11 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Oktober 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXIII | ||||||
11 Oktober merupakan hari ke-284 (hari ke-285 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 81 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Peringatan Jeneral Pulaski di Amerika Syarikat.
Peristiwa [sunting]
- 1797 - Perang Revolusi Perancis: Armada British menawan 11 kapal Tentera Laut Diraja Belanda dalam Pertempuran Camperdown.
- 1865 - Pemberontakan Teluk Morant yang dipimpin Paul Bogle dan George William Gordon bermula di Jamaica, namun kemudian disekat dengan kejam oleh Gabenor Edward John Eyre.
- 1899 - Perang Boer Kedua meletus di Afrika Selatan antara United Kingdom dan orang Boer (gambar).
- 1954 - Ho Chi Minh dan Viet Minh mengambil alih kuasa di Vietnam Utara, sejajar dengan Persetiaan Geneva, yang mengakhiri Indochina Perancis.
- 1962 - Paus John XXIII memanggil Mesyuarat Vatikan Kedua, mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian Katolik Rom yang pertama sejak 92 tahun.
- 1968 - NASA melancarkan Apollo 7 (gambar), misi pertama yang dikendalikan manusia dalam Projek Apollo.
- 1987 - Perang Saudara Sri Lanka: Pasukan Penjaga Keamanan India memulakan Operasi Pawan bagi mengambil alih kawalan Jaffna daripada Harimau Tamil sejajar dengan Persetiaan India-Sri Lanka.
- 2006 - Amerika Syarikat dikejutkan lagi dengan rempuhan bangunan sebagaimana 9/11.
- 2009 - Pilihan raya kecil Bagan Pinang, Malaysia diadakan berikutan kematian ADUNnya Azman Mohammad Noor.
- 2011 - Bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko disabitkan tujuh tahun penjara selepas didapati bersalah menyalahgunakan jawatan pada 2009.
Kematian [sunting]
- 2010 - Penyanyi opera Australia Joan Sutherland.
- 2011 - Penyanyi pop yeh-yeh Malaysia Ahmad Jais.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||