2AM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2AM

2AM di Ekspo Makanan Korea. Kiri ke kanan: Seulong, Changmin, Jo Kwon, Jinwoon.
Latar belakang
Berasal dari Seoul, Korea Selatan
Genre Pop, R&B
Tahun aktif 2008–kini
Label JYP Entertainment/BigHit Entertainment
Kegiatan berkait One Day
2PM
JYP Nation
Laman web http://2am.jype.com
http://2am.ibighit.com
Ahli
Jinwoon
Jo Kwon
Seulong
Changmin

2AM ialah sebuah boy band di bawah JYP Entertainment asal Korea Selatan yang dianggotai oleh empat orang. Anggotanya ialah Jinwoon, Jo Kwon, Seulong, dan Changmin. 2AM merupakan kumpulan pecahan daripada boy band dengan sebelas anggota (sebelum Jaebeom keluar) One Day, yang lagi satu ialah 2PM. Debut rasmi mereka ialah pada 11 Julai 2008 di rancangan Music Bank KBS, mempersembahkan lagu debut mereka "This Song". Mereka memenangi Mutizen pertama mereka di Inkigayo pada 7 Februari 2010 menerusi "죽어도 못 보내 (Matipun Tak Mampu Kulepas)".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pradebut[sunting | sunting sumber]

Bersama anggota 2PM, 2AM muncul dalam dokumentari Hot Blood yang dikeudarakan di Mnet, yang mendokumentasikan program latihan mereka yang penuh disiplin di hari-hari pra-debut mereka. Changmin merupakan satu-satunya anggota One Day yang tiada dalam dokumentari tersebut kerana menyertai khidmat tentera ketika itu. Pada awalnya, Jinwoon disingkirkan dalam Hot Blood, namun disertakan bersama 2AM kerana Daehun menarik diri daripada JYPE. Jo Kwon berlatih selama 2567 hari, 7 tahun dan 10 hari selepas menyertai JYPE.

Debut 2008–2009[sunting | sunting sumber]

Single pertama 2AM, "이 노래", telah dilancarkan pada 21 Julai 2008. Persembahan debut mereka dibuat pada 11 Julai 2008, dengan lagu "이 노래 (Lagu Ini)".[1]

2AM membuat kemunculan semula dengan lagi satu album single, "Time For Confession", pada 19 Mac 2009 dengan "친구의 고백 (Pengakuan Teman)" sebagai runut judulnya.

2010-Kini: 1st Mini Album dan Saint o'Clock[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2010, 2AM membuat kemuculan semula dengan album kedua "죽어도 못 보내", dengan runut promosi "죽어도 못 보내 (Matipun Tak Mampu Kulepas)". Dalam minggu sebelum pelancaran, JYP Entertainment mendedahkan empat cuitan pada akaun Youtube mereka. Pada 7 Februari 2010, 2AM memenangi anugeh Mutizen pertama mereka di Inkigayo semenjak debut. Kemenangan kedua mereka ialah pada 25 Februari 2010 di M! Countdown Mnet. Mereka memenangi Mutizen kedua mereka semasa hari terakhir promosi untuk "죽어도 못 보내" pada 7 Mac 2010.[2]

Pada 5 Mac 2010, 2AM mendedahkan potongan imej baharu mereka melalui laman web rasmi Jo Kwon, Changmin, Seulong, dan Jinwoon masing-masing bertukar menjadi DJ kelab, pemain hoki ais, penunggang motorsikal, dan pemain bola keranjang untuk video drama-muzik 10 minit baharu mereka. Album mini yang dipakejkan semula ini menampilkan empat lagu tambahan, tiga daripada single pertama dan kedua mereka serta satu lagu baru berjudul "잘못했어 (Ku Bersalah)", yang merupakan lagu promosi mereka. Seorang wakil menyatakan, “Lagu yang kami akan keluarkan ini adalah sesuatu yang 2AM tidak pernah tunjukkan sebelum ini dan ia adalah satu jenis muzik yang baru”.[3] Sebahagian lagu tersebut telah didedahkan semasa episod pertama rancangan realiti terbaharu 2AM iaitu 2AM DAY pada 10 Mac 2010[4] apabila para anggota 2AM menyanyikannya bersama-sama dalam kereta. Empat cuitan telah dikeluarkan untuk setiap ahli dari 12 hingga 14 Mac. Satu versi bocor bagi Bahagian 1 video muzik tersebut telah dikeluarkan pada 15 Mac, dirakam dengan kamera semasa pertunjukkan kereta api bawah tanah 2AM.[5] Album tersebut dikeluarkan pada 18 Mac 2010 dan "Ku Bersalah" memenangi M! Countdown Mnet pada 1 April 2010.

