1UP.com
|
|
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Ogos 2010) |
![]() |
|
![]() Laman utama 1up.com pada 31 Disember, 2008 |
|
| URL | http://www.1up.com/ |
|---|---|
| Slogan | Where gamers call home |
| Komersial? | Ya |
| Jenis tapak web | Laman web permainan video |
| Pendaftaran | Pilihan |
| Pemilik | Hearst Corporation |
| Dicipta oleh | Ziff Davis |
| Dilancarkan | 2003 |
| Status semasa | Aktif |
1UP.com merupakan sebuah laman web permainan video milik UGO Entertainment, iaitu sebuah divisyen Hearst Corporation, setelah penyerapan 1UP Network (kecuali Electronic Gaming Monthly) daripada Ziff Davis Media.[1] Rangkaiannya turut merangkumi GameVideos, MyCheats dan GameTab.
Dilancarkan pada tahun 2003, 1UP.com membekalkan artikel-artikel asli, rencana berita, ulasan permainan video dan temu ramah berformat video; laman webnya berkembang dalam rencana EGM dan mempamerkan kandungan bertumpu kepada komputer (sebuah pengembangan daripada terbitan sebelumnya iaitu Games for Windows: The Official Magazine). Berbeza daripada laman web yang lebih lama seperti GameSpot, IGN dan GameSpy, 1UP.com asalnya dibina untuk dijadikan sebuah laman web rangkaian sosial bertumpu kepada komuniti untuk para penggemar permainan video [petikan diperlukan].
1UP.com menghos "kisah muka hadapan online" istimewa selama seminggu (contohnya seperti Soulcalibur III, The Legend of Zelda: Twilight Princess dan Virtua Fighter 5) yang saban hari memperkenalkan sebuah kisah mendalam, temu ramah bersama pereka, galeri tampilan permainan video, video permainan, dan/atau video studio permainan video serta para pembangun.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- (Inggeris) 1UP.com

