Fromis 9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fromis_9
Fromis_9 pada bulan Jun 2019
Kiri ke Kanan, belakang: Gyu-ri (bekas ahli), Ha-young, Na-gyung, Sae-rom, Chae-young
Kiri ke Kanan, depan: Ji-won, Seo-yeon, Ji-heon, Ji-sun
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2018 (2018)–sekarang
Syarikat rakaman
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Ahli
  • Lee Sae-rom
  • Song Ha-young
  • Park Ji-won
  • Roh Ji-sun
  • Lee Seo-yeon
  • Lee Chae-young
  • Lee Na-gyung
  • Baek Ji-heon
Bekas ahli
  • Jang Gyu-ri

Fromis 9 (Hangul프로미스나인; digayakan sebagai fromis_9) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh CJ E&M menerusi rancangan realiti Idol School pada tahun 2017. Kumpulan ini mempunyai sembilan orang ahli: Roh Ji-sun, Song Ha-young, Lee Sae-rom, Lee Chae-young, Lee Na-gyung, Park Ji-won, Lee Seo-yeon dan Baek Ji-heon.[1][2] Pada asalnya mempunyai sembilan orang ahli, Jang Gyu-ri meninggalkan kumpulan ini pada 31 Julai 2022.

Kumpulan ini debut pada 24 Januari 2018, di bawah Stone Music Entertainment dengan mengeluarkan album mini pertama mereka To. Heart.[3] Pada bulan September 2018, disahkan bahawa Fromis 9 akan diuruskan oleh Off The Record Entertainment, label baru yang ditubuhkan oleh Stone Music.[4] Sebagai sebahagian daripada pengurusan mereka, Pledis Entertainment bertanggungjawab ke atas arahan kreatif dan pengeluaran muzik kumpulan ini dari debut.

Kumpulan ini diuruskan bersama oleh Off the Record dan Stone Music. Mulai 16 Ogos 2021, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula label Off The Record Entertainment, Pledis Entertainment akan berkhidmat sebagai syarikat pengurusan untuk kumpulan ini.[5]

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kumpulan "Fromis_" dicadangkan oleh warganet melalui laman web rasmi Idol School dan dipilih oleh CJ E&M, dengan digambarkan sebagai "From Idol School" dan "Promise" dalam pengucapan Korea, juga bermaksud "to keep their promise [to viewers] to be the best girl group (menepati janji mereka [kepada penonton] untuk menjadi kumpulan gadis terbaik)".[6] Melalui pengumuman di media social mereka oleh agensi mereka, kumpulan ini memutuskan untuk menambahkan 9 pada nama mereka menjadi "fromis_9".[7][8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut: Pembentukan melalui Idol School dan Glass Shoes[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, diumumkan bahawa Mnet, saluran yang sama yang bertanggungjawab untuk beberapa rancangan realiti yang terkenal termasuk Sixteen dan Produce 101, akan melancarkan rancangan survival realiti baru yang bertajuk Idol School untuk membentuk kumpulan gadis baru.[9] Rancangan ini ditayangkan secara perdana pada 13 Julai dan berakhir pada 29 September 2017 dengan Roh Ji-sun, Song Ha-young, Lee Sae-rom, Lee Chae-young, Lee Na-gyung, Park Ji-won, Lee Seo-yeon, Baek Ji-heon dan Jang Gyu-ri sebagai sembilan ahli Fromis. Susunan terakhir diputuskan melalui undian penonton secara langsung dan dalam talian.[10][11][12] Pledis Entertainment, diketuai oleh CEO Han Sung-soo, menguruskan latihan dan debut kumpulan itu.[13]

Fromis menayangkan program realitinya sendiri pada 19 Oktober bertajuk Fromis' Room tentang meneruskan laluan untuk debut. Ia mengikuti format siaran serentak, di mana ia menggabungkan bahan pra-rakaman dan tayangan semula siaran Facebook Live di asrama mereka.[14] Nama kumpulan itu kemudian ditukar menjadi Fromis 9 berikutan episod terakhir Fromis' Room pada 23 November, dengan "9" yang bermaksud sembilan pelajar yang lulus dari Idol School.[8]

Pada 29 November, Fromis 9 mempersembahkan single pra-debut mereka yang bertajuk "Glass Shoes" di 2017 Mnet Asian Music Awards di Jepun. Lagu itu dikeluarkan sebagai single digital pada keesokan harinya.[15][16] Mereka juga mempersembahkan lagu pada episod 15 Disember Music Bank dan itu menandakan penampilan pertama kumpulan itu dalam sebuah program muzik.[17]

