Francesco Toldo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Francesco Toldo
Francesco Toldo.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Francesco Toldo
Tarikh lahir 2 Disember 1971 (42 tahun)
Tempat lahir Padua, Italy
Tinggi 1.96 m (6 ka 5+316 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini Internazionale
Nombor 1
Kerjaya remaja
1987–1990 Milan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1990–1993
1990–1991
1991–1992
1992–1993
1993–2001
2001–
Milan
Verona (loan)
Trento (loan)
Ravenna (loan)
Fiorentina
Internazionale
000 (0)
000 (0)
038 (0)
031 (0)
266 (0)
145 (0)[1]
Pasukan kebangsaan
1995–2004 Itali 028 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18 Mei 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 18 Februari 2004

Francesco Toldo (lahir 2 Disember 1971 di Padua, Veneto) merupakan seorang penjaga gol dari Itali dan kini sedang bermain di kelab Inter Milan.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Toldo memulakan karier bola sepak beliau di A.C. Milan; namun tidak pernah bermain pada sebarang perlawanan di kelab tersebut. Beliau telah dipinjamkan ke kelab Trento dan Ravenna dari 1991 hingga 1993. Toldo kemudian menyertai kelab Fiorentina, dan menjadi pemain utama kelab itu selama lapan musim. Beliau telah memenangi Coppa Italia sebanyak dua kali dan menyertai Liga Juara-Juara UEFA sekali ketika di kelab tersebut. Setahun sebelum Fiorentina bankrup, beliau telah dipindahkan ke Inter Milan pada 2001, di mana beliau telah menjadi penjaga gol utama sehingga musim panas 2005. Akibat enggan menyertai perlawanan persahabatan jelajah England, Toldo telah disingkirkan ke bangku simpanan dan digantikan oleh penjaga gol dari Brazil, Júlio César. Toldo berjaya meraih kembali tempat beliau selaku penjaga gol utama setelah menandatangi kontrak lanjutan dan kejatuhan prestasi César. Beliau akan berada di bawah kontrak bersama Inter sehingga 2009. Pada November 2006, beliau telah menjaringkan gol di San Siro ketika menentang Juventus sekaligus mengikat kedudukan mata 1-1 menerusi sepakan penjuru pada minit terakhir perlawanan. [2]

Karier Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga akhir tahun 2004, Toldo telah bermain dengan Itali sebanyak 28 kali. Walaupun menghadapi saingan daripada penjaga berprofil tinggi seperti Gianluca Pagliuca, Angelo Peruzzi dan Gianluigi Buffon, Toldo telah dipilih untuk memulakan perlawanan pada Euro 2000 setelah tangan Buffon patah ketika perlawanan persahabatan menentang Norway lapan hari sebelum kejohanan bermula. Toldo telah membantu Itali menjadi naib juara di belakang Perancis. Ketika perlawanan separuh akhir menentang Belanda, Toldo telah menyelematkan satu sepakan penalti ketika perlawanan dan dua ketika penentuan. Walaubagaimanapun, beliau gagal menyelamatkan jaringan gol penting oleh Sylvain Wiltord ketika perlawanan hampir tamat pada perlawanan akhir. Perancis memenangi perlawanan pada masa tambahan menerusi jaringan David Trézéguet.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]