Universiti Malaysia Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Malaysia Perlis
اونيۏرسيتي مليسيا ڤرليس
UniMAP.jpg
Maklumat am
Moto "Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan"
Ditubuhkan 2001
Jenis Awam

Laman sesawang www.unimap.edu.my
Pentadbiran
Canselor Raja Muda Perlis - Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Timbalan canselor Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin
Lokasi
Lokasi Kangar dan Arau, Perlis
Negara Malaysia
Kampus Kampus utama di Kubang Gajah, Arau, Perlis

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Universiti Malaysia Perlis (singkatan: UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University College of Engineering).

Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001.Aktiviti dan pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Rektor dan Timbalan Rektor pada 16 Februari 2002.

Pada 2 Mei 2002 UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.

Mulai 1 Februari 2007 KUKUM telah menukar namanya ke UniMAP.

Kampus Tetap UniMAP, iaitu Kampus Alam, terletak di Pauh dan di Sg. Chuchuh pula menempatkan Stesyen Penyelidikan Agroteknologi iaitu Kampus Hijau.Bermula pada semester 2, sidang akademik 2009/2010, 2 buah Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) iaitu PPK Pembuatan dan PPK Mekatronik, telah mula beroperasi di Kampus Alam.Ini diikuti pula oleh PPK Mikroelektronik, Pusat Kejuruteraan, Institut Matematik Kejuruteraan dan Kompleks Sukan, yang masing-masing mula beroperasi pada pertengahan tahun 2012.Kampus sementara kini beroperasi di Kubang Gajah , Jejawi , Automart(Kuala Perlis), Taman Muhibbah , Bangunan KWSP Kangar, Dewan Kapitol, Kangar manakala Kolej Kediaman adalah di Kampong Wai, Senerang Ramai, Taman Semarak, Wang Ulu dan Taman Aman.

Canselor UniMAP yang pertama adalah Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dilantik pda 1 September 2003, manakala Pro Canselor pula ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah Khalil.Naib Canselor pertama UniMAP ialah Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin manakala Timbalan Naib Canselor UniMAP ialah Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UniMAP ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain.

Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.

Anjung UniMAP[sunting | sunting sumber]

Anjung UniMAP adalah pejabat perwakilan UniMAP yang pertama beroperasi di luar kampus induknya yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Anjung KUKUM berperanan sebagai Pusat Komunikasi Setempat (One Stop Communications Centre).

Penubuhan Anjung UniMAP telah diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke 6 yang bermesyuarat pada 7 September 2004 yang melihat kepada kepentingan dan keperluan UniMAP mempunyai sebuah pejabat perwakilan di bandaraya Kuala Lumpur.

Anjung UniMAP mula beroperasi pada 1 April 2005. Bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur dipilih bagi lokasi Anjung UniMAP kerana kedudukan yang strategik, berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas.

Ia menjadi pusat tumpuan bagi segala kegiatan khususnya di dalam bidang politik, pendidikan, penyelidikan, ekonomi, hubungan pengantarabangsaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.

Anjung UniMAP kedua pula, telah dibuka di Taman Teknologi Tinggi Kulim pada 2 Februari 2010 oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Anjung UniMAP Kulim ini, bakal menawarkan pelbagai peluang latihan, kursus jangka pendek serta jangka panjang khusus untuk pekerja industri khususnya di sekitar kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim ini.

Jurusan yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini UniMAP menawarkan 20 jurusan Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan kejuruteraan dan 2 jurusan berkaitan perniagaan. Jurusan-jurusan tersebut ialah:

  1. Kejuruteraan Mikroelektronik
  2. Kejuruteraan Elektronik
  3. Kejuruteraan Fotonik
  1. Kejuruteraan Komputer
  2. Kejuruteraan Perhubungan
  3. Kejuruteraan Rangkaian Komputer
  1. Kejuruteraan Mekatronik
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektronik Perubatan
  1. Kejuruteraan Sistem Elektrik
  2. Kejuruteraan Elektronik Industri
  1. Kejuruteraan Pembuatan
  2. Kejuruteraan Rekabentuk Produk
  1. Kejuruteraan Bahan
  2. Kejuruteraan Metalurgi
  3. Kejuruteraan Polimer
  1. Kejuruteraan Bioproses
  2. Kejuruteraan Biosistem
  1. Kejuruteraan Alam Sekitar
  2. Kejuruteraan Awam(Dikenali Kejuruteraan Bangunan sebelum Nov 2013)
  1. Perniagaan Antarabangsa
  2. Keusahawanan Kejuruteraan

UniMAP juga menawarkan jurusan kejuruteraan peringkat diploma, sarjana dan doktor falsafah iaitu:

  1. Doktor Falsafah
  • Sarjana Sains
  1. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mikroelektronik)
  2. Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer)
  3. Sarjana Sains (Kejuruteraan Perhubungan)
  4. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekatronik)
  5. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)
  6. Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektronik Pembuatan)
  7. Sarjana Sains (Kejuruteraan Pembuatan)
  8. Sarjana Sains (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)
  9. Sarjana Sains (Kejuruteraan Sistem Elektrik)
  10. Sarjana Sains (Kejuruteraan Bahan)
  11. Sarjana Sains (Kejuruteraan BIoproses)
  12. Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar)
  13. Sarjana Sains (Kejuruteraan Polimer)
  • Diploma Kejuruteraan
  1. Kejuruteraan Mikroelektronik
  2. Kejuruteraan Komputer
  3. Kejuruteraan Mekatronik
  4. Kejuruteraan Elektrik
  5. Kejuruteraan Pembuatan
  6. Kejuruteraan Metalurgi
  7. Kejuruteraan Awam

Kolej kediaman[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kolej Kediaman Unimap.
  1. KKA - Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, terletak di Taman Aman, Kangar
  2. KKB - Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, terletak di Taman Ira Jaya dan Taman Seri Bahagia, Kangar
  3. KKC - Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
  4. KKD - Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
  5. KKE - Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, terletak di Taman Semarak, Kuala Perlis
  6. KKF - Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis
  7. KKG - Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, terletak di Wang Ulu,Bintong
  8. KKH - Kolej Kediaman Tun Fatimah, terletak di Wang Ulu,Bintong
  9. KKI - Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi , terletak di Simpang Empat, Perlis

Institut[sunting | sunting sumber]

Pusat pemantapan akademik[sunting | sunting sumber]

Jabatan[sunting | sunting sumber]

Di Universiti Malaysia Perlis, terdapat tujuh jabatan utama yang menjalankan tugas dalam memastikan kelancaran pengurusan dan pentadbiran universiti ini. Jabatan – jabatan tersebut ialah Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]