2018: Debut dengan To. Heart, To. Day dan From.9[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Januari 2018, diumumkan bahawa Fromis 9 secara rasmi akan melakukan debut dengan album mini pertama mereka bertajuk To. Heart.[18][19][20] Album mini itu, bersama single utamanya "To Heart" dikeluarkan pada 24 Januari.[3] Album mini memulakan debut di nombor 4 di Gaon Album Chart yang dikeluarkan pada 27 Januari 2018.[21]

Pada 10 Mei, disahkan bahawa Jang Gyu-ri telah menyertai sebagai peserta dalam Produce 48.[22] Fromis 9 meneruskan sebagai kumpulan lapan orang ahli dan mengeluarkan album mini kedua mereka To. Day dengan single utama "DKDK" pada 5 Jun, tanpa Jang Gyu-ri kerana penyertaannya dalam rancangan itu.[23][24] Fromis 9 kembali menjadi kumpulan sembilan orang ahli selepas Jang Gyu-ri tersingkir dalam penyingkiran ke-3 apabila dia menduduki tempat ke-25.

Mulai 21 September, Fromis 9 akan diuruskan di bawah Off The Record Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan secara eksklusif untuk Fromis 9 dan kumpulan wanita Korea-Jepun Selatan, Iz*One.[4]

Kumpulan ini mengeluarkan satu album istimewa bertajuk From.9 pada 10 Oktober dengan single utama "Love Bomb". Ini adalah comeback pertama dengan kesemua 9 orang ahli setelah kembalinya Jang Gyu-ri.[25][26]

Pada 15 Oktober, Fromis 9 membuat debut lakonan mereka dalam siri web Welcome to Heal Inn di V Live rasmi mereka. Namun, ianya difilemkan semasa ketiadaan Jang Gyu-ri.[27]

2019–2020: Fun Factory dan My Little Society[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Februari 2019, musim pendek/mini kedua Welcome to Heal Inn diumumkan untuk Musim Sejuk, kali ini dengan Jang Gyu-ri ditambah sebagai pengembara baharu.[28] Pada bulan Mei, Jang Gyu-ri membuat debut lakonan solonya dalam drama web, Compulsory Dating Education.[29]

Pada 4 Jun, Fromis 9 mengeluarkan album single pertama mereka Fun Factory dengan single utama "Fun!".[30] Album ini mencapai nombor 2 di Gaon Album Chart, satu pencapaian baharu bagi kumpulan ini.[31]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka My Little Society pada 16 September, dengan single utama "Feel Good (Secret Code)".[32] Pada 10 September, Off The Record mengesahkan bahawa Lee Seo-yeon akan menarik diri daripada semua promosi untuk comeback ini kerana kecederaan kaki baru-baru ini dan kumpulan ini akan mempromosikan sebagai kumpulan lapan orang ahli.[33] Album mini ini mencapai No. 3 di Gaon Album Chart.[34]

2021: 9Way Ticket, pengurusan baru dan Talk & Talk[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka 9Way Ticket dengan single utama "We Go".[35]

Pada 16 Ogos, diumumkan bahawa Fromis 9 telah meninggalkan Off The Record dan Pledis Entertainment akan mengambil alih pengurusan kumpulan ini.[36]

Pada 1 September, kumpulan ini mengeluarkan album single istimewa baru mereka Talk & Talk dengan single utama dengan nama yang sama.[37] Pada 7 September, kumpulan ini memenangi kemenangan program muzik pertama mereka di SBS MTV The Show dengan lagu "Talk & Talk".[38]

2022–sekarang: Midnight Guest, From Our Memento Box , Jang Gyu-ri meninggalkan kumpulan dan Unlock My World[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Januari, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Midnight Guest dengan single utama "DM".[39]

Pada 24 Februari 2022, telah diumumkan bahawa ahli Baek Ji-heon akan berehat daripada aktiviti kerana masalah kesihatan.[40]

Pada 27 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka From Our Memento Box dengan single utama "Stay This Way".[41]

Pada 28 Julai 2022, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Jang Gyu-ri akan meninggalkan kumpulan ini pada 31 Julai. Dalam siaran akhbar mereka, Pledis menyatakan bahawa apabila pengurusan Fromis 9 dipindahkan ke syarikat itu pada tahun 2021, setiap ahli lain menandatangani kontrak baharu dengan syarikat mereka. Walau bagaimanapun, hanya Gyuri yang masih mengekalkan kontrak dengan agensinya sebelum ini iaitu Off The Record yang hanya berbaki satu tahun sahaja. Selepas 31 Julai, Fromis 9 akan diteruskan sebagai kumpulan lapan orang ahli.[42]

