Isabella (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Isabella ialah sa-buah lagu dendangan kumpulan Search yang diterbitkan menerusi album studio mereka Fenomena pada 1989. Lagu Isabella telah mencipta fenomenanya sendiri apabila ia telah menjadi terkenal sehingga ke tanah seberang.

Dengan melodi merdu ciptaan Search sendiri, diiringi lirik indah nukilan Bob Lokman, tidak hairanlah mengapa lagu ini sangat diminati dan diingati oleh setiap golongan lapisan masyarakat.

Di arena muzik tanah air sendiri, lagu Isabella telah layak menyertai Anugerah Juara Lagu 1989 pada tahun itu. Mereka yang pertama kali menyertai pertandingan itu telah berjaya merangkul gelaran Juara menewakan lagu dendangan kumpulan Illusi dan Ramlah Ram. Lebih membanggakan, mereka juga menang kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.