GNOME Shell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
GNOME Shell
GNOME Shell.png
GNOME Shell dalam mod overview
Keluaran pertama April 6, 2011; 3 tahun yang lalu (2011-04-06)
Keluaran stabil 3.8  (Mac 27, 2013; 17 bulan yang lalu (2013-03-27))[1] [±]
Ditulis dalam JavaScript and C[2]
Sistem pengendalian Ala Unix
Terdapat dalam Berbilang bahasa[3]
Jenis Cangkerang
Lesen Lesen Awam Am GNU
Tapak web live.gnome.org/GnomeShell

GNOME Shell adalah salah satu daripada cadangan popular untuk ciri-ciri GNOME 3.0 selain GNOME Zeitgeist. GNOME Shell menampilkan pengalaman desktop yang baru berbanding dengan keluaran-keluaran GNOME yang sebelumnya.

Pada 30 Mac 2010, GNOME Shell telah secara rasminya dicadangkan kepada para pembangun GNOME.[4]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Mod overview[sunting | sunting sumber]

GNOME Shell memperkenalkan mod overview yang mengubah cara pengguna bekerja dengan atas meja mereka. Dalam mod overview, pengguna boleh memilih aplikasi, menukar tetingkap, menukar ruangkerja (workspace), selain melihat makluman-makluman menerusi palang makluman di bahagian bawah.

Dalam mod overview, pengguna disediakan dengan palang aplikasi kegemaran, penukar ruangkerja, palang makluman, palang gelintar, tab senarai tetingkap dan tab senarai aplikasi. Tab senarai aplikasi menyenaraikan kesemua aplikasi yang dipasang pada komputer, terdapat pilihan untuk menapis aplikasi-aplikasi tersebut mengikut kategori.

Mod overview boleh diaktifkan dengan menekan butang "Aktivi" ("Activities" bagi versi Inggeris) atau dengan membawa penuding ke bucu kiri atas.

Bertukar antara tetingkap[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan versi GNOME sebelum ini yang menggunakan penukar tetinggap (window switcher) atau senarai tetingkap (window list) yang disediakan sebagai aplet panel, GNOME Shell secara lalai mengharuskan pengguna untuk masuk ke mod overview untuk memilih tetingkap lain di samping gabungan kekunci Alt-Tab sebagai pilihan untuk bertukar ke tetingkap lain.

Kebolehtambahan[sunting | sunting sumber]

Kefungsian GNOME Shell boleh diubah suai dengan tambahan (bahasa Inggerisnya extension), yang boleh ditulis dalam JavaScript. Para pengguna boleh mendapatkan dan memasang tambahan menggunakan tapak web tambahan GNOME, atau di gedung git GNOME.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

GNOME Shell menjadi kontroversi dalam komuniti perisian bebas kerana dirancang untuk diintegrasikan dengan ketat bersama Mutter, yang bermakna para pengguna GNOME Shell tidak akan dapat bertukar kepada pengurus tetingkap lain tanpa merosakkan persekitaran meja mereka. Secara khusus, para pengguna tidak akan boleh menggunakan Compiz semasa GNOME Shell sedang berjalan.[5] Perbincangan antara para pembangun Compiz dan GNOME telah gagal untuk menyelesaikan isu ini. Walau bagaimanapun, para pengguna masih boleh menjalankan GNOME Panel lama sebagai pilihan kepada GNOME Shell dengan mana-mana pengurus tetingkap pilihan mereka.

Pada 25 Oktober 2010, Mark Shuttleworth mengumumkan yang versi masa akan datang sistem pengendalian Ubuntu tidak akan menggunakan GNOME Shell, sebaliknya menggunakan Unity Desktop mereka sendiri.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]