Pada 28 Oktober 2022, telah diumumkan bahawa ahli Lee Sae-rom dan Lee Seo-yeon akan berehat daripada aktiviti kerana masalah kesihatan.[43]

Pada 5 Jun 2023, kumpulan ini mengeluarkan album studio pertama mereka bertajuk Unlock My World dengan single utama "#menow".[44]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Lee Sae-rom (이새롬) – Ketua
  • Song Ha-young (송하영)
  • Park Ji-won (박지원)
  • Roh Ji-sun (노지선)
  • Lee Seo-yeon (이서연)
  • Lee Chae-young (이채영)
  • Lee Na-gyung (이나경)
  • Baek Ji-heon (백지헌)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Jang Gyu-ri (장규리)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Senarai album studio, dengan kedudukan dan penjualan carta yang dipilih
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi
carta
Jualan
KOR
[45]
JPN
[46]
JPN
Hot

[47]
Unlock My World 5 8 7

Album mini[sunting | sunting sumber]

Senarai album mini, dengan kedudukan dan penjualan carta yang dipilih
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi
carta
Jualan
KOR
[50]
JPN
[51]
To. Heart 4
To. Day
  • Dikeluakan: 5 Jun 2018
  • Label: Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
4
My Little Society
  • Dikeluarkan: 16 September 2020
  • Label: Off the Record Entertainment
  • Format: CD, Kihno Kit, muat turun digital, penstriman
3
Midnight Guest
  • Dikeluarkan: 17 Januari 2022
  • Label: Pledis Entertainment
  • Format: CD, Kihno Kit, muat turun digital, penstriman
2 3
From Our Memento Box
  • Dikeluarkan: 27 June 2022
  • Label: Pledis Entertainment
  • Format: CD, Kihno Kit, muat turun digital, penstriman
1 6

Album single[sunting | sunting sumber]

Senarai album single, dengan kedudukan dan penjualan carta yang dipilih
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi
carta
Jualan
KOR
[50]
JPN
[61]
From.9
  • Dikeluarkan: 10 Oktober 2018
  • Label: Off the Record Entertainment
  • Format: CD, Kihno Kit, muat turun digital, penstriman
3
  • KOR: KOR: 36,748[62]
Fun Factory
  • Dikeluarkan: 4 Jun 2019
  • Label: Off the Record Entertainment
  • Format: CD, Kihno Kit, muat turun digital, penstriman
2
9 Way Ticket
  • Dikeluarkan: 17 Mei 2021
  • Label: Off The Record Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
4 9
Talk & Talk
  • Dikeluarkan: 1 September 2021
  • Label: Pledis Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
9

Single[sunting | sunting sumber]

Senarai single, dengan kedudukan carta terpilih, menunjukkan tahun yang dikeluarkan dan nama album
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Album
Circle
[67]
KOR
Hot.
[68]
US World
[69]
"Glass Shoes" (유리구두) 2017 Single bukan-album
"To Heart" 2018 To. Heart
"DKDK" (두근두근) To. Day
"Love Bomb"[A] [B] 22 From.9
"Fun!" 2019 [C] 94 Fun Factory
"Feel Good (Secret Code)" 2020 [D] 82 My Little Society
"We Go" 2021 106 51 14 9 Way Ticket
"Talk & Talk" 97 Talk & Talk
"DM" 2022 57 66 Midnight Guest
"Stay This Way" 14 From Our Memento Box
"#menow" 2023 13 Unlock My World

Penampilan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Album
KOR
"All Together Cha Cha Cha" (다함께 차차차) 2019 Immortal Songs: Singing the Legend (Kim Byeong Geol)
"Stay Alive" 2022 [E] Crazy Love OST Part 2
"Love Me Back" 2023 [F] Operation: True Love OST

