Genesis of Aquarion

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Genesis of Aquarion
Imej:Logo aquarion.jpg
創聖のアクエリオン (Sōsei no Akuerion)
Genre Mecha
Anime TV
Diarah oleh Shoji Kawamori
Penulis
Studio Satelight
Lesen Flag of the United States FUNimation
Rangkaian TV Tokyo
Siaran pertama   4 April 200526 September 2005
Bilangan episod   26
Filem: Gekijouban Aquarion
Pengarah Shoji Kawamori
Studio Bendera JepunSatelight
Tarikh dikeluarkan 15 September 2007


Genesis of Aquarion (創聖のアクエリオン Sōsei no Akuerion?) ialah siri TV anime yang dikarang dan diarah oleh Shoji Kawamori, terbitan Satelight.

Siri cereka sains ini merupakan penghormatan kepada rancangan-rancanfan Super Robot 1970-an dan 1980-an, yang dilaksanakan dengan teknik animasi dan estetik moden. Aquarion berlatarkan zaman akan datang, apabila sebuah jentera pejuang gergasi bergelar Aquarion menjadi satu-satunya senjata manusia dalam menentang spesies berteknologi canggih yang bergelar Shadow Angels.

[sunting] Plot

11 tahun sebelum bermulanya kisah, satu malapetaka yang hanya dikenali sebagai "Great Catastrophe" meranapkan kebanyakan tempat di seluruh dunia sekaligus mengorbankan nyawa kebanyakan penