Ayman al-Zawahiri
| Ayman al-Zawahiri | |
|---|---|
| 200px | |
| Lahir | 19 Jun 1951 (61 tahun) Maadi, Kaherah, Mesir |
| Pekerjaan | Ulama, ketua al-Qaeda |
| Pendahulu | Osama bin Laden |
| Agama | Islam Sunnah (Qutbiyyah)[1] |
| Pasangan | Azza Ahmed (k. 1978–2001, kematiannya) |
| Anak | 6 (3 hidup)[petikan diperlukan] |
| Ibu bapa | Mohammed Rabie al-Zawahiri (bapa) Umayma Azzam (ibu) |
Ayman Mohammed Rabie al-Zawahiri[2] (Bahasa Arab: أيمن محمد ربيع الظواهري ʾAyman Muḥammad Rabīʿ aẓ-Ẓawāhirī ; lahir 19 Jun 1951) ialah seorang ulama Mesir[3] dan pemimpin al-Qaeda sekarang.[4] Sebelum ini, beliau merupakan "amir" kedua dan terakhir Jihad Islam Mesir, setelah mengambil tempat Abbud al-Zumar sebagai amir ketika kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas al-Zumar. Isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam bedilan Amerika Syarikat di Afghanistan pada tahun 2001, ekoran serangan 11 September di Amerika Syarikat. Pada 2 Mei 2011, beliau dianggap sebagai pemangku ketua al-Qaeda ekoran kematian Osama bin Laden.[5] Hal ini disahkan oleh kenyataan akhbar daripada al-Qaeda pada 16 Jun.[4] Selepas kejadian 9/11, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran $25 juta untuk sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan al-Zawahiri.[6]
al-Zawahiri dilaporkan mempunyai kelayakan doktor bedah; sewaktu pertubuhannya bergabung dengan al-Qaeda pimpinan bin Laden, beliau menjadi penasihat dan tabib peribadi bin Laden. Beliau mula-mula berjumpa dengan bin Laden di Jeddah pada tahun 1986.[7] Kefahaman aqidah dan sejarah Islam oleh al-Zawahiri tampak radikal sekali. Beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris[8][9] dan Perancis. Sebagai ahli atau sekutu al-Qaeda, beliau dikenakan sekatan seluruh dunia oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB.[10]
Pada tahun 1998, al-Zawahiri secara rasminya menggabungkan Jihad Islam Mesir ke dalam al-Qaeda. Menurut laporan oleh seorang bekas ahli al-Qaeda, beliau pernah bekerja dalam pertubuhan al-Qaeda semenjak penubuhannya lagi dan merupakan salah seorang ahli majlis syura al-Qaeda. Beliau sering disifatkan sebagai "leftenan" Osama bin Laden, walaupun periwayat lantikan bin Laden menggelar al-Zawahiri sebagai "dalang sebenar" al-Qaeda.[11]
Rujukan [sunting]
- ↑ Islamism: a documentary and reference guide (2008) Dr. John Calvert
- ↑ al-Zawahiri juga dieja al-Dhawahiri untuk mencerminkan sebutan normatif bahasa Arab klasik yang bermula dengan [ðˤ]. Sebutannya dalam loghat Mesir ialah [ˈʔæjmæn mæˈħæmmæd ɾˤɑˈbiːʕ elzˤɑˈwɑhɾi]; approximately: Ayman Mahammad Rabi Elzawahri.
- ↑ http://www.fbi.gov/wanted/wanted_terrorists/ayman-al-zawahiri/view
- ↑ 4.0 4.1 BBC: Ayman al-Zawahiri appointed as al-Qaeda leader, 16 Jun 2011
- ↑ Juan Zarate, Chris Wragge, CBS Early Show (3 Mei 2011). Who now becomes America's next most wanted terrorist?. http://landing.newsinc.com/shared/video.html?freewheel=90051&sitesection=nydailynews&VID=23411239.
- ↑ CNN: Egyptian doctor emerges as terror mastermind, dicapai pada 16 Jun 2011
- ↑ Atkins, Stephen E. (May 31, 2011). The 9/11 Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 456–. ISBN 9781598849219. http://books.google.com/books?id=PDDIgWRN_HQC&pg=PA456. Capaian May 6, 2011.
- ↑ www.memri.org. "Al-Qaeda Deputy Head Ayman Al-Zawahiri in Audio Recording: Musharraf Accepted Israel's Existence". Memri.org. http://www.memri.org/bin/latestnews.cgi?ID=SD202208. Capaian 3 Februari 2011.
- ↑ Wilkinson, Isambard. "Al-Qa'eda chief Ayman Zawahiri attacks Pakistan's Pervez Musharraf in video", The Daily Telegraph, 11 Ogos 2008. Dicapai pada 26 April 2010.
- ↑ UN list of affiliates of al-Qaeda and the Taliban
- ↑ Baldauf, Scott (31 Oktober 2001). "The 'cave man' and Al Qaeda". Christian Science Monitor. http://www.csmonitor.com/2001/1031/p6s1-wosc.html. Capaian 17 April 2008.