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Muzik video Album Pengarah Ref.
2017 "Glass Shoes" (유리구두) Single-bukan album VISUALSFROM. [76]
2018 "To Heart" To. Heart Digipedi [77]
"DKDK" (두근두근) To. Day [78]
"Love Bomb" From.9 [79]
2019 "Fun!" Fun Factory [80]
2020 "Feel Good (Secret Code)" My Little Society Wooje Kim
(ETUI)
[81]
2021 "We Go" 9 Way Ticket Ziyong Kim
(FantazyLab)
[82]
"Talk & Talk" Talk & Talk
2022 "DM" Midnight Guest Lee Inhoon
(SEGAJI)
[83]
"Stay This Way" from our Memento Box BEOMJIN PKA PARANOID PARADIGM
(VM PROJECT ARCHITECTURE)
[84]
2023 "#menow" Unlock My World Guzza
(KUDO)
[85]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran
2017 Idol School Mnet
Fromis’ Room Mnet, Facebook Live
Fromis 9 TV Behind Naver V Live
Mind Map
2018 THE 100 Season 2
2018-2019 Channel_9 Season 1 Naver V Live, YouTube
2019 Channel_9 Season 2
2020 Channel_9 In The HOUSE
2021 Channel_9 Season 3

Drama Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran
2018 Welcome to Heal Inn Naver V Live
2019 We See Winter Naver V Live

