Fairlight

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fairlight
aka FLT

Fairlight logo oleh JED daripada ACiD.
Fairlight logo oleh JED daripada ACiD.

Penubuhan 1987
Tujuan Warez dan demo
Lokasi Sweden
Keahlian Tony Krvaric ("Strider"), Pontus Berg ("Bacchus"), Magnus Sjöberg ("Pantaloon"), Fredrik Kahl ("Gollum"), Per Carlbring ("Zike")
Origin
Platforms
Founders Strider dan Black Shadow
Laman sesawang http://www.fairlight.to/

Fairlight (FLT) adalah sebuah group warez dan demo yang awalnya terlibat dalam Commodore demoscene, dan didalam bidang cetak rompak yang dengan haramnya mengedarkan permainan video secara percuma, sejak dari 1987. Di samping C64, Fairlight juga telah berpindah ke arah Amiga, Super Nintendo dan kemudiannya PC.[1] Fairlight telah diasaskan pada 1987 oleh Strider dan Black Shadow, kedua-duanya bekas ahli kepada West Coast Crackers (WCC). Fairlight asalnya adalah sebuah kumpulan Sweden, kemudiannya menjadi sebuah kumpulan antarabangsa. Nama kumpulan ini diambil sempena Fairlight CMI pensintesis yang diambil apabila Strider terlihat penyanyi Jean Michel Jarre menggunakannya di dalam sebahagian rakaman muziknya.

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Fairlight dikenali dengan kehebatan mereka iaitu mengeluarkan bahan cetak rompak dengan tempoh masa yang sangat pantas. Rahsianya ialah Strider sebenarnya bekerja di sebuah gerai komputer yang mana dia mendapat akses kepada permainan video terbaru. Dia kemudiannya merasuah pengendali keretapi untuk menghantar permainan video tersebut daripada Malmö ke Ronneby yang mana Gollum membuang kandungan hak cipta dari permainan video tersebut dan kemudian menghantar kembali kepada Strider menggunakan cara yang sama. Itulah sebab mengapa Fairlight boleh mengeluarkan permainan video lebih awal dari kumpulan lain.[1]

Operasi Fastlink[sunting | sunting sumber]

Beberapa ahli berpangkat tinggi di dalam kumpulan itu telah ditangkap pada 21 Apri, 2004, 8 bulan setelah kumpulan itu telah kembali daripada "persaraan" yang bermula pada Jun 9, 2003 dan berakhir pada Ogos 30, yang mana di dalam FBI menggelarkan operasi itu sebagai operasi Fastlink.

Anggota polis dari 11 negara telah terlibat di dalam operasi ini, mereka menahan sekurang-kurangnya 120 orang dan merampas lebih dari 200 komputer (termasuk 30 server). Satu server daripada serbuan dari pihak U.S. mengandungi 65,000 bahan cetak rompak yang secara haram menyimpan barang-barang kumpulan mereka di dalam itu. [2]

Operasi ini telah diselaraskan oleh FBI, British (National Hi-Tech Crime Unit), Jerman (Bundeskriminalamt) dan juga (Business Software Alliance), yang mengambil tempat di 27 negeri di U.S.. Di UK, tujuh komputer telah dirampas dan tiga penahanan telah dilakukan di Belfast, Manchester dan juga Sheffield. Di Singapura, tiga orang (umur diantara 22, 30 & 34) telah ditahan. Di Belanda, dua server milik pelajar dari 2 universiti telah disiasat oleh pihak polis. Penahanan dan serbuan lain telah diadakan di Belgium, Denmark, France, Jerman, Hungary, Israel, and Sweden yang jumlah keseluruhannya ialah 11 negara.

Menurut khabar angin, serbuan itu berlaku hanya sebelum kumpulan cetak rompak akan mengeluarkan permainan Hitman: Contract. Permainan ini dikeluarkan oleh kumpulan-kumpulan lain (iNSOMNiA, untuk Xbox dan PS2, dan Razor 1911, untuk PCs) hanya beberapa hari selepas itu.

Antara serbuan cetak rompak yang dikaitkan dengan Fastlink adalah Operasi Buccaneer yang menyasarkan kumpulan DrinkOrDie (diantara lain) pada Disember 2001.

Bermula pada Oktober 2006, Divisi ISO FAIRLIGHT telah mula mengeluarkan kandungan cetak rompak mereka semula.