Dari 30 Jun 2010 hingga 20 Julai 2010, 2AM menjadi pembuka untuk Wonder Girls pada bahagian kedua Wonder Girls World Tour.[6] 2AM turut muncul dalam Made in Wonder Girls.[7]

Pada 26 Oktober 2010, 2AM mengeluarkan album penuh pertama mereka berjudul Saint o'Clock, dengan "전활 받지 않는 너에게 (Kepadamu Yang Tidak Menjawab Panggilan)" dan "미친 듯이 (Gila)" sebagai runut promosi.[8]

Jelajah[sunting | sunting sumber]

2AM membuat konsert pertama mereka dengan judul "Saint o'Clock" di Seoul bertempat di Universiti Korean, Hwajeong Gym dari 24 hingga 26 Disember 2010. 2AM mempersembahkan lagu-lagu meletup mereka seperti "Kepadamu Yang Tidak Menjawab Panggilan" dan "Gila" di konsert itu. 2AM juga mempersembahkan satu siri medley girl group contohnya seperti "So Hot" daripada Wonder Girls, "Hot Issue" daripada 4Minute dan "Bad Girl Good Girl" daripada miss A. Khalayak menggila apabila 2AM menari untuk "Bang!" daripada After School sedang mereka turut mengenakan pakaian pasukan sorak berwarna biru laut. Bagi pentas solo mereka, Changmin memukaukan khayalak dengan "Sex Bomb" daripada Tom Jones dan turut mengoyakkan bajunya. Seulong menarikan "Beautiful Monster" dan juga menunjukkan bahagian abdomennya yang berbentuk. Jinwoon mempersembahkan "Hysteria" daripada Muse dengan gitar elektriknya manakala Jo Kwon menarikan lagu meletup Lady Gaga, "Telephone". Antara jemputan semasa konsert tiga hari tersebut termasuklah B2ST, 8eight, Lim Jeong-hee (seorang penyanyi wanita pop dan r&b Korea Selatan), IU dan T-ara.

Sumbangan lain[sunting | sunting sumber]

2AM menerima sehingga $1 juta untuk iklan-iklan produk pada awal 2010,[9] termasuk Pepsi[10] dan BHC Chicken.[11] Turut diumumkan yang 2AM akan menjadi muka baru bagi kempen Dugeunduguen Tomorrow Samsung bersama Kara, menggantikan 4Tomorrow dalam 2009.[12]

Pada April 2010, mereka turut serta dalam muzik asal untuk drama bersiri Personal Preference dengan sebuah balada berjudul "바보처럼 (Macam Si Bodoh)",[13] yang turut menjadi hit nombor satu.[14]

2AM terpilih mewakili Asia dalam Listen Up! The Official 2010 Fifa World Cup Album dengan lagu berjudul "No. 1". Lagu tersebut telah dikeluarkan secara digital pada 19 Mei 2010.[15]

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Jo Kwon (조권), lahir 28 Ogos 1989 (24 tahun), ialah ketua kumpulan serta penyanyi bagi kumpulan ini.[16] Dia telah dicungkil oleh Park Jin Young menerusi rancangan aneka SBS, 영재 육성 프로젝트 99%의 도전 (Projek Cabaran 99%) pada tahun 2001.[17]
  • Lee Changmin (이창민), biasa dikenali sebagai Changmin, ialah penyanyi utama dan rapper untuk kumpulan ini. Dilahirkan pada 1 Mei 1986 (28 tahun)[16] dan salah seorang daripada sedikit idol yang telah menyudahkan khidmat tenteranya sebelum debut.[18]
  • Im Seulong (임슬옹), biasa dikenali sebagai Seulong, ialah penyanyi kumpulan ini. Dia lahir pada 11 Mei 1987 (27 tahun).[16]
  • Jung Jinwoon (정진운), biasa dipanggil Jinwoon, ialah penyanyi dan rapper untuk kumpulan ini. Lahir pada 2 Mei 1991 (23 tahun), dia merupakan anggota kumpulan termuda.[16]

Aktiviti luar anggotanya[sunting | sunting sumber]

Jo Kwon telah dipasangkan dengan anggota Brown Eyed Girls, Ga-in sebagai pasangan berkahwin olok-olok pada We Got Married Musim ke-2. Seulong dan Jinwoon turut membuat penampilan kerap sebagai pengulas untuk rancangan tersebut. Seulong memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam drama bersiri Personal Preference, yang mula keudara pada 31 Mac 2010.[19] Pada Jun 2010, Seulong berkerja sama dengan IU untuk lagu "잔소리 (Meleter)", yang menjuarai beberapa carta muzik atas talian.[20]

Dalam 2010, Jo Kwon menjadi anggota tetap Family Outing Season 2.[21] Jo Kwon turut menjadi pelakon untuk sitkom MBC, All My Love yang mula keudara pada 8 November 2010.[22]

Jinwoon pula merupakan sebahagian daripada Idol Maknae Rebellion ("아이돌 막내반란시대").

