Al Qaeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-Qaeda)
Lompat ke: pandu arah, cari
frames
Bendera Jihad (Bendera Islam) dalam Islam, sering dikaitkan dengan Al Qaeda
Osama bin Laden, pengasas utama Al Qaeda.

Al-Qaeda (Bahasa Arab: القاعدة‎, ditransliterasikan sebagai al-Qā'idah; "asas", atau "bank data") ialah sebuah pertubuhan separa tentera Islam Sunni fundamentalisme antarabangsa yang terdiri daripada sel-sel berasingan yang berusaha sama untuk mengurangkan pengaruh luar terhadap hal-ehwal Islam. Negara-negara yang menyenaraikan kumpulan ini sebagai sebuah pertubuhan pengganas termasuk Amerika Syarikat, [1] United Kingdom, [2] Kanada, [3] dan Australia [4]. Walaupun Al Qaeda mempunyai falsafah yang berlainan dalam konteks Sunni, ahil-ahli yang paling terkenal dalam kumpulan ini dipercayai memegang kepercayaan Salafi.

Asal-asal kumpulan ini (kemudian digelarkan 'al-Qaeda' oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dapat dikesani sehingga beberapa minggu selepas Serangan Afghanistan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1979, ketika satu kader pejuang Muslim Arab yang bukan orang Afghanistan menyertai mujahidin-mujahidin gerakan penentangan Afghanistan (satu peperangan terhadap angkatan pendudukan Kesatuan Soviet dan kerajaan Afghanistan yang disokong oleh Kesatuan Soviet) yang dibiayai terutamanya oleh Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Pakistan.

Osama bin Laden, seorang ahli daripada keluarga usahawan Arab Saudi yang terkenal, mengetuai sekumpulan tak rasmi yang berusaha untuk menubuhkan tabung serta menjadi agensi pengambilan di negara-negara Islam untuk membantu Afghanistan; kumpulan ini menyalurkan pejuang-pejuang Islam untuk pertempuran di Afghanistan, mengedarkan wang, dan membekalkan kemahiran dan sumber logistik untuk kedua-dua angkatan yang bertempur serta pelarian Afghanistian.

Al Qaeda tiba-tiba menjadi masyhur selepas serangan 11 September 2001 terhadap bangunan WTC dan Pentagon. CIA menuduh kumpulan Al Qaeda sebagai pertubuhan yang meletupkan kedua-dua bangunan itu. Sebenarnya, Al Qaeda adalah nama fail bagi senarai nama ahli kumpulan Mujahidin yang berjihad menentang penjajahan Rusia di Afghanistan. Osama bin Laden adalah anak didik CIA bagi menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan. Tetapi kini, Osama bin Laden pula benci akan Amerika Syarikat, dan senjata hendak makan tuannya. Bagaimanapun, tanpa keupayaan makan tuan, mereka kini cuba makan anak-anak tuan yang tidak berupaya melindungi terdiri dan oleh itu, lebih senang dimakan. Adakah pembunuhan-pembunuhan ini merupakan jihad, cuma Allah dapat memutuskan.



Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Burke, Jason (2004). Al-Qaeda: Casting a Shadow of Terror. I. B. Tauris. ISBN 1-85043-396-8. 
  • Corbin, Jane (2003). Al-Qaeda: In Search of the Terror Network that Threatens the World. Nation Books. ISBN 1-56025-523-4. 
  • Kepel, Gilles (2004). Jihad. The Trail of Political Islam. I. B. Tauris. ISBN 1-85043-722-X. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]