Feri Seagull Express 2 Terbakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mangsa kemalangan di bawa ke jeti Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang
Mangsa kemalangan di bawa ke jeti Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang

Feri Seagull Express 2 terbakar , karam dan tenggelam ketika dalam perjalanan dari jeti Mersing ,Johor ke Pulau Tioman , Malaysia. Feri itu membawa 106 orang penumpang termasuk nakhoda dan dua kakitangan feri, terbakar jam 12.30 tengah hari pada hari Sabtu, 11 Oktober 2007 . Kejadian itu terjadi kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Tioman, berdekatan dengan Pulau Tokong Bahara, pada pukul 12.30 tengah hari Hari Raya Aidilfitri pertama. Tragedi itu berlaku lapan kilometer dari jeti Genting di Pulau Tioman dan tiga kilometer dari Pulau Sri Buat.[1]

Kapten feri ialah Wan Fahrorozi Wan Naman, 34, dan dua krewnya itu ialah Abi Mustapha dan Mohd Fazli Mohamad.

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Mereka yang maut ialah Hoo Lee Lan, 67, dari Kuala Lumpur, Hong See Tiew, 53, dan Teh Siew Lian, 52, kedua-duanya dari Klang dan Tee Moi@Haw Lee Maoi, 68, dari Batu Pahat.

Mayat Wong Soong Leng ditemui terapung-apung kira-kira 2 batu nautika timur Pulau Tokong Bahara . Mayat beliau dikesan terapung oleh helikopter Cessna Unit Udara Polis Malaysia kira-kira 10.30 pagi sebelum ditemui kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Sipadan pada pukul 11.30 pagi , Rabu 16 Oktober 2007.

Dua lagi lelaki yang masih hilang iaitu Choong Yoong Kim, 43, dan Wong Han Wenn, 29 tahun. Wong Han Wenn ialah penyelia kilang di Klang.

Gerakan mencari[sunting | sunting sumber]

Gerakan mencari diketuai oleh Ketua Polis Daerah Mersing DSP Harun Idris .Operasi mencari dan menyelamat disertai 140 anggota penyelamat pelbagai agensi termasuk APMM, Unit Udara Polis, Bomba, Jabatan Laut serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Turut serta ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang Datuk Maznah Mazlan; Anggota Dewan Undangan Negeri Tioman Rusli Ismail dan Ketua MCA Bahagian Mersing Ng See Tiong.

Kerjasama nelayan pantai dan nelayan laut dalam serta pengusaha bot persendirian membantu mengesan mangsa. Pulau Jahat dan Pulau Sri Buat turut ditinjau.

Kelemahan feri[sunting | sunting sumber]

Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan , Hazman Hussein mendapati :

  • Feri itu beroperasi secara haram kerana sijil penumpangnya tamat pada 2 Disember 2006. Sebelum ini pernah disaman kerana membawa penumpang berlebihan.
  • Senarai nama penumpang tidak diserahkan kepada Jabatan Laut pada hari kejadian.
  • Semua feri mestilah memenuhi piawaian kemudahan keselamatan antarabangsa.

Tindakan[sunting | sunting sumber]

  • Dua pegawai Jabatan Laut di Mersing telah digantung tugas bagi membantu siasatan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy mahu siasatan sebarang unsur kecuaian di kedua-dua belah pihak.Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari ditugaskan menjalankan siasatan lanjut terhadap sistem pengangkutan feri penumpang di seluruh Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]