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Nama anugerah, tahun penyampaian, kategori, calon anugerah, dan keputusan pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Calon / Karya Keputusan Ref.
Asia Artist Awards 2018 Most Popular Artists (Singer) – Top 50 Fromis 9 Tercalon [86]
Rising Award Menang
2019 Most Popular Artists (Singer) – Top 50 Tercalon
Starnews Popularity Award (Female Group) Tercalon
2021 Female Idol Group Popularity Award Tercalon [87]
2023 Popularity Award – Singer (Female) Menunggu [88]
Asia Model Awards 2018 New Star Award (Singer) Menang [89]
Brand Customer Loyalty Award 2021 Hot Trend Female Idol Group Menang [90]
Brand of the Year Awards 2021 Hot Trend Female Idol Menang [91]
Broadcast Advertising Festival 2023 CF Star Award Menang [92]
Gaon Chart Music Awards 2019 New Artist of the Year Tercalon
Genie Music Awards 2018 Artist of the Year Tercalon [93]
Best New Female Artist Tercalon
Genie Music Popularity Award Tercalon
Golden Disc Awards 2019 Rookie of the Year Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hanteo Music Awards 2023 Post Generation Award Menang [94]
K Global Heart Dream Awards 2022 K Global Best Performance Award Menang [95]
2023 K Global Best Music Video Award Menang [96]
Korea Popular Music Awards 2018 Rookie of the Year Tercalon [97]
Melon Music Awards 2018 Best New Artist Tercalon
Mnet Asian Music Awards 2018 Best New Female Artist Tercalon [98]
2021 Worldwide Fan's Choice Top 10 Senarai pendek [99]
Seoul Music Awards 2019 New Artist Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon
V Live Awards 2019 Rookie Top 5 Menang [100]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Love Bomb (Japanese ver.)" dijadualkan untuk dikeluarkan pada 13 Mac 2020 sebagai single pra-debut Jepun dari Fromis 9, tetapi ditangguhkan disebabkan oleh Pandemik COVID-19.
  2. ^ "Love Bomb" tidak memasuki Gaon Digital chart top 100, tetapi memuncak pada nombor 81 pada Download component chart.[70]
  3. ^ "Fun!" tidak memasuki Gaon Digital chart top 200, tetapi memuncak pada nombor 73 pada Download component chart.[71]
  4. ^ "Feel Good (Secret Code)" tidak memasuki Gaon Digital chart top 200, tetapi masing-masing memuncak pada nombor 27 dan 83 pada component Download dan BGM charts.[72][73]
  5. ^ "Stay Alive" tidak memasuki Gaon Digital chart top 200, tetapi memuncak pada nombor 116 pada component Download chart.[74]
  6. ^ "Love Me Back tidak memasuki Circle Digital Chart, tetapi memuncak pada nombor 59 pada component Circle Download Chart.[75]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Best Rank 1~9". Idol School (dalam bahasa Korea). CJ Digital Music. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  2. ^ '아이돌학교' 프로미스 탄생, 센터는 노지선 "믿음 잃지 않고 열심히 하겠다". Naver (dalam bahasa Korea). Seoul Newspaper. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  3. ^ a b Lee, Ha-na. "[신곡배달] 아홉 소녀들의 수줍은 고백···프로미스나인 'To. Heart'" [[New song delivery] 9 girls' shy confession... fromis_9's "To". Heart']. Naver (dalam bahasa Korea). Sedaily. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2018. Dicapai pada January 24, 2018.
  4. ^ a b Hong, Se-young (September 21, 2018). 오프더레코드 "오늘부터 아이즈원X프로미스나인 소속사, 전폭지원" [Off the Record "Starting today, IZ*ONE X fromis_9 agency, full support."]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2021. Dicapai pada October 2, 2018.
  5. ^ "프로미스나인 소속사 이적 안내" [Notice of transfer to fromis_9 agency]. Pledis Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada August 16, 2021. Dicapai pada August 16, 2021.
  6. ^ "'아이돌' 노지선,1등 '센터확정'..9인 프로미스로 데뷔[종합]" ["Idol" No Jisun, 1st place, "Center position confirmed..a nine-man debut]. Diarkibkan daripada yang asal pada July 21, 2019. Dicapai pada July 21, 2019.
  7. ^ Jo, Yeon-eul. "[★밤TView]'아이돌학교' 노지선 1등..프로미스 데뷔 9인 확정" [[★Night TV View] "Idol School" Noh Jisun won first place..9 members of fromis_9 will debut]. Naver (dalam bahasa Korea). Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  8. ^ a b Lee, Yoo-na. "[공식]'아이돌학교' 출신 걸그룹 'fromis_9' 최종 확정 '데뷔 초읽기'" [[Official] 'Fromis_9', a girl group from 'Idol School', has been finalized. 'Debut countdown']. Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada November 24, 2017.
  9. ^ Lee, Ah-young. "Mnet 걸그룹 육성 예능 '아이돌학교' 론칭…"졸업 즉시 데뷔" (공식)". Naver (dalam bahasa Korea). Xports News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  10. ^ Yoon, Min-sik. "Wannabe K-pop stars enroll in 'Idol School'". The Korea Herald. Herald Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  11. ^ Lee, Seung-gil. "'아이돌학교' PD "'프듀101'과 차이점? 연습생 아닌 일반인"". Naver (dalam bahasa Korea). My Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  12. ^ Park, Gwi-im. '아이돌학교' 데뷔조 1등, 걸그룹 센터→리얼리티까지 '파격 혜택' [공식]. Naver (dalam bahasa Korea). TV Report. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  13. ^ Park, Gwi-im. "뉴이스트X세븐틴 대표, '아이돌학교' 데뷔조 9명 프로듀싱 확정 [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). TV Report. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  14. ^ Jeong, Jun-hwa. [단독] '아이돌학교' 데뷔팀 新 예능..'프로미스의 방' 19일 첫방 확정. Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2017. Dicapai pada October 16, 2017.
