Forever 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Forever 21, Inc.
Jenis Persendirian
Industri Pakaian
Ditubuhkan 1984
Ibu pejabat Los Angeles, California[1]
Bilangan lokasi 480 (2011) [2]
Perancang utama
  • Do Won Chang (Pengasas & CEO)
  • Jin Sook Chang (Ketua Pegawai Barangan)
  • Linda Chang (Ketua Pegawai Pemasaran)
  • Esther Chang (Ketua Pegawai Visual)
Produk Pakaian, aksesori
Hasil US$2.6 bilion (2011) [2]
Jumlah aset $1.40 bilion (2011) [2]
Pekerja 27,228 (2011) [2]
Laman web forever21.com

Forever 21 merupakan sebuah rantaian peruncit pakaian dari Amerika Syarikat serta mempunyai cawangan di bandar-bandar utama seperti di Benua Amerika, Eropah, Asia, dan juga Timur Tengah. Syarikat ini juga menawarkan pakaian dan aksesori yang bergaya untuk wanita muda, lelaki dan remaja perempuan pada harga yang rendah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, rantaian ini dikenali sebagai Fashion 21 yang menyasarkan terutamanya golongan perempuan pertengahan umur. Syarikat ini dimulakan di Los Angeles, California pada tahun 1984 oleh pengasasnya, Do Won Chang (Hangul: 장도원) dan isterinya, Jin Sook Chang (Hangul: 장진숙).[3] Kedai pertama Fashion 21 dibuka pada 21 April 1984. Kedai ini bertempat di 5637 N. Figueroa St. di daerah Highland Park, Los Angeles. Pada ketika itu, kedai tersebut hanya berukuran 900 kaki persegi (84 m2). Selain itu, kedai ini masih beroperasi dan masih mengekalkan nama asal. Rekaan yang bergaya dari Korea Selatan telah dijual dan disasarkan kepada masyarakat Korea-Amerika di Los Angeles.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Forever 21, Inc. Company Profile". Yahoo! Finance. Diperoleh pada 2010-08-27. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "#162 Forever 21". Forbes. 16 November 2011. 
  3. Bensinger, Ken (31 Julai 2010). "HOW I MADE IT — Do Won Chang". Los Angeles Times. 
  4. "Young Women's Clothing Brand Information". Diperoleh pada 2011-12-20.