Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kesan serangan di kedutaan di Nairobi.

Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 merupakan serantaian serangan yang berlaku pada 7 Ogos 1998, yang mana ratusan orang terkorban dalam ledakan bom lori secara serentak di kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat di bandaraya-bandaraya utama Africa Timur iaitu Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi, Kenya. Tarikh pengeboman itu merupakan ulang tahun kelapan kedatangan tentera Amerika di Arab Saudi.[1] Serangan-serangan ini dikaitkan dengan ahli-ahli tempatan Jihad Islam Mesir, menarik perhatian orang awam Amerika Syarikat kepada Osama bin Laden dan Ayman al-Zawahiri buat pertama kali, dan mendorong Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk menyenaraikan bin Laden dalam senarai Paling Dikehendakinya.

Dorongan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Pengeboman ini dipercayai ramai sebagai balas dendam terhadap pelibatan AS dalam penyerahan balik dan penyeksaan yang didakwa terhadap empat orang ahli Jihad Islam Mesir yang diberkas di Albania dua bulan sebelum kejadian ini.[2] Sekitar Jun hingga Julai, Ahmad Isma'il 'Uthman Saleh, Ahmad Ibrahim al-Sayyid al-Naggar, Shawqi Salama Mustafa Atiya dan Mohamed Hassan Tita diserahkan dari Albania ke Mesir, dengan kerjasama Amerika Syarikat; mereka berempat dituduh terlibat dalam pembunuhan Rifaat el-Mahgoub, serta merancang untuk menyerang pasar Khan el-Khalili di Kaherah.[3] Sebulan kemudian, satu kenyataan dikeluarkan untuk memberikan amaran kepada AS akan suatu rancangan untuk membalas campur tangan mereka.[4][5]

Sebuah lori Nissan Atlas yang serupa dengan yang digunakan dalam serangan di Dar es-Salaam

Menurut wartawan Lawrence Wright, operasi di Nairobi dinamakan sempena Kaabah di Makkah, manakala kejadian di Dar es Salaam pula dipanggil Operasi al-Aqsa sempena masjid bersejarah di Baitulmaqdis, tetapi "kedua-duanya tiada hubung kait yang nyata dengan kedutaan-kedutaan Amerika di Afrika itu. Bin Laden mula-mulanya berhujah bahawa tempat-tempat tersebut disasar atas sebab 'pencerobohan' Somalia; kemudian, beliau menyifatkan satu rancangan Amerika untuk memecahkan Sudan yang didakwanya timbul dalam kedutaan di Nairobi. Beliau juga memberitahu para pengikutnya bahawa pembersihan kaum di Rwanda turut dirancang di kedua-dua kedutaan Amerika itu."

Wright membuat kesimpulan bahawa matlamat sebenar bin Laden's adalah "mengumpan Amerika Syarikat ke dalam Afghanistan yang sekian lama bergelar 'Jirat Empayar.'"[6] Menurut satu memo yang ditulis oleh Mohammed Atef pada tahun 1998 tetapi dirampas oleh FBI sekitar masa berlakunya serangan itu, al-Qaeda mempunyai kepentingan dan pengetahuan khusus tentang rundingan antara Taliban dan CentGas, sebuah konsortium talian paip gas yang diketuai oleh Amerika.[7]

Pada Mei 1998, sebuah vila di Nairobi dibeli oleh salah seorang pengebom dengan tujuan membuat bom dalam garajnya. Ahmad Salim Swedan membeli sebuah lori Toyota Dyna berwarna kuning air di Nairobi dan sebuah trak peti sejuk Nissan Atlas 1987 di Dar es Salaam. Enam batang selak logam digunakan untuk membentuk sebuah "sangkar" di belakang Atlas untuk menempatkan bomnya.[8]

Pada Jun 1998, KK Mohamed menyewa Rumah 213 di daerah Illala, Dar es Salaam, kira-kira empat batu (6 km) dari Kedutaan A.S. Sebuah Suzuki Samurai putih digunakan untuk mengangkut komponen-komponen bom yang disorokkan dalam guni beras dari Rumah 213.

