Garis Maginot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis Maginot
Ligne Maginot
Sebahagian dari Garis Maginot
Timur Perancis
Maginot line 1.jpg
Pintu masuk ke Ouvrage Schoenenbourg di sepanjang
Garis Maginot di Alsace
Jenis Garis pertahanan
Dibina 1930–1940
Dibina oleh Andre Maginot, Paul Painlevé
Bahan
pembinaan
Konkrit dan besi
Mula digunakan 1935–1969
Dibuka kepada
awam
Ya
Dikawal oleh Perancis
Pertempuran/perang Perang Dunia Kedua

Garis Maginot adalah satu garisan kubu konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.

Perancangan dan pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pertahanan ini pada mulanya dicadangkan oleh Marshal Joffre. Dia ditentang oleh golongan permodenan ( modernists ) seperti Paul Reynaud dan Charles de Gaulle yang menyokong pelaburan dalam kereta kebal dan kapal terbang. Joffre mendapat sokongan dari Pétain dan terdapat beberapa lapuran dan commissions dianjurkan oleh kerajaan. Tetapi ia adalah André Maginot yang menyakinkan kerajaan untuk melabur dalam skim ini. Maginot merupakan veteran Perang Dunia I yang menjadi Menteri Hal Ehwal Vateren Perancis dan Menteri Pertahanan (1922-1924; 1929-1930; 1931-1932).

Garis ini dibina secara berperingkat dari tahun 1930 oleh STG (Section Technique du Génie) diselia oleh CORF (Commission d'Organisation des Régions Fortifiées). Pembinaan utama hampir siap pada 1935 dengan kos sekitar 3 juta franc.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi pertahanan ini amat tinggi dengan kompleks kubu (bunker) yang bersambung dengan meluas untuk beribu-ribu tentera, terdapat 108 main forts (ouvrages) setiap 15 kilometre, ouvrages kecil dan casement diantaranya dengan lebih 100 kilometre terowong.

Kubu tersebut tidak menganjur menembusi Hutan Ardennes ("impenetrable" and "impassable") atau sepanjang sempadan dengan Belgium kerana negara tersebut telah menandatangani persekutuan ( alliance ) pada tahun 1920, di mana tentera Perancis boleh beroperasi di Belgium sekiranya tentera Jerman menceroboh. Apabila Belgium memansuhkan perjanjian tersebut pada tahun 1936 dan mengistiharkan berkecuali, Garis Maginot disambung dengan pantas sepanjang sempadan Perancis-Belgium, tetapi tidak setaraf dengan Garis yang lain.

Terdapat pembinaan tergesa-gesa pada tahun 1939-1940 dengan peningkatan umum sepanjang Garisan. Akhir Garisan terkuat sekitar kawasan pengilangan Metz, Lauter dan Alsace, sementara kawasan lain secara perbandingan hanya dilindungi dengan lemah.

Pencerobohan Jerman[sunting | sunting sumber]

"Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man."General George S. Patton


Pelan penjajahan Jerman Perang Dunia II 1940 (Sichelschnitt) direka untuk menangani Garisan. Pasukan pengumpan duduk berhadapan dengan Garisan sementara Kumpulan Tentera kedua memotong melalui Negara Rendah ( Low Countries ) Belgium dan Belanda, termasuk juga merentasi Hutan Ardennes Forest yang terletak di utara pertahanan utama Perancis. Dengan itu Jerman berjaya mengelak menyerang Garis Maginot secara langsung. Menyerang dari 10 May 10, tentera Jerman masuk kedalam Perancis dalam tempoh lima hari dan terus maju sehingga 24 May, apabila mereka berhenti berhampiran Dunkirk. Pada awal Jun tentera Jerman telah mengasingkan Garis pertahanan tersebut daripada bahagian lain Perancis dan kerajaan Perancis sedang cuba berbincang mengenai perletakan senjata (armistice), yang ditanda tangani pada 22 Jun di Compiègne. Tetapi Garis tersebut masih utuh dan diketuai oleh beberapa komander yang ingin bertahan; dan kemaraan pasukan Itali berjaya disekat. Bagaimanapun Maxime Weygand menandatangani penyerahan dan tentera diperintah agar menyerah sebagai tahanan perang.

Akhir Perang[sunting | sunting sumber]

Apabila pasukan Berikat menjajah pada Jun 1944 Garisan itu sekali lagi dipintas, dengan pertempuran hanya menyentuh sebahagian kubu berhampiran Metz dan di utara Alsace pada akhir tahun 1944.

Garis Maginot selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Selepas perang Garis Maginot dikendalikan semula oleh Perancis dan melalui beberapa pengubahsuaian. Bagaimanapun apabila Perancis keluar dari NATO (pada tahun 1966) kebanyakan Garis Maginot ditinggalkan. Dengan kebangkitan penghalang nuklear ("nuclear deterrent") bebas Perancis pada tahun 1969 Garis Maginot diketepikan oleh kerajaan, dengan sebahagian daripadanya dilelong kepada awam dan bakinya dibiarkan reput.

Istilah "Garis Maginot" telah digunakan sebagai imbalan (metaphor) bagi sesuatu yang amat diyakini, walaupun sebenarnya tidak boleh diharap. Sebenarnya, ia berjaya melaksanakan matlamat sebenarnya, melindungi sebahagian Perancis, dan memaksa musuh menghindarinya. Sebagaimana yang dirancangkan, Garis Maginot merupakan sebahagian daripada rancangan pertahanan yang lebih besar, di mana musuh akan bertembung dengan pertahanan oleh Tentera Perancis, tetapi Perancis tidak melaksanakan peranan bahagian berikutnya, mendorong kepada kehilangan kelebihan Garis Maginot.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]