Gothik Malam Edan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gothik Malam Edan
Album studio oleh Search
Dikeluarkan pada 7 Julai 2006[1]
Syarikat Life Records
Penerbit Edrie Hashim & M. Nasir
Kronologi Search
Terunggul
(1998)
Gothik Malam Edan
(2006)
Konsert Rock Search Evolusi 2004
(2007)

Gothik Malam Edan ialah album studio pertama yang dihasilkan oleh kumpulan Search semenjak bersatu semula pada tahun 2003. Album keluaran tahun 2006 ini menyaksikan empat orang ahli lama, iaitu Amy, Hillary Ang, Nasir Daud dan Yazid Ahmad, bergabung semula manakala M. Nasir kembali sebagai penerbit sesebuah album Search semenjak Gema Di Timur Jauh.

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Seperti dahulu kala, Amy kembali menyandang tugasnya sebagai penyanyi, Hillary sebagai pemain gitar, Nasir sebagai pemain gitar bes dan Yazid sebagai pemain dram; kali ini, diiringi oleh pemuzik undangan berikut: Firdaus Mahmud (strings & papan nada - "Lara Tari Pencinta", papan nada - "Menawan Raga"); Rudi Muhammad (piano - "Irama Marakas") serta penyanyi latar: Razif Hashim, Sharifah Sofia Syed Hussein dan Hassan Zakaria ("Memoria Anna"); Baby Akmal ("Gurindam Cinta Khayam"). Selain M. Nasir, Edrie Hashim turut menjadi penerbit bersama, dengan Search sendiri selaku penerbit eksekutif.

Album ini dirakam di Utusan Audio, Petaling Jaya dan Studio Ronggeng, Sungai Buloh, Selangor, diikuti kerja mastering di Mastering One. Sepatutnya album ini dikeluarkan selepas keluarnya EP Empire Garden yang memuatkan lagu "Ying & Yang", antara lainnya. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat diterbitkan atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, semua lagu dalam EP ini dimuatkan juga dalam album ini. Album ini diedarkan oleh Life Records, iaitu label ketiga yang disertai oleh Search untuk merakam album studio sepanjang kerjayanya selepas Polygram Records dan BMG. Edisi terhad cetakan awal cakera padat album ini menyertakan sekali VCD "Di sebalik tabir album Gothik Malam Edan".

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Memoria Anna"   5.45
2. "Gothik Malam Edan"   3.44
3. "Ampun"   4.14
4. "Yin & Yang"   5.10
5. "Gurindam Cinta Khayam"   5.14
6. "Lara Tari Pencinta"   4.20
7. "Irama Marakas"   4.19
8. "Menawan Raga"   4.19
9. "Penjaga Rahsia"   6.31
10. "Nyata Dan Maya"   4.25

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Gothik Malam Edan Search lebih ‘keras’". Utusan Online. 8 Julai 2006. Diperolehi pada 25 Januari 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]