Focke-Wulf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
FW 190 Würger menjadi tonggak pertahanan udara Luftwaffe

Focke-Wulf Flugzeugbau AG adalah sebuah syarikat pengeluar pesawat Jerman yang mengilangkan pesawat-pesawat untuk Luftwaffe semasa Perang Dunia II. Syarikat ini paling masyhur kerana kejayaan pesawat pejuang Focke-Wulf Fw 190 rekaannya.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Focke-Wulf FW 61

Syarikat Focke-Wulf diasaskan di Bremen, Jerman pada 23 Oktober 1923 sebagai syarikat Bremer Flugzeugbau AG oleh pengasas syarikat Prof. Henrich Focke, Georg Wulf dan Dr. Werner Neumann. Syarikat tersebut kemudiannya menukarkan nama kepada Focke-Wulf Flugzeugbau AG. Syarikat ini pada mulanya tidak mencapai kejayaan komersil dan Georg Wulf terbunuh pada 29 September 1927 apabila sedang menguji salah satu pesawat buatan mereka.

Dalam tahun 1931, di atas desakan kerajaan Jerman, syarikat ini bergabung dengan syarikat Albatros-Flugzeugwerke AG yang berpangkalan di Berlin. Ini menggabungkan Kurt Tank dengan Henrich Focke dan Werner Neumann yang menjadikan Kurt Tank sebagai ketua bahagian teknikal Focke-Wulf. Kurt tank berjaya menyempurnakan rekaan Fw 44 Stieglitz (Goldfinch) dalam tahun 1934 yang melonjakkan Focke-Wulf ke ambang kejayaan.

Pada tahun 1936, Focke-Wulf menunjukkan rekaan Focke-Wulf Fw 61 yang merupakan sebuah helikopter kawalan penuh. Pesawat itu diberikan demonstrasi oleh Hanna Reitsch di Berlin.

Kurt Tank kemudiannya membuat rekaan pesawat penumpang Fw 200 Kondor (Condor), yang boleh terbang merentasi Lautan Atlantik tanpa berhenti. Pesawat ini kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat pengebom dan pesawat rondaan maritim.

Meanwhile Tank had designed and produced the passenger-carrying Fw 200 Kondor (Condor), which could fly the Atlantic non-stop. It was later used as a bomber.

Rekaan Fw 190 Würger menjadi pesawat pejuang utama Luftwaffe yang digeruni oleh juruterbang Pihak Berikat kerana ketangkasan dan kuasa tembakannya. Pesawat ini mula dikeluarkan dalam tahun 1938 dan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak dari tahun 1941 hingga 1945 dan menjadi tonggak pertahanan udara Luftwaffe.

Mulai tahun 1940, kilang Focke-Wulf menjadi sasaran serangan pengeboman British tetapi kilang Focke-Wulf ini mengalami kerosakan ringan kerana telah diperkukuhkan untuk mengalami serangan bom (bomb hardened). Kilang ini kemudiannya dipindahkan ke bahagian timur Jerman dan ke Poland untuk mengelakkan gangguan daripada pengeboman British.

Selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebahagian daripada asas perindustrian tentera Jerman yang dipersalahkan membantu kebangkitan pemerintah Nazi, Focke-Wulf tdiak dibenarkan meneruskan pembuatan pesawat terbang untuk tahun-tahun selepas Perang Dunia II. Kurt Tank meninggalkan syarikat tersebut dan berhijrah ke Amerika Selatan untuk meneruskan kerjayanya dengan Instituto Aerotécnico di Córdoba, Argentina mulai tahun 1947. institut ini kemudiannya menjadi syarikat pengeluar pesawat Fábrica Militar de Aviones. Apabila Juan Peron digulingkan sebagai Presiden, Kurt Tank berhijrah pula ke India.

Focke Wulf sendiri dibenarkan pembinaan etrhad pesawat terbang dalam tahun 1951 dan syarikat berkenaan menumpukan perhatian dalam pembinaan pesawat luncur angin (glider). Dalam tahun 1955, pembinaan pesawat terbang berkuasa dimulakan kembali dengan pembinaan pesawat latihan untuk Luftwaffe. Dalam tahun 1961, Focke-Wulf, Weserflug dan Hamburger Flugzeugbau berganding tenaga dalam program Entwicklungsring Nord untuk membina roket. Focke Wulf bergabung dengan Weserflug dalam tahun 1964 menghasilkan Vereinigte Flugtechnische Werke (VFW). Dalam tahun 1981, VFW diambil alih Messerschmitt-Bölkow-Blohm (MBB).

Senarai Pesawat Focke-Wulf[sunting | sunting sumber]

  • Focke-Wulf Fw 44 Stieglitz (Goldfinch), pesawat latihan (kapal terbang bersayap kembar)
  • Focke-Wulf Fw 56 Stösser (Falcon Hawk), pesawat latihan (parasol monoplane)
  • Focke-Wulf Fw 57 - pengebom (prototaip)
  • Focke-Wulf Fw 58 Weihe (Kite), pengangkut dan pesawat latihan
  • Focke-Wulf Fw 61 - helikopter (prototaip)
  • Focke-Wulf Fw 62 – pesawat peninjau atas kapal
  • Focke-Wulf Ta 152 – pengembangan pesawat pejuang from Fw 190
  • Focke-Wulf Ta 154 Moskito (Mosquito) – pejuang waktumalam
  • Focke-Wulf Fw 159 - pejuang (prototaip)
  • Focke-Wulf Ta 183 – jet pejuang (prototaip)
  • Focke-Wulf Fw 186 – autogiro peninjau (prototaip)
  • Focke-Wulf Fw 187 Falke (Falcon) – pesawat pejuang lebih dikenali sebagai "Zerstörer"
  • Focke-Wulf Fw 189 Uhu (Owl) – pesawat tinjau
  • Focke-Wulf Fw 190 Würger – pesawat pejuang
  • Focke-Wulf Fw 191
  • Focke-Wulf Fw 200 Kondor (Condor) - pesawat penumpang, pengebom, peronda maritim

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Airlistbox