Anugerah dan pengeluaran demo[sunting | sunting sumber]

Bahagian Divisi Demo dari kumpulan FAIRLIGHT telah banyak menerima anugerah sepanjang kerjaya mereka, yang disenaraikan di bawah.

Keluaran untuk Amiga (kedua-duanya ialah Fairlight dan Virtual Dreams)
Title Type Awards
My Room demo Tempat-1 di dalam Phenomena/Censor Party 1990
Illusion demo Tempat-2 di dalam The Computer Crossroad 1993
242 demo Tempat-2 di dalam Assembly demo party 1993
Full Moon demo Tempat-2 di dalam The Party (demo party) 1993
Chaosland 40k intro Tempat-1 di dalam The Party 1993
Love demo Tempat-1 di dalam South Sealand Party 1994
Breathtaker demo Tempat-2 di dalam Assembly 1994
Psychedelic demo Tempat-2 di dalam The Party 1994
Faktory demo Tempat-3 di dalam The Party 1995
Sumea demo Tempat-1 di dalam Assembly 1996
Keluaran untuk Commodore 64
Title Type Awards
Drop The Basics demo Tempat-3 di dalam X'2001
Pretending To See The Light demo Tempat-1 di dalam Floppy 2002
Loaded demo Tempat-2 di dalam Floppy 2003
Anyone demo Tempat-1 di dalam Deadline 2003
Emanation Machine demo Tempat-1 di dalam Little Computer People 2003
Wok Zombie demo Tempat-2 di dalam Floppy 2004
One Million Light Years From Earth demo Tempat-1 di dalam Floppy 2005, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005
Hello:Friend demo Tempat-1 di dalam Little Computer People 2005, scene.org award nominee - konsep yang yang paling unik tahun 2005, oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005
Boogie Factor demo Tempat-1 di dalam Assembly 2005, pemenang anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005
LCP Memories demo Tempat-1 di dalam Black Birdie 2005
WWIII demo Tempat-1 di dalam Big Floppy People 2006
One Little Wish demo Tempat-1 di dalam at Datastorm 2010
We Are New demo Tempat-2 di dalam X'2010, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2010
Lash demo Tempat-1 di dalam Datastorm 2011
We Are Mature demo Tempat-6 di dalam LCP 2011, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2011
One Quarter demo Tempat-1 di dalam Datastorm 2012
Keluaran untuk PC (Windows/Linux/mac)
Title Type Awards
Together 64k intro Tempat-1 di dalam Scene Event 2000
Absolut Vodka demo Tempat-1 di dalam Remedy 2000
ETTV demo Tempat-1 di dalam Remedy 2001
Virtual Vodka demo Tempat-2 di dalam DreamHack 2001
Tatsu demo Tempat-3 di dalam The Gathering demo party 2002
Only Kings And Better demo Tempat-1 di dalam Remedy 2002
From Dust Till Dawn demo Tempat-1 di dalam Remedy 2004
Come Clean demo Tempat-4 di dalam Assembly 2004
Fresh! 64k intro Tempat-1 di dalam BCN 2004, penama anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2004
Death And Taxes 64k intro Tempat-2 di dalam Breakpoint demo party 2005, penama anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2005
Che Guevara 64k intro Tempat-1 di dalam Assembly 2005,pemenang anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2005
Re-Recycle 64k intro Tempat-1 di dalam Sundown (party) 2005
Deadline demo Tempat-1 di dalam Deadline Harakiri 2006
Meet The Family 64k intro Tempat-1 di dalam Breakpoint 2006
Liquid Lust demo Tempat-1 di dalam Birdie 2006
Glitterati 4k intro Tempat-1 di dalam Assembly 2006
Dead Ringer 64k intro Tempat-1 di dalam Assembly 2006
Track One demo Tempat-2 di dalam Assembly 2006, pemenang anugerah scene.org - demo terbaik untuk tahun 2006
Scarecrow 4k intro Tempat-1 di dalam Sundown 2006
Media Error demo Tempat-3 di dalam Assembly 2007, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange
Panic Room 64k intro Tempat-1 di dalam Assembly 2008
Frameranger demo Tempat-1 di dalam Assembly 2009, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange
Blunderbuss demo Tempat-2 di dalam Main 2009, pemenang anugerah scene.org - lagu terbaik untuk tahun 2009
Agenda Circling Forth demo Tempat-1 di dalam Breakpoint 2010, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange
Ceasefire (all falls down..) demo Tempat-2 di dalam Assembly 2010, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]