Gempa bumi Pakistan 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Pakistan 2008
Tarikh29 Oktober 2008
Magnitud6.4 Mw
Kedalaman10 km (6.2 bt)[1]
KoordinatWilayah Balochistan, berhampiran Quetta
Kawasan terjejas Pakistan
Korban215[2]

Sebuah gempa bumi bermagnitud Mw 6.4 melanda wilayah Balochistan di Pakistan pada 29 Oktober 2008. Agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa tersebut berlaku 60 km (37 bt) di utara Quetta dan 185 km (115 bt) di tenggara bandar raya Kandahar, Afghanistan pada jam 04:09 waktu tempatan (28 Oktober, 23:09 UTC) pada kedalaman 10 km (6.2 bt).

Setakat ini 215 orang disahkan terkorban, tetapi jumlah kematian mungkin mencecah 400 orang.[3] Lebih 200 orang terselamat dengan mengalami kecederaan,[4][1][5] dan 120,000 lagi kehilangan tempat tinggal.[6][7]

Akhbar New York Times melaporkan Qamar Zaman Chaudhry, ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, menyatakan bahawa pusat gempa terletak 70 batu di utara Quetta,[8] dan lebih kurang 600 km (370 bt) di barat daya Islamabad.[9] Quetta, pusat pentadbiran wilayah Baluchistan, pernah diranapkan oleh sebuah gempa bumi bermagnitud Mw 7.6 yang meragut lebih 30,000 nyawa pada tahun 1935, menurut agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.[10][11]

Mohon bantuan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Lt. Jen (B) Tahir Mahmud Qazi mohon bantuan rakyat dan kerajaan Malaysia. Setakat 31 Oktober 2008, 2000 rumah musnah, 300 terbunuh dan 15,000 penduduk hilang tempat tinggal. Mangsa menghadapi masalah cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan dan ketiadaan makanan dan air bersih. Penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) akan membawa bantuan dari Malaysia. Wang tunai dideposit ke akaun Affin Bank di nombor 1000-2030-7188.

Pada 3 November 2008, Tabung Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia telah menyumbang tiga tan makanan termasuk beras, gandum dan susu pekat manakala rakyat Malaysia turut menderma pakaian panas.Mercy Malaysia akan menghantar pasukan bantuan untuk menilai jenis bantuan yang diperlukan oleh mangsa di Quetta, barat daya Pakistan.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "At least 100 dead in Pakistan quake: police". AFP. 2008-10-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-01. Dicapai pada 2008-10-30.
  2. ^ "Freezing Pakistan quake survivors wait for aid". AFP. 2008-10-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-08. Dicapai pada 2008-10-30.
  3. ^ "Pakistan quake death toll rises to 215". AFP via The Standard. 2008-10-30. Dicapai pada 2008-10-30.
  4. ^ "Pakistan Earthquake Kills 150 People Near Quetta (Update1)". Bloomberg.com. 2008-10-29. Dicapai pada 2008-10-30.
  5. ^ "Scores dead after Pakistan quake". BBC. 2008-10-29. Dicapai pada 2008-10-20.
  6. ^ "Pakistan Earthquake Near Afghanistan Border, Number Of Dead Rising". Sky News. 2008-10-09. Dicapai pada 2008-10-30.
  7. ^ "Pakistan quake rescuers recover 160 bodies". Reuters.com. 2008-10-29. Dicapai pada 2008-10-30.[pautan mati kekal]
  8. ^ Salman Masood (2008-10-29). "Quake in Pakistan Kills at Least 215". NYTimes.com. Dicapai pada 2008-10-30.
  9. ^ Sattar Kakar (2008-10-29). "Pakistani quake leaves 135 dead, 15,000 homeless". The Associated Press. Dicapai pada 2008-10-30.
  10. ^ "Pakistan Rushes Aid to Quake Zone; 20,000 Homeless". Bloomberg.com. 2008-10-30. Dicapai pada 2008-10-30.
  11. ^ Isambard Wilkinson (2008-10-30). "Pakistan earthquake: Thousands displaced as death toll rises". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-02. Dicapai pada 2008-10-30.
  12. ^ "Malaysia Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Pakistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-03.