Di Nairobi dan Dar es Salaam sekali, Mohammed Odeh menyelia pembinaan dua buah peranti pemusnah yang besar seberat 900kg. Bom di Nairobi diperbuat daripada 400 hingga 500 batang silinder TNT (lebih kurang sebesar tin minuman ringan), aluminum nitrat, serbuk aluminum dan dawai peledak. Bahan letupan itu dibungkus dalam kira-kira 20 tong kayu yang direka khas lalu disimpan di dasar lori. Abdel Rahman menyambungkan bom itu dengan seperanggu bateri dengan dawai di belakang ruang pemandu lori, selepas itu dengan suis peledak di bawah papan pemuka.[8] Bom di Dar es Salaam pula berlainan sedikit pembentukannya: TNT-nya disambungkan engan 15 buah tangki oksigen dan kanister gas, dan dikelilingi dengan empat guni baja ammonium nitrat dan beberapa guni pasir untuk memampatkan dan menghalakan letupan.[9]

Pengeboman itu dijadualkan pada 7 Ogos, iaitu ulang tahun kelapan ketibaan tentera Amerika di Arab Saudi yang kelihatan sebagai pilihan yang disengajakan oleh Osama bin Laden.[10]

Serangan[sunting | sunting sumber]

Kedutaan AS di Dar es Salaam, ekoran pengeboman berani mati oleh al-Qaeda pada 7 Ogos 1998.
Runtuhan akibat pengeboman di Nairobi.

Pada 7 Ogos, sekitar 10:30–10:40 pagi waktu tempatan, pengebom berani mati berada dalam lori-lori berisi bahan letupan yang terletak di kedutaan-kedutaan di Dar es Salaam dan Nairobi, dan diledakkan hampir serentak.[11] Di Nairobi, kira-kira 212 orang dibunuh, dan sekitar 4,000 lagi; serangan di Dar es Salaam pula meragut tidak kurang 11 nyawa dan mencederakan 85 lagi.[12] Bacaan seismologi yang dianalisa selepas letupan ini menunjukkan tahap tenaga bahan letupan yang kuat sekitar 3–17 tan.[13] Walaupun serangan itu diajukan kepada kepentingan Amerika, namun kebanyakan mangsa adalah warga tempatan; 12 orang Amerika terbunuh,[14] termasuk dua kakitangan Agensi Perisikan Pusat di kedutaan Nairobi, iaitu Tom Shah dan Molly Huckaby Hardy.[15]


Akibat dan tindak balas antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tugu peringatan di tapak kedutaan di Nairobi. (2007)

Sebagai tindak balas kepada kejadian ini, Presiden AS, Bill Clinton mengarahkan Operasi Infinite Reach, serantaian bedilan peluru berpandu krus ke arah sasaran-sasaran di Sudan dan Afghanistan pada 20 Ogos 1998.

Di Sudan, peluru-peluru berpandu itu memusnahkan kilang farmaseutikal al-Shifa, iaitu tempat pembuatan 50% perubatan untuk manusia dan haiwan di Sudan. Pentadbiran Clinton mendakwa bahawa adanya bukti yang mencukupi bahawa kilang itu menghasilkan senjata kimia, tetapi siasatan yang rapi selepas bedilan itu mendapati bahawa risikan itu tidak boleh dipercayai.[16]

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 1189 yang mengecam serangan terhadap kedutaan-kedutaan tersebut.

Kedutaan-kedutaan tersebut rosak itu, lebih-lebih lagi kedutaan di Nairobi, Kenya terpaksa dibina semula. Ia kini terletak di seberang jalan dari pejabat UNWFP atas sebab keselamatan. Beberapa bulan selepas kejadian itu dan bedilan Amerika di Afghanistan, syarikat tenaga Amerika, Unocal membatalkan rancangannya untuk membina talian paip gas merentasi Afghanistan.[17]

Beberapa bulan selepas kejadian pengeboman, Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat menambahkan Kenya ke dalam Program Bantuan Anti-Pengganas yang dibentuk pada tahun 1983. Biarpun penambahan itu lebih kurang sekadar formaliti untuk menegaskan semula komitmen Amerika untuk membasmi pengganasan di Kenya, namun ia mencetuskan permulaan kempen anti-pengganas dua hala yang aktif sesama Amerika Syarikat dan Kenya. Kerajaan AS juga menambah bantuan kewangan kepada Kanya dengan jumlah yang besar, termasuk geran $42 juta khusus untuk mangsa di Kenya.[18]

