Fukoku kyohei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fukoku kyohei (Jepun: 富国強兵, Kayakan Negara, Kuatkan Tentera),[1] secara asalnya adalah suatu frasa yang digunakan semasa Perang Tiga Negara di China zaman kuno dalam Zhan Guo Ce dan seterusnya menjadi slogan kebangsaan Jepun semasa Pemerintahan Meiji, menggantikan slogan sonno joi yang bermaksud Hormati Maharaja, Tentangi Penjajah.

Kesignifikanan[sunting | sunting sumber]

Slogan ini merupakan objektif terutama Pemerintahan Meiji. Fukoku kyohei menggariskan pembentukan polisi-polisi jangka panjang untuk mengubah masyarakat Jepun untuk memajukan diri mereka supaya dapat setanding dengan Barat. Meskipun kerajaan Jepun memainkan peranan utama dalam perindustrian negara dengan menghapuskan institusi-institusi lapuk yang menghalang kemajuan dan membentuk institusi-institusi baru yang lebih membangunkan situasi politik dan keadaan ekonomi, pihak swasta di Jepun juga telah memainkan peranan dengan bekerjasama dengan kerajaan melalui perkongsian awam-swasta yang dikenali pada dekad 1980-an. Kerjasama ini juga menaikkan semangat nasionalisme di Jepun.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Diasali Misi Iwakura yang memperlihatkan wakil-wakil Jepun ke benua Eropah, frasa ini mendemonstrasikan objektif-objektif kebangsaan dan juga kesedaran akan politik antarabangsa yang bersifat penindasan pada masa itu. Okubo Toshimichi dan Ito Hirobumi meminta nasihat Canselor Jerman, Otto von Bismarck[3] dan diyakininya bahawa Pemerintahan Meiji perlu menjadikan negara Jepun sebagai kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan untuk menjamin kedaulatan negara mereka.

Keinginan untuk mencapai matlamat-matlamat fukoku kyohei mewujudkan reformasi besar-besaran dalam pentadbiran kerajaan. Okubo memikirkan bahawa Kerajaan Meiji perlu memainkan peranan utama dalam pembikinan dasar-dasar yang jelas. Maka dia membela idea-idea merkantalis dan menolak perdagangan bebas yang disokong Fukuzawa Yukichi. Ito Hirobumi juga menentang perdagangan bebas - dia mencadangkan tarif-tarif supaya perniagaan-perniagaan tempatan dapat dilindungi secukupnya.[4] Tetapi sebelum Jepun boleh berbuat demikian, ia perlulah membatalkan Perjanjian-Perjanjian Tidak Seimbang yang dipaksakan keatasnya pada dekad 1850-an.

Dasar politik yang terbentuk mempunyai lima prinsip, iaitu:-

  • (1) Peranan aktif kerajaan dalam pembangunan ekonomi
  • (2) Penggantian barangan import dengan keluaran tempatan - terutama kapas, benang dan garisan.
  • (3) Pembelajaran dan pemakaian teknologi Barat untuk menambah keluaran barangan canggih.
  • (4) Penambahan pengeluaran produk buatan tangan, teh dan sutera, tetapi juga bersamaan produk-produk tambahan nilai.
  • (5) Pergantungan kepada pinjaman asing yang kurang.

Peniruan Barat tidaklah bertujuan menghilangkan kesangsian yang wujud antara Jepun dan Eropah. Ia sebenarnya tanda kesedaran masyarakat Jepun tentang realpolitik. Perdagangan dan perindustrian Jepun yang pesat membangun bertujuan untuk menentang pengaruh Barat dengan menjadikan Jepun sama kaya dan sama kuat untuk menjadi aktor dalam penjajahan secara sendirinya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]