Fatwa Osama bin Laden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pada Ogos 1996, Osama bin Laden menulis satu fatwa[1], dan menandatangani satu lagi fatwa yang lebih ringkas di samping pihak lain pada Februari 1998.[2] Kedua-dua fatwa itu mula-mula disiarkan dalam akhbar berbahasa Arab yang berpangkalan di London, iaitu Al-Quds Al-Arabi.[1][2]

Pada masa itu, bin Laden belum menjadi buronan di mana-mana kecuali negara asalnya iaitu Arab Saudi, dan belum diketahui sebagai ketua pertubuhan pengganas antarabangsa, al-Qaeda. Oleh itu, fatwa-fatwa ini tidak banyak mencuri perhatian umum sehinggalah selepas kejadian pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat pada Ogos 1998 yang menyebabkan bin Laden didakwa.[3] Dakwaan itu menyentuh fatwa pertama, serta mengaku bahawa Khalid al-Fawwaz, daripada Jawatankuasa Nasihat dan Reformasi bin Laden di London, terlibat dalam penyampaian fatwa itu kepada akhbar.

Fatwa 1996[sunting | sunting sumber]

Fatwa yang dikeluarkan oleh bin Laden pada tahun 1996 berjudul "Perisytiharan Perang Terhadap Warga Amerika yang Menduduki Dua Tanah Suci". Dokumen yang agak berisi ini mengadu tentang kegiatan Amerika Syarikat di pelbagai negara, dan difakskan ke para penyokong di seluruh dunia.[4]

Fatwa 1998[sunting | sunting sumber]

Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1998[2][5] pula difakskan ke al-Quds al-Arabi dengan tandatangan lima orang, iaitu bin Laden sendiri dan empat lagi orang yang dikatakan mewakili kumpulan-kumpulan Islamis tertentu:

Kumpulan penandatangan ini menggelar diri sebagai "Barisan Islam Sedunia untuk Berjihad Terhadap Yahudi dan Salibi". Fatwa ini mengadu tentang kehadiran tentera AS di Semenanjung Arab, dan sokongan Arab kepada Israel. Ia bertujuan menyatakan restu keagamaan untuk membunuh sebarang orang Amerika dan Yahudi di mana-mana sahaja. Ia terbongkar pada Februari 1998 dan disusuli oleh pengeboman kedutaan AS di Afrika pada bulan Ogos.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Text of the 1996 fatwa, translation by PBS
  2. 2.0 2.1 2.2 Text of the 1998 fatwatranslation by PBS
  3. Copy of indictment USA v. Usama bin Laden et al., Center for Nonproliferation Studies, Monterey Institute of International Studies
  4. Bergen, Peter, "Holy War, Inc.", 2001
  5. Text of the 1998 fatwa, diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Federation of American Scientists
  6. al-Zayyat, Montasser, The Road to al-Qaeda, The Story of Bin Laden's Right-Hand Man , University of Michigan Press. p.89