Pada 1 Jun 2007, USS Chafee menembak ke arah sebuah tempat yang disyaki persembunyian suspek ahli al-Qaeda bernama Abdullah Ahmed Abdullah yang dinyatakan sebagai bertanggungjawab atas pengeboman itu di kawasan Puntland di Somalia. Tidak dilaporkan sama ada bedilan itu berjaya atau tidak.[19]


Pada 7 Ogos 2008, Amerika Syarikat dan Afrika bersama-sama memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa pengeboman itu. Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga meletakkan lingkaran bunga di tugu peringatan di Nairobi, di atas tapak bekas bangunan kedutaan AS.[20]


Pendakwaan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah 21 orang suspek yang didakwa atas pelbagai peranan dalam jenayah ini.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lifting the Veil, May 6, 2006.
  2. Jane Mayer, The Dark Side, Doubleday. p.114
  3. Victoria Advocate,Bombings connect to mysterious arrests, 13 Ogos 1998
  4. Canadian Security Intelligence Service,Summary of the Security Intelligence Report concerning Mahmoud Jaballah, 22 Februari 2008. Appendix A.
  5. Higgins, Andrew. Wall Street Journal, "A CIA-Backed Team Used Brutal Means to Crack Terror Cell", 20 November 2001
  6. Wright, Lawrence, Looming Tower: Al Qaeda and the Road to 9/11, by Lawrence Wright, NY, Knopf, 2006, p.272
  7. Brisard, Jean-Charles (5 Jun 2002). "Al-Qaida monitored U.S. negotiations with Taliban over oil pipeline". Salon.com. http://dir.salon.com/story/news/feature/2002/06/05/memo/. Capaian 9 Mei 2008. 
  8. 8.0 8.1 Benjamin, Daniel & Steven Simon. "The Age of Sacred Terror", 2002
  9. [1][pautan putus]
  10. Rohan Gunaratna 2002: Inside Al Qaeda, page 46
  11. "U.S. Embassy Bombings". U.S. Department of State website. http://usinfo.state.gov/is/international_security/terrorism/embassy_bombings.html. Capaian 4 Ogos 2007. 
  12. "Online NewsHour –African Embassy Bombings". PBS.org. http://www.pbs.org/newshour/bb/africa/embassy_bombing/map.html. Capaian 4 Ogos 2007. 
  13. "template" (PDF). http://web.mst.edu/~rogersda/umrcourses/ge342/Forensic%20Seismology-revised.pdf. Capaian November 3, 2010. 
  14. "Profiles of Americans killed in Kenya embassy bombing", CNN.com, 13 Ogos 1998. Dicapai pada 18 November 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 16 Disember 2006. 
  15. Associated Press, "Bin Laden raid avenged secret CIA deaths", Japan Times, 30 Mei 2011, p. 1.
  16. Barletta, Michael. “Chemical Weapons in the Sudan: Allegations and Evidence.” Nonproliferation Review. Monterey Institute of International Studies 6:1 (1998): 5–48.[2]
  17. "Business Digest". New York Times. 5 Disember 1998. http://query.nytimes.com/gst/fullpage.htmlres=9F04E3DD1E3BF936A35751C1A96E958260&sec=&spon=&partner=permalink&exprod=permalink. Capaian 9 Mei 2008. [pautan putus]
  18. "United States Aid to Kenya: Regional Security and Counterterrorism". http://www.studentpulse.com/articles/393/united-states-aid-to-kenya-regional-security-and-counterterrorism-assistance-before-and-after-911-. 
  19. "From MSNBC.com". MSNBC. 6 Januari 2007. http://www.msnbc.msn.com/id/18989827/. Capaian 3 November 2010. 
  20. "10th years after US embassy bombings". http://edition.cnn.com/2008/WORLD/africa/08/07/kenya.embassy.bomb.anniversary/index.html. Capaian 18 Jun 2011. 
  21. Copy of indictment USA v. Osama bin Laden et al., Center for Nonproliferation Studies, Monterey Institute of International Studies
  22. Wanted Terrorists, Rewards for Justice Program, US Department of State
  23. http://www.fbi.gov/wanted/wanted_terrorists/@@wanted-group-listing
  24. 24.0 24.1 24.2 24.3 Four embassy bombers get life, CNN, 21 Oktober 2001
  25. Press release about 14 Guantanamo inmates, Office of the Director of National Intelligence

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Al-Qaeda