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi 2AM

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album Mini[sunting | sunting sumber]

Album single[sunting | sunting sumber]

  • 2008: "Lagu Ini"
  • 2009: "Time For Confession"

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
2008
2010
  • Cyworld Digital Music Awards: Song of the Month (Februari) ("Matipun Tak Mampu Kulepas")
  • Mnet Asian Music Awards: Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik - "Matipun Tak Mampu Kulepas"[23]
  • Golden Disk Awards ke-25: Digital Music Bonsang - "Matipun Tak Mampu Kulepas"[24]
  • Golden Disk Awards ke-25: Digital Music Daesang - "Matipun Tak Mampu Kulepas"[24]
  • Melon Music Awards ke-2: 2010 T-World Best Song - "Matipun Tak Mampu Kulepas"[25]
  • Melon Music Awards ke-2: 2010 Top 10[25]
2011

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Inkigayo[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2010 7 Februari "Matipun Tak Mampu Kulepas"
7 Mac
14 November "Kepadamu Yang Tidak Menjawab Panggilan"

M! Countdown[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2010 25 Februari "Matipun Tak Mampu Kulepas"
1 April "Ku Bersalah"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 2AM ‘이노래’, 질러차트 2주째 1위. Paran. September 25, 2008.
  2. 2AM, SBS '인기가요' 정상 재 탈환. EDaily.com. 7 Mac 2010.
  3. "2AM, '유럽 거리의 반항아' 신곡 이미지 컷 공개 ". TVDaily.com. 5 Mac 2010.
  4. 2AM 직접 촬영한 미공개 영상 전격유출 “순도 100% 리얼리티” Newsen. 5 Mac 2010.
  5. 2AM ‘잘못했어’ 뮤직드라마 캠버전 불법 유출 ‘충격’. Nate. 18 Mac 2010.
  6. Wonder Girls World Tour 2010 (2nd leg)
  7. Made In Wonder Girls
  8. 2AM 조권 “10년을 기다렸다” 첫 정규앨범 발매. Newsen. 26 Oktober 2010.
  9. 예능돌로 다른 멤버들보다 먼저 인기를 얻은 조권의 움직임이 심상치 않다.. TV Daily. 19 April 2010.
  10. 2PM vs 2AM, 치열한 콜라전쟁?. SPORTS SEOUL. 8 Februari 2010.
  11. 2AM, 코믹CF 관심폭발 ‘깨방정 감성돌 떴다’. Newsen. 20 April 2010.
  12. 인기 아이돌 그룹 카라와 2AM이 트위터에 동참했다.. Chuno. 20 April 2010.
  13. (Korea)"2AM Saint o'clock: Discography". Big Hit Entertainment. http://2am.ibighit.com/. Capaian 8 Februari 2011. 
  14. 2AM ‘바보처럼’ 음악 차트 1위 등극, 이효리 10위 ↓. Newsen. 4 Mei 2010.
  15. 2AM, 월드컵 공식앨범 아시아 대표 'No.1'. Newsis. 11 Mei 2010.
  16. 16.0 16.1 16.2 16.3 (Korea)"Saint o'clock: Profile". Big Hit Entertainment. http://2am.ibighit.com/. Capaian 28 Oktober 2010. 
  17. (Korea)"'뮤직뱅크' 컴백 임정희-조권, '완벽 하모니+환상의 호흡' '눈부셔'". Nate. 1 Oktober 2010. http://news.nate.com/view/20101001n19646. Capaian 9 Februari 2011. 
  18. (Korea)"“군대가 연예인 무덤? 우릴 키워준 건 軍이죠”". Donga. 22 September 2010. http://news.donga.com/3/all/20100921/31329002/1. Capaian 9 Februari 2011. 
  19. "2AM 임슬옹, '개인의 취향'으로 연기자 데뷔". Paran. 2 Mac 2010.
  20. "아이유와 2AM 슬옹의 ‘잔소리’가 공개 직후 실시간 차트 1위를 차지하며 돌풍을 일으키고 있다.". Review Star. 4 Jun 2010.
  21. '패떴2' 일곱 번째 멤버…'깝권' 조권 확정 ETODAY. 19 Januari 2010.
  22. "조권-가인, 부부 아닌 남매되더니 뚝 떨어져 사진촬영". Newsen. 20 Oktober 2010.
  23. (Korea)"2NE1, '2010 MAMA' 5관왕..걸파워 빛났다(종합)". Nate. 29 November 2010. http://news.nate.com/view/20101129n00562. Capaian 9 Februari 2011. 
  24. 24.0 24.1 (Korea)"2010 Golden Disk Awards". http://isplus.joinsmsn.com/goldendisk/kr/. Capaian 9 Februari 2011. 
  25. 25.0 25.1 (Korea)"2010 Melon Music Awards Results". http://www.melon.com/svc/awards/2010/result/result01.jsp. Capaian 9 Februari 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]