X-Play

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
X-Play
New-xplay2008II.png
Logo terkini X-Play
Format Permainan video
Komedi sketsa
Dibintangi Adam Sessler (1998–)
Morgan Webb (2003- )
Kristin Adams (2008–)
Blair Herter (2008–)
Kate Botello (1999-2002)
Lauren Fielder (1998–1999)
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod 1,000 (setakat 1 February, 2010)
Penerbitan
Tempoh siaran lebih kurang 22 minit (tanpa iklan)
Penyiaran
Saluran asal ZDTV (1998-2001)
TechTV (2001-2004)
G4techTV (2004-2005)
G4 (2005-sekarang)
Siaran asal 4 Julai, 1998[1] – sekarang
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

X-Play (sebelum ini dikenali sebagai GameSpot TV dan Extended Play) ialah sebuah rancangan televisyen tentang permainan video, terkenal dengan ulasan dan sketsa komedinya. Rancangannya disiarkan menerusi saluran G4 di Amerika Syarikat, G4 Canada di Kanada, FUEL TV di Australia, Ego di Israel, GXT di Itali, MTV Россия di Russia dan Maxxx di Filipina.

X-Play bermula menerusi rangkaian ZDTV pada tahun 1998 sebagai GameSpot TV, di mana Sessler menjadi hos kedua disamping Fielder untuk tahun pertama rancangan tersebut, kemudian menjadi hos kedua bersama-sama Botello sehingga tahun 2002 (penerbit ZDTV asalnya ingin menyiarkan sebuah rancangan permainan video apabila salurannya dilancarkan bergelar Extended Play yang akan dihos oleh Simon Rex[2]; akan tetapi, apabila kata sepakat dibuat dengan pereka laman web GameSpot yang baru dicipta waktu itu, rancangan untuk format asal program tersebut digagalkan untuk memberi laluan kepada rancangan berjenama GameSpot, lalu Rex diketepikan sebagai hos).

Setelah gabungan antara TachTV dan G4 pada bulan Mei 2004, X-Play menjadi satu-satunya rancangan asli untuk selamat melalui beberapa tahun, dan kini merupakan salah satu rancangan yang diberi kadaran tinggi untuk disiarkan melalui saluran tersebut.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]