  15. ^ Jeong, Ji-won. "[공식입장] '아이돌학교' 프로미스나인, MAMA서 프리데뷔곡 최초 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada November 29, 2017.
  16. ^ "fromis_9 PRE-DEBUT SINGLE". Naver Music (dalam bahasa Korea). Naver Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada November 30, 2017.
  17. ^ Park, Seo-hyun. [포인트1분]"학교 졸업"…프로미스9, 상큼발랄 담은 퍼포먼스. Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2017. Dicapai pada December 16, 2017.
  18. ^ Yoon, Min-sik. "From 'Idol School,' fromis_9 to debut Jan. 24". The Korea Herald. Herald Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2018. Dicapai pada January 14, 2018.
  19. ^ Yoo, Byung-cheol. "프로미스나인, 데뷔 앨범 트랙리스트 공개…타이틀곡은 '투 하트(To Heart)'". Naver (dalam bahasa Korea). Korea Economic TV. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2018. Dicapai pada January 14, 2018.
  20. ^ Kim, Joo-ae. 프로미스나인, 데뷔 앨범 '투. 하트' 티저 영상 공개…싱그러운 소녀美. Naver (dalam bahasa Korea). Xports News. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2018. Dicapai pada January 14, 2018.
  21. ^ "2018년 04주차 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). January 21–27, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2018. Dicapai pada February 1, 2018.
  22. ^ [단독]프로미스9 장규리, '프로듀스48' 출연…생애 2번째 오디션. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). May 4, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada May 15, 2018.
  23. ^ Yoon, Sang-geun. "프로미스나인, 장규리 제외 8인조 6월 5일 컴백(공식)". Star News. Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2018. Dicapai pada May 21, 2018.
  24. ^ 프로미스나인 (fromis_9) - To. Day Album Teaser. Official fromis_9 via YouTube. May 21, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2019. Dicapai pada May 21, 2018.
  25. ^ 프로미스나인 (fromis_9) - From.9 Prologue. Official fromis_9 via YouTube. October 1, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2019. Dicapai pada October 1, 2018.
  26. ^ '프듀48' 장규리 돌아온다…프로미스나인, 10월 10일 9人 완전체 컴백 [공식입장]. Osen (dalam bahasa Korea). October 1, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2018. Dicapai pada October 2, 2018.
  27. ^ "[V LIVE] [그래도 괜찮은, 회복회] PROLOGUE_어서오세요. 그래도 괜찮은, 회복회입니다" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2018. Dicapai pada October 16, 2018.
  28. ^ "[📢fromis_9]". channels.vlive.tv (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2019. Dicapai pada February 9, 2019.
  29. ^ Song, Songhee (May 2, 2019). "tvN D, 웹드 '필수연애교양' 론칭…장규리→김동규, 신예★ 캐스팅 [공식입장]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2021. Dicapai pada September 11, 2020.
  30. ^ (dalam bahasa Korea) 단독 프로미스나인, 6월4일 컴백 확정…7개월만에 신곡 발표 Diarkibkan Jun 1, 2019, di Wayback Machine
  31. ^ "Gaon Album Chart – Week 23, 2019". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 13, 2019. Dicapai pada June 13, 2019.
  32. ^ "프로미스나인, 16일 새 미니앨범 'My Little Society'로 컴백 [공식입장]" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2022. Dicapai pada September 2, 2020.
  33. ^ "프로미스나인, 이서연 다리 부상 어쩌나 "8인 컴백 결정" [전문]" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2021. Dicapai pada September 10, 2020.
  34. ^ "Gaon Album Chart – Week 38, 2020". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada September 24, 2020.
  35. ^ Baek, Jieun (May 17, 2021). "[공식] 프로미스나인, 17일 '나인웨이티켓' 발매…8개월만 컴백". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2021. Dicapai pada May 4, 2021.
  36. ^ "[Notice] Fromis 9 agency transfer notice". Pledis Entertainment (dalam bahasa Inggeris). August 16, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada August 16, 2021. Dicapai pada August 16, 2021.
  37. ^ Kim, Hyojeong (August 25, 2021). "프로미스나인, 내달 플레디스 이적 후 첫 신곡 '톡 앤 톡'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2021. Dicapai pada August 25, 2021.
  38. ^ Jo, Seong-woon (September 27, 2021). "'더쇼' 프로미스나인, 감격의 데뷔 첫 음방 1위… 눈물 펑펑" ["The Show" fromis_9 won first place on a music show for the first time since their debut. Tears welled up.]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2021. Dicapai pada September 7, 2021.
  39. ^ Lee, Minji (December 30, 2021). "프로미스나인, 1월 17일 미니 4집 'Midnight Guest' 발매(공식)" [Fromis_9 will release its fourth mini-album "Midnight Guest" on January 17 (official)]. n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 30, 2021. Dicapai pada December 30, 2021.
  40. ^ Yang Kwang-mo (February 24, 2022). "프로미스나인 백지헌, 불안 증세로 활동 중단…"회복에 집중" [Fromis Nine's Baek Ji-heon, suspended from activities due to symptoms of anxiety... “Focus on recovery] (dalam bahasa Korea). Sports Worlds. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2022. Dicapai pada February 24, 2022 – melalui Naver.
