Fender Musical Instruments Corporation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fender Musical Instruments Corporation
Nama asliFender Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriAlat muzik
GenreMuzik
Ditubuhkan1946 Sunting ini di Wikidata
PengasasClarence Leonidas Fender
Ibu pejabatScottsdale, Arizona, United States
Kawasan perkhidmatanSeluruh Dunia
Tokoh pentingAndy Mooney (CEO)[1]
James S. Broenen (CFO)
Evan Jones (CMO)[2]
KeluaranGitar Electric, acoustic, resonator &klasik
Gitar Acoustic & Bass Elektrik
Banjo
Mandolin
Ukulele
Harmonica
Amplifier
Effects unit
Audio equipment
PembahagianCorona, California (AS) Ensenada, Baja California (Mexico)
Anak syarikatSquier Sunting ini di Wikidata
Tapak webfender.com
Facebook: FenderLatino Twitter: Fender Youtube: UCI7fys0WM62xF2jUlUdq0XQ Pinterest: fender Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fender Musical Instruments Copration (FMIC), yang biasa disebut hanya sebagai Fender, adalah pengeluar alat muzik bertali dan amplifiers Amerika. Produknya menghasilkan pelbagai koleksi gitar elektrik dan gitar bass, seperti Stratocaster (juga dikenal sebagai "Strat"), Telecaster (juga dikenal sebagai "Tele"), Precision Bass (juga dikenal sebagai "P-Bass"), dan Jazz Bass (juga dikenal sebagai "J-Bass"). Ibu pejabatnya terletak  di Scottsdale, Arizona. Sebelum ini, syarikat ini dinamakan Fender Electric Instrument Manufacturing Company, yang diasaskan di Orange, California, Amerika Syarikat oleh Clarence Leonidas "Leo" Fender pada tahun 1946.

Syarikat ini adalah milik perbadanan persendirian bersama dengan Andy Mooney sebagai Pegawai Eksekutif.[3] tetapi ini telah ditarik balik[4][5]. Di samping itu, ibu pejabatnya di Scottsdale. Fender telah  meluaskan empayarnya perusahaannya di Corona, California dan Ensenada, Baja, Mexico.[6]

Syarikat ini juga membuat dan mengedarkan gitar akustik, bes elektrik, mandolin, banjo, dan biola elektrik, serta gitar amplifier, amplifier bass, dan PA (alamat umum) peralatan. Jenama lain yang dihasilkan Fender antaranya Squier (mampu milik), Jackson, Charvel, EVH gitar dan amplifier dengan kerjasama dengan Eddie Van Halen, dan pembuatan dan pengedaran di bawah lesen perusahaan Gretsch.

Produk[sunting | sunting sumber]

Antara koleksi Fender Telecaster, Stratocaster, Jaguar, Jazzmaster, Mustang, Precision Bass dan Jazz Bass masih berada di pasaran sejagat sejak dari tahun 1950-an dan 1960-an.[7] Fender Telecaster dihasilkan sejak tahun 1950 dan nama asalnya ialah Broadcaster[8] termasuk beberapa edisi antaranya American  B-Bender, American Deluxe,  American Special, Standard Amerika, American Vintage, Artist, Blacktop, Cabronita, Classic, Classic Player, Deluxe, Factory Special Run, Fender Select, Limited Anniversary Edition, Modern Player, Roadworn, Special Edition, Standard, Tele-bration and Vintage Hot Rod. I Stratocaster dihasilkan dalam tahun 1954 juga berkembang ke pelbagai varian termasuk antaranya Standard, Modern Player, Deluxe, American Standard, American Deluxe, American Vintage, Classic, Classic Player, Vintage Hot Rod, Blacktop, Highway 1, American Special, Roadworn, Ultra, Artist, Fender Select and Pawn Shop.

Gitar elektrik[sunting | sunting sumber]

Gitar akustik[sunting | sunting sumber]

Bes elektrik[sunting | sunting sumber]

Penguat (Amplifiers)[sunting | sunting sumber]

Penguat jenis Fender Champ 1953
Penguat jenis Fender silverface Bassman, pembesar suara berkabinet
Penguat jenis Blonde 1963

Setelah beberapa koleksi awal dikeluarkan pada tahun 1946 (dipanggil "woodies" kerana dibina di dalam kabinet berkayu), penguat siri pertama yang dihasilkan pada tahun 1948 juga dikenali sebagai Tweed amp kerana produk ini dilindungi oleh kain yang digunakan pada bagasi ketika itu. Pada mulanya kabinet dibina berbentuk bulat kecil berpenjuru untuk pembesar suara. Kemudian varian diperbaharui pada tahun 1953 dengan penambahan kelebaran pada panel di bahagian atas penguat. Antara koleksi awalnya ialah Champ, Princeton, Deluxe, Profesional dan Super. Penguat yang terkenal antaranya Bassman (1952), Bandmaster dan Kembar (1953), Tremolux dan Harvard (1955) dan Vibrolux (1956).[9][10]

Tempahan[sunting | sunting sumber]

Fender Custom Shop merupakan tempat menghasilkan gitar tempahan khas untuk para pelanggan melalui kedai francais yang terpilih untuk menghasilkan gitar edisi terhad, membina penguat (amplifiers) edisi terhad dan melakukan beberapa penyelidikan & kajian bagi perusahaan induk.

