Gears of War 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gears of War 2
Muka depan permainan versi Amerika Utara.
PembangunEpic Games
PenerbitMicrosoft Game Studios
PerekaCliff Bleszinski
PenulisJoshua Ortega
KomposerSteve Jablonsky, Clay Duncan
SiriGears of War
EnjinUnreal Engine 3.5
PlatformXbox 360
PelepasanNovember 7, 2008[1]
    GenrePenembak diri-ketiga
    ModSeorang pemain, sistem pautan, pemain berganda

    Gears of War 2 adalah permainan video penembak diri-ketiga yang dibina oleh Epic Games dengan reka bentuk utama oleh Cliff Bleszinski, dan diterbitkan oleh Microsoft Game Studios untuk konsol Xbox 360. Ia adalah ansuran kedua dalam siri Gears of War. Permainan secara rasminya dikeluarkan di Amerika Utara, Eropah serta Australia pada 7 November 2008 dan telah dikeluarkan di Jepun pada 30 Julai, 2009. Permainan menggunakan enjin permainan Unreal Engine 3 yang telah banyak diubahsuai . Pembina permainan juga membawa masuk penulis buku komik Joshua Ortega untuk membantu menulis plot permainan.

    Pada hujung minggu pengeluarannya, Gears of War 2 telah terjual lebih dua juta salinan, dan dalam masa dua bulan,sebanyak lebih empat juta salinan berjaya dijual. Ia merupakan jualan permainan video terbaik pada tahun 2009 dan telah menerima beberapa penghargaan. Permainan ini mendapat pujian yang sama seperti siri sebelumnya, dengan permainan baru dan mod pemain berganda yang dilihat sebagai tambahan yang memberangsangkan.

    Sinopsis[sunting | sunting sumber]

    Gears of War 2 berlaku enam bulan selepas letupan bom Lightmass pada akhir permainan pertama. Walaupun kebanyakan tentera bawah tanah Locust Horde telah dimusnahkan, letupan juga menyebabkan banyak cecair bawah tanah menguap, menyebabkan penyakit membawa maut yang dipanggil Rustlung tersebar di kalangan penduduk manusia. Selepas sebulan, bandar-bandar Tollen dan Montevado tiba-tiba dan secara misteri didapati hilang daripada bawah tanah, membuatkan Coalition of Ordered Governments (COG) untuk mengesyaki kebangkitan Locust. Jesteru selepas itu, salah satu daripada baki terakhir kawasan-kawasan perlindungan untuk manusia, mula menunjukkan tanda-tanda bahawa nasib yang sama akan menanti. Untuk menghentikan kejatuhan Jacinto, COG bertindak balas dengan penentangan secara besar-besaran terhadap Locust. Pengeluar Kanan Rod Fergusson mengatakan bahawa "untuk menyelamatkan Jacinto, [COG] tiada pilihan lain kecuali menentang Locust. "

    Penerimaan[sunting | sunting sumber]

    Reviu[sunting | sunting sumber]

    Penerimaan
    Markah agregat
    PengagregatMarkah
    GameRankings93.32%
    Metacritic93/100
    Markah ulasan
    PenerbitanMarkah
    1UP.comA[4]
    Edge9/10[5]
    Game Informer9/10[6]
    GamePro5/5 bintang[7]
    GameSpot9.0/10[8]
    GameSpy5/5 bintang[9]
    GameTrailers9.5/10[10]
    IGN9.5/10
    Official Xbox Magazine9.5/10
    X-Play5/5 bintang[11]

    Gears of War 2 menerima reaksi positif daripada banyak pengkritik permainan video. Ia setakat ini memegang skor sebanyak 93,23% oleh Game Rankings, dan 93/100 oleh Metacritic.

    Walaupun permainan ini telah dipuji kerana penambahan plot yang lebih mendalam berbanding siri pertama, pengkritik memberitahu bahawa pengalaman permain berganda tidak menyerupai seperti permainan sebelumnya terutama dalam keseronokkan. IGN memberitahu bahawa empat plot pertama permainan sangat memuaskan tetapi mengkritik ketua terakhir dan penamat permainan dan dalam misi terakhir terdapat beberapa kerosakkan dan lag pada pemain berganda. Walaupun plot baru permainan dipuji, sesetengah pengkritik seperti Official Xbox Magazine mengkritik plot di tengah-tengah permainan dengan mengatakan bahawa kebanyakan plot "jatuh rata."

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ Thang, Jimmy (July 14, 2009). "E3 2008: Gears of War 2 dated". IGN. m/s. 1. Dicapai pada 2009-04-17.
    2. ^ Ellie Gibson (26 August 2008). "Gears 2 bonus content revealed News // Xbox 360 /// Eurogamer - Games Reviews, News and More". Eurogamer.net. Dicapai pada 2008-11-03.
    3. ^ "Xbox.com Gears of War 2 Detailed Page". Microsoft. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-23. Dicapai pada 2009-04-19.
    4. ^ Ford, Greg (2008-11-03). "Gears of War 2 Review at 1UP.com". 1UP.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-25. Dicapai pada 2008-11-03.
    5. ^ Staff, Edge. "Review: Gears of War 2". Edge. m/s. 1. Dicapai pada 2009-04-19.
    6. ^ Biessener, Adam. "Gears of War 2 Review at 1UP.com". Game Informer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-04-16.
    7. ^ "Gears of War 2Page". GamePro. Dicapai pada 2008-11-10.
    8. ^ Cocker, Guy (2008-11-03). "Gears of War 2 for Xbox 360 Review". GameSpot. Dicapai pada 2008-11-06.
    9. ^ Tuttle, Will (2008-11-03). "Gears of War 2 Review at GameSpy". GameSpy. Dicapai pada 2008-11-03.
    10. ^ "Gears of War 2 Review at Gametrailers". Gametrailers. 2008-11-03. Dicapai pada 2008-11-03.
    11. ^ Mr. Sark. "X-Play: Gears of War 2 Review". g4tv.com. Dicapai pada 2008-11-06.[pautan mati kekal]

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]