilang di Juara Lagu), Bb5 dan B5 (All By Myself), A5 dan B♭5 (Superwoman)
- Julat suara: 3.4 oktaf (A2-E6)
[sunting] Diskografi
[sunting] Album studio
- Dream (bebas, 2002)
- Gemilang (Sony BMG, 2004)
- Inilah Jac (Sony BMG, 2006)
- Inilah Jac - Edisi Terhad (2007)
- Jaclyn Victor III (Sony Music, 2009)
- 3 Suara, bersama Ning Baizura dan Shila Amzah (Sony Music,2011)
[sunting] EP
- Malaysian Idol CD Single: Jac (2004, Sony BMG)
- "Wajah" (2005, Sony BMG)
- "Satu Harapan" (2007, Sony BMG)
[sunting] Kompilasi
- Malaysian Idol Karaoke (bersama Daniel Lee, 2005 Karaoke CD/VCD, Sony BMG)
- Jubilee (Compilation Christian Album) (2007, AION Music)
- Keunggulan (2011, Sony Music)
[sunting] Single
- "In a Dream" (2002, hanya dikeluarkan dalam lingkungan muzik indie)
- "Gemilang" (2004)
- "Di Bawah Pohon Asmara" (2005)
- "Wajah" (2005, lagu tema Bersamamu TV3)
- "Cepat Cepat" (2006, lagu tema Fara)
- "Ceritera Cinta" (2006, duet bersama Rio Febrian)
- "Jealous" (2007)
- "Satu Harapan" (2007, lagu tema Manjalara)
- "Cinta Tiada Akhirnya" (2007)
- "Kau Muzik di Hatiku" (2007, duet dengan Vince Chong) (OST High School Musical 2 - Edisi Malaysia)
- "You're the Music in Me" (2007, duet dengan Vince Chong) (OST High School Musical 2 - Edisi Malaysia)
- "Dambaran Cinta" (2008, OST Apa Kata Hati?)
- "Bertamu di Kalbu" (2009)
- "Ku Tak Bisa" (2010)
- "Di Mana Di Mana" (bersama Shila dan Ning Baizura, 2011)
- "Beribu Sesalan" (bersama Shila dan Ning Baizura, 2011)
- "Seisi Hatimu" (bersama Shila dan Ning Baizura, 2012)
- "Sebelah Jiwaku" (2012)
[sunting] Video muzik
- Gemilang
- Wajah
- Cinta (duet bersama Misha Omar)
- Without You (duet bersama Same Same)
- Cepat-Cepat
- Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian)
- Ipoh Mali (sebagai artis jemputan)
- Satu Harapan
- You're the Music in Me (2007, duet bersama Vince Chong)'
- Koleksi Gemilang
- Bertamu di Kalbu
- Beribu Sesalan
[sunting] Anugerah
[sunting] Anugerah Industri Muzik
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
| 2006 (AIM13) | Artis Baru Terbaik | Menang | |||
| Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Gemilang | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London | ||
| Rakaman Album Terbaik | Dicalonkan | Dayang Nurfaizah - Kasih | |||
| Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Di Bawah Pohon Asmara | Dicalonkan | Jaclyn Victor - Gemilang | ||
| Gemilang | Menang | ||||
| Lagu Terbaik | Dicalonkan | Zahid - Warkah Buat Laila | |||
| Album Pop Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Menang | ||||
| 2007 (AIM14) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Inilah... Jac | Menang | ||
| Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Inilah Masanya | Dicalonkan | Sean Ghazi - Semalam | ||
| Album Pop Terbaik | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Transkripsi | |||
| Lagu Terbaik | Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian) | Dicalonkan | M. Nasir - Juwita... (Citra Terindah) | ||
| 2010 (AIM17) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Bertamu Di Kalbu | Jac III | Dicalonkan | Dato' Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta |
| Lagu Pop Terbaik | Cinta Ada (bersama Karen Kong & Dato' Sheila Majid) | Dicalonkan | Yuna - Dan Sebenarnya | ||
| Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Menang | ||||
| 2011 (AIM18) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Noel | Dicalonkan | Yuna - Penakut | |
| Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu | Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura & Shila Amzah) | 3 Suara | Menang | ||
| Lagu Pop Terbaik | Dicalonkan | Anuar Zain - Sedetik Lebih | |||
[sunting] Anugerah Planet Muzik
| Anugerah Planet Muzik | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
| 2006 | Artis Wanita Terbaik | Gemilang | Menang | ||
| 2007 | Artis Wanita Terbaik | Inilah Jac | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Transkripsi | |
| Artis Wanita Paling Popular | Dicalonkan | Siti Nurhaliza | |||
| 2011 | Duo / Kolaborasi Terbaik | 3 Suara | Menang | ||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Kotak - Energi | |||
[sunting] Anugerah Juara Lagu
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
| 2005 (AJL20) | Gemilang | Gemilang | Aubrey Suwito | Asmin Mudin | Balada | Menang |
| Juara Lagu | Menang | |||||
| Wajah | Othman Mohamed | Habsah Hassan | Balada | Dicalonkan | ||
| 2007 (AJL22) | Ceritera Cinta (bersama Lah. V.E.) | Inilah Jac | Ross Ariffin | Habsah Hassan | Balada | Dicalonkan |
| Vokal Terbaik | Menang | |||||
| 2011 (AJL26) | Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura & Shila Amzah) | 3 Suara | Kevin Chin | Tinta | Terbuka | Menang
(Naib Juara) |
[sunting] Anugerah Bintang Popular Berita Harian
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2004 | Artis Baru Wanita Popular | Menang | |
| 2008 | Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2009 | Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2011 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang | |
[sunting] Anugerah Shout!