  41. ^ Jo, Hyejin (June 7, 2022). "프로미스나인, 27일 미니 5집으로 컴백…'서머퀸' 노린다 [공식입장]" [Fromis_9 will come back with its 5th mini album on the 27th...I'm aiming for "Summer Queen." [Official entrance]]. n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2022. Dicapai pada June 7, 2022.
  42. ^ Choo, Seung-hyun (July 28, 2022). "프로미스나인 측 "장규리 탈퇴, 8월부터 8인 체제 활동" [전문]" [Fromis 9 side "Gyu-ri Jang leaves, 8-member system from August" [Full text]] (dalam bahasa Korea). Seoul Economic Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2022. Dicapai pada July 28, 2022 – melalui Naver.
  43. ^ @realfromis_9 (October 28, 2022). "프로미스나인 향후 스케줄 관련 안내 (+ENG)" (Twit). Dicapai pada October 28, 2022 – melalui Twitter.
  44. ^ Lee, Min-ji (May 16, 2023). "프로미스나인 컴백, 6월 5일 첫 정규앨범 발매 확정 [공식]" [Fromis 9 comeback, first regular album release confirmed on June 5 [Official]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada June 3, 2023 – melalui Naver.
  45. ^ "Unlock My World". June 10, 2023. Dicapai pada June 15, 2023.
  46. ^ Peaks on the Oricon Albums Chart:
  47. ^ "Unlock My World" (dalam bahasa Jepun). Billboard. June 14, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2023. Dicapai pada June 14, 2023.
  48. ^ Cumulative Sales for Unlock My World
  49. ^ 月間 アルバムランキング 2023年06月度 [Oricon Monthly Album Ranking for June, 2023] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada July 12, 2023. Dicapai pada July 12, 2023.
  50. ^ a b "Gaon Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2015. Dicapai pada February 1, 2018.
  51. ^ Peaks on the Oricon Albums Chart:
  52. ^ "2018년 상반기 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2018. Dicapai pada July 13, 2018.
  53. ^ オリコンランキング情報サービス「you大樹」 -CD・ブルーレイ・DVD・書籍・コミック-. Oricon Style (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2004. Dicapai pada February 28, 2018.
  54. ^ "2018년 07월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2019. Dicapai pada August 9, 2018.
  55. ^ オリコンランキング情報サービス「you大樹」 -CD・ブルーレイ・DVD・書籍・コミック-. Oricon Style (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2004. Dicapai pada June 18, 2018.
  56. ^ "Gaon Album Chart October 2020". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2017. Dicapai pada November 12, 2020.
  57. ^ "Album Chart First Half 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2022. Dicapai pada July 8, 2022.
  58. ^ 週間 CDアルバムランキング 2022年02月21日付 [Weekly CD Album Ranking for February 21, 2022] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2022. Dicapai pada February 16, 2022.
  59. ^ "Circle Album Chart 2022.06 Month". Circle Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2022. Dicapai pada July 7, 2022.
  60. ^ 週間 CDアルバムランキング 2022年08月01日付 [Weekly CD Album Ranking for August 1, 2022] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2022. Dicapai pada July 27, 2022.
  61. ^ Oricon Albums Chart positions:
  62. ^ 35,248 (CD) + 1,500 (Kino)
  63. ^ 56,121 (CD) + 5,136 (Kino)
    • "June 2019 Album Chart (Kino)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada July 11, 2019.
    • "2019 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Diarkibkan daripada yang asal pada July 12, 2019. Dicapai pada January 10, 2020.
  64. ^ "2021년 06월 Album Char". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2020. Dicapai pada July 8, 2021.
  65. ^ "週間 合算アルバムランキング 2021年06月28日付 (2021年06月14日~2021年06月20日)". Oricon News (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada June 27, 2021. Dicapai pada July 14, 2021.
  66. ^ "2021년 09월 Album Chart". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2021. Dicapai pada October 7, 2021.
  67. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2015. Dicapai pada February 1, 2018.
    • "We Go". May 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2021. Dicapai pada May 27, 2021.
    • "Talk & Talk". September 9, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2021. Dicapai pada September 9, 2021.
    • "DM". January 22, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 27, 2022. Dicapai pada January 27, 2022.
    • "Stay This Way". July 2, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2022. Dicapai pada July 7, 2022.
    • "#menow". June 10, 2023. Dicapai pada June 15, 2023.
  68. ^ "Billboard K-Pop 100". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada December 23, 2021. Dicapai pada October 9, 2020.
  69. ^ "World Digital Song Sales". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2019. Dicapai pada May 26, 2021.
  70. ^ "Circle Chart" 2018년 41주차 Download Chart [Week 41 of 2018 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 23, 2018. Dicapai pada October 18, 2018.
  71. ^ "Circle Chart" 2019년 23주차 Download Chart [Week 23 of 2019 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada June 13, 2019.
  72. ^ "Circle Chart" 2020년 38주차 Download Chart [Week 38 of 2020 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
  73. ^ "Circle Chart" 2020년 38주차 BGM Chart [Week 38 of 2020 BGM Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