Squier[sunting | sunting sumber]

Gitar Squier adalah sebuah produk baharu keluaran Fender sejak tahun 1982 untuk bersaing dengan salinan gitar Stratocaster, walaupun Stratocaster lebih popular. Kini gitar Squier banyak di kilangkan di negara Jepun, Korea, Mexico, India, Indonesia, China, dan Amerika Syarikat.

Pusat Pengunjung Fender  dan Kilang Tour[sunting | sunting sumber]

Pusat Fender di Corona, California

Syarikat Fender berpusat di Corona, California, AS. Kilang ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan mengeluarkan lebih 400 buah gitar setiap hari. Dibuka untuk tatapan umum kepada orang awam dua kali sehari dengan bayaran masuk yang berpatutan.[11]Tempat ini juga menyediakan sebuah muzium mini, yang memaparkan mengenai sejarah syarikat, gambar-gambar dan biografi Clarence Leonidas "Leo" Fender dan memaparkan koleksi alat muzik Fender dan pemuzik yang menggunakan produknya. Selain itu, pihak pengurusan juga menawarkan kepada para pelanggan untuk melihat sendiri tentang penghasilan gitar pikap. Dari proses pertamanya di gedung Woodmill, di mana para pekerja memotong kayu dan membuat kepingan-kepingan untuk dijadikan badan dan leher sesebuah gitar. Proses seterusnya ke bahagian gedung pemasangan dan ke bahagian mengecat dan pengemasan sehingga ke proses yang terakhir di bahagian gedung pendokumentasian.[12]

Artis Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Banyak pemuzik rock dan jazz telah menggunakan gitar Fender dari tahun 1951 sehingga kini. Antaranya Muddy Waters, Jim Adkins, Jeff Beck, Ritchie Blackmore, Roy Buchanan, Eric Clapton, Albert Collins, Billy Corgan, Robert Cray, Steve Cropper, Kurt Cobain,Andy Summers, Bob Dylan, Rory Gallagher, David Gilmour, Janick Gers, Buddy Guy, George Harrison, Jimi Hendrix, Buddy Holly, Eric Johnson, Mark Knopfler, Scott Lucas, Yngwie Malmsteen, Johnny Marr, Hank Marvin, John Mayer, Paul McCartney, Dave Murray, Jimmy Page, Nigel Pulsford, Keith Richards, Nile Rodgers, Jim Root, Gavin Rossdale, Kenny Wayne Shepherd, Chris Shiflett, Bruce Springsteen, Pete Townshend, Robin Trower, Stevie Ray Vaughan, Brian Wilson, Brad Paisley, and many others. Wilson, Brad Paisley, dan banyak lain-lain. Terdapat juga beberapa pemain gitar terkenal di Malaysia menggunakan Fender antaranya Man Kidal, yang bermain Fender Stratocaster berwarna putih, pemain gitar kumpulan Kristal, yang menggunakan Squier Stratocaster dan Moliano dari kumpulan Lovehunters yang juga menggunakkan gitar Stratocaster, Aidit Alfian yang menggunakan Fender Mustang semasa pembikinan lagu Bila Bulan Berwarna Biru bersama komposer Arab.

Pemain Bass yang menggunakan produk keluaran Fender antaranya  Sting(The Police), Geezer Butler, Adam Clayton, Bill Dickens, Mike Dirnt, Donald "Duck" Dunn, Flea, Steve Harris, Mark Hoppus, James Jamerson, John Paul Jones, Geddy Lee, Duff McKagan, Nate Mendel, Jaco Pastorius, Dave Parsons, Jeff Pilson, Dee Dee Ramone, Troy Sanders, Rudy Sarzo, Robert Trujillo, Roger Waters, John Entwistle dan lain-lain. Salah seorang pemain gitar bass dari Singapura ialah Yazid Lovehunters yang menggunakan Percision Bass yang berharga  3000 Dollar Singapura pada ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fender Musical Instruments Corporation Appoints Andy Mooney to CEO". 2 June 2015. Dicapai pada 3 June 2015.
  2. ^ http://spotlight.fender.com/newsroom/news/490/
  3. ^ O'Toole, James (2012-03-08). "Guitar-maker Fender files for IPO - Mar. 8, 2012". Money.cnn.com. Dicapai pada 2014-03-15.
  4. ^ http://www.forbes.com/sites/benzingainsights/2012/07/20/fender-withdraws-ipo/
  5. ^ http://fortune.com/2012/07/20/why-fender-pulled-its-ipo/
  6. ^ Hennigan, W.J. (March 8, 2012). "Guitar maker Fender files for initial public offering". Los Angeles Times. Dicapai pada 2012-03-08.
  7. ^ Roberts, Jim (2003). American Basses: An Illustrated History and Player's Guide.
  8. ^ Duchossoir, A. R. (1991).
  9. ^ This Princeton circuit, which remained essentially unchanged through the 60s and 70s except for a simplified tremolo circuit, was the basis for the hot-rodded Mesa Boogie Mark I.
  10. ^ The high-end Showman and Vibrasonic, however, featured premium JBL speakers.
  11. ^ Kreuzer, Nikki, "Best Guitar Factory Tour 2013- Fender Factory Tour", "LA Weekly", October 4, 2013, p 121.
  12. ^ Kreuzer, Nikki, "Offbeat L.A.: The Fender Guitar Factory Tour","The Los Angeles Beat", March 13, 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.