| Shout! Awards | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2009 | Popstar Award | Dicalonkan | |
| Power Vocal Award | Menang | ||
| 2010 | Popstar Award | Dicalonkan | |
| Power Vocal Award | Dicalonkan | ||
[sunting] Lain-lain Pengiktirafan
- Hitz.FM Malaysian English Top 10 Awards
- Malaysia's Global Chinese Recommended Golden Arts Award (Kategori Muzik) pada 16 Julai 2005
- Shanghai Asian Music Festival ke-8 pada 28 Oktober 2005
- Hadiah Emas
- Hits 1 RTM pada 21 Januari 2006[29]
- Lagu Terbaik - Gemilang
- Vokal Terbaik
- Ikon Malaysia 2007
- Juara Keseluruhan (solo)
- Anugerah Era 2007
- Artis Inggeris Pilihan - Ipoh Mali (bersama Point Blanc)
- Anugerah OK Magazine[30]
- Miss Bootylicious
- Festival Filem Malaysia ke-22
- Pelakon Harapan Wanita (Talentime)
- Anugerah Skrin 2009
- Anugerah Yasmin Ahmad[14]
[sunting] Rujukan
- ↑ June H.L. Wong. "A real win for all Malaysians", The Star, 12 Oktober 2004. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ↑ Sheela Chandran. "Auditions for Malaysian Idol 2 next month", The Star, 11 Mac 2005. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ↑ Lisa Goh. "Malaysian Idol returns with Golden Prize from Shanghai", The Star, 31 Oktober 2005. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ↑ Azhariah Kamin. "Winner's circle", The Star, 7 Februari 2006. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ↑ Rosli Manah. "Planet jatuh di APM 2006", Utusan Malaysia, 2006-04-02. Dicapai pada 2008-02-18.
- ↑ Jac n Juwita perform kat Adelaide
- ↑ Jaclyn Victor @ Mount Buller, Australia
- ↑ Shazryn Mohd. Faizal. "Estranged juara AJL22", Utusan Malaysia, 2008-01-28. Dicapai pada 2008-02-18.
- ↑ Susuk deleted Scene (Jaclyn Victor & Yasmin Yusof)
- ↑ "Pushpa pengganti Jaclyn Victor dalam filem Estet?", Berita Harian, 2007-12-24. Dicapai pada 2009-03-02.
- ↑ Azhariah Kamin. "Talents on show in Talentime", The Star, 2008-10-16. Dicapai pada 2009-03-02.
- ↑ Ellyna Ali. "FFM22: Jac, Adik Hadziq, Zahiril Menang!", murai.com.my, 6 Ogos 2009. Dicapai pada 11 Ogos 2009.
- ↑ Au Yeong How. "Jac: Saya tidak akan 'melalak' lagi dalam album baru", mStar Online, 12 Ogos 2009. Dicapai pada 12 Ogos 2009.
- ↑ 14.0 14.1 Li Ee Kee. "Jaclyn Victor: Saya Tak Layak", gua.com.my, 5 Disember 2009. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ↑ "Because of her, it was a wonderful night", New Straits Times, 26 April 2010. Dicapai pada 26 April 2010.
- ↑ Punitha Yogaratnam. "Cuci The Musical Returns", The Star, 29 Mac 2010. Dicapai pada 24 Mac 2010.
- ↑ Hans keeps it real, Malay Mail, 29 Julai 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
- ↑ Clean, simple jokes worked!, The Malay Mail, 4 Ogos 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
- ↑ "Appalam bukan Papadom", Harian Metro, 28 Mac 2010. Dicapai pada 29 Mac 2010.
- ↑ 3 SUARA satukan Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila, Tupai, 30 Disember 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.
- ↑ Planet Muzik 2011 | APM Singapore 2011. Diambil pada 16 Julai 2011.
- ↑ Senarai Pencalonan AIM 18(2011). Diambil pada 15 September 2011.
- ↑ Album Kompilasi Keunggulan Jaclyn Victor, XFM. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
- ↑ Jaclyn Victor Mengaku Tertekan Dengan Sedetik Lebih, gua.com.my, 5 Disember 2011. Dicapai pada 26 Januari 2012.
- ↑ Jaclyn Victor – Bawah Label KRU Music, Oh! Artis, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
- ↑ KRU Music Tonjol Sisi Lain Jaclyn Victor, Murai.com.my, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
- ↑ Tiga Empayar Sudah Penuh!, Era.fm, 2 April 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
- ↑ You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest) [feat. Jaclyn Victor & Cleopatra - Single]
- ↑ "Jac juara Anugerah Hits 1", 2006-01-21. Dicapai pada 2008-02-19.
- ↑ Profil Jaclyn Victor di Asian Idol
