Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-7 (FFVPM7) diadakan pada 15-17 Januari 2010 di Kangar, Perlis. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah merasmikan festival ini. Baginda merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu tempat festival filem ini diadakan.

Festival ini dianjurkan oleh UniMAP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), selama 3 hari. Peserta terdiri dari mahasiswa 20 institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antara aktivitinya ialah tayangan tayangan filem, forum perfileman dan pameran multimedia, pendidikan dan komersil.

Filem bertajuk "Warna" karya Zaki Zakaria dari Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih oleh juri sebagai filem terbaik keseluruhan. Pelajar perfileman itu mendapat hadiah RM1,500, barangan bernilai RM1,599 dan trofi. Hadiah disampaikan oleh Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan beberapa karyawan filem turut hadir.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]