  74. ^ "Circle Chart" 2022년 12주차 Download Chart [Week 12 of 2022 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2022. Dicapai pada March 29, 2022.
  75. ^ "Download Chart 2023 Weeks 41". Circle Digital Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 2, 2024.
  76. ^ "유리구두 - Fromis9". Vimeo. November 30, 2017. Dicapai pada November 29, 2017.
  77. ^ "fromis_9 "To Heart"". Digipedi. January 24, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2019. Dicapai pada January 24, 2018.
  78. ^ "Music Video for Fromis_9 "DKDK" (두근두근)". Vimeo. June 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2018. Dicapai pada June 19, 2018.
  79. ^ "Fromis_9 "Love Bomb"". Digipedi. October 10, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2019. Dicapai pada October 10, 2018.
  80. ^ "'Comeback D-DAY' fromis_9, release the title track 'FUN!' M/V teaser 2". Fan N Star. February 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada February 25, 2020. Dicapai pada February 25, 2020.
  81. ^ "프로미스나인 (fromis_9) - 'Feel Good (SECRET CODE)' M/V". Vimeo. September 17, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2021. Dicapai pada September 17, 2020.
  82. ^ @fantazylab (September 17, 2020). "Fromis_9 'We Go' full MV". Instagram. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2021. Dicapai pada May 17, 2021.
  83. ^ "fromis_9 (프로미스나인) 'DM' Official MV". Hybe Labels. January 17, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2022. Dicapai pada January 17, 2022.
  84. ^ "fromis_9 (프로미스나인) 'Stay This Way' Official MV". Hybe Labels. June 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2022. Dicapai pada June 28, 2022.
  85. ^ "fromis_9 (프로미스나인) '#menow' Official MV". Hybe Labels. June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
  86. ^ "[2018AAA]프로미스나인·SF9, 가수 부문 라이징상 수상". Naver (dalam bahasa Korea). November 28, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2018. Dicapai pada November 29, 2018.
  87. ^ "2021 Asia Artist Awards Vote". Asia Artist Awards. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2021. Dicapai pada October 17, 2021.
  88. ^ "AAA 인기상 후보100 사전투표 - 가수" [AAA Popularity Award Candidate 100 Advance Voting - Singer]. Star News (dalam bahasa Korea). September 5, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada September 11, 2023. Dicapai pada September 11, 2023.
  89. ^ "프로미스나인 '아시아모델어워즈 상 받으러 왔어요' [MK포토]". MBN (dalam bahasa Korea). May 6, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada August 10, 2018. Dicapai pada May 7, 2018.
  90. ^ Choi Ji-eun (April 27, 2021). "[톱포토] 김세정, 올킬 미모" (dalam bahasa Korea). topdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2021. Dicapai pada April 27, 2021.
  91. ^ "2021 올해의 브랜드 대상 수상 기업" [2021 Brand of the Year Grand Prize Winner]. kcforum (dalam bahasa Korea). August 19, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2021. Dicapai pada August 19, 2021.
  92. ^ Kim, No-eul (July 13, 2023). "2023 방송광고 페스티벌' 성료..조진웅→이장우, 올해의 CF스타상 영예 [종합]" [2023 Broadcast Advertising Festival' concludes...Cho Jin-woong→Lee Jang-woo win CF Star of the Year award[Comprehensive]] (dalam bahasa Korea). MT Star News. Dicapai pada July 18, 2023 – melalui Naver.
  93. ^ ""BTS·워너원·트와이스·볼빨간"…'2018 MGA' 후보 공개, 투표 시작". Naver (dalam bahasa Korea). October 1, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2020. Dicapai pada October 1, 2018.
  94. ^ Park, Yoo-jin (February 11, 2023). "NCT 드림, '대상' 포함 2관왕..."SM 식구들에 감사" [한터뮤직어워즈](종합)" [NCT Dream, 2 awards including 'Daesang'..."Thanks to the SM family" [Hanteo Music Awards] (Comprehensive)] (dalam bahasa Korea). My Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2023. Dicapai pada February 11, 2023 – melalui Naver.
  95. ^ Ahn, Byung-gil (August 26, 2022). "하트드림 어워즈' 강다니엘 3관왕-임영웅 트롯 인기상[종합]" [‘Heart Dream Awards’ Kang Daniel 3 crowns - Lim Young-woong Trot Popularity Award [General]] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2022. Dicapai pada August 27, 2022 – melalui Naver.
  96. ^ Cho, Yong-jun (August 11, 2023). "Heart Dream Awards honors fourth-generation K-pop stars" (dalam bahasa Korea). Korea JoongAng Daily. Dicapai pada August 11, 2023 – melalui Naver.
  97. ^ "방탄소년단vs엑소vs워너원, 2018 KPMA 온라인투표 격돌" [BTS vs EXO vs Wanna One, 2018 KPMA Online Voting Crash]. Newsen (dalam bahasa Korea). November 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2019. Dicapai pada November 20, 2018.
  98. ^ "워너원부터 아이즈원까지 총출동…'2018 MAMA', 영광의 신인상 주인공은?" [From Wanna One to IZ*ONE..."2018 MAMA", who is the winner of the rookie award?]. Naver (dalam bahasa Korea). November 13, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2018. Dicapai pada November 20, 2018.
  99. ^ "2021 Mnet Asian Music Awards Nominees". MAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2021. Dicapai pada November 4, 2021.
  100. ^ "2019 Global Vlive Top10 prize winners!". channels.vlive.tv (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2019. Dicapai pada April 26, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]