Fenomena (album Search)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fenomena
Album studio oleh Search
Dikeluarkan pada 1989 (kaset)
1990 (CD)
Genre Rock
Syarikat Pacific Music Corporation/BMG Pacific
Penerbit M. Nasir
Kronologi Search
Berpaling
(1988)
Fenomena (album Search)
(1989)
Karisma
(1990)

Fenomena ialah album studio pertama kumpulan Search semenjak kugiran tersebut bernaung di bawah label BMG. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.

Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya. Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.

Ketika album ini dihasilkan, kumpulan Search terdiri daripada Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar), Noordin Taib (gitar), Hamzah Mohd Taib (gitar), Nasir (bass) dan Yazid (dram). Hillary meinggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo.

Album ini mengandungi Hits seperti Isabella, Pawana dan Fenomena.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Versi kaset (1989)
No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Fenomena"   Usop M. Nasir 4:32
2. "Purnama"   Bob Lokman Bob Lokman 5:32
3. "Isabella (lagu)"   Bob Lokman Search 5:08
4. "Derap Komando"   Wanafisu Search 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"   Dani M. Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"   Search Search 6:09
7. "Bencana"   Siso M. Nasir 5:44
8. "Pawana"   S. Amin Shahab M. Nasir 4:13
9. "Songsang"   Usop Bob Lokman 4:03
10. "Gadis Misteri"   S. Amin Shahab M. Nasir 5:28
Versi CD (1990)
No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Fenomena"   Usop M. Nasir 4:32
2. "Purnama"   Bob Lokman Bob Lokman 5:32
3. "Isabella"   Bob Lokman Search 5:08
4. "Derap Komando"   Wanafisu Search 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"   Dani M. Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"   Search Search 6:09
7. "Bencana"   Siso M. Nasir 5:44
8. "Pawana/Songsang"   S. Amin Shahab/Usop M. Nasir/Bob Lokman 8:18
9. "Gadis Misteri"   S. Amin Shahab M. Nasir 5:28
10. "Mencari (instrumental)" (lagu bonus)   Noordin Taib 4:42
11. "Malam" (lagu bonus)   M. Nasir 4:38

Pautan luar[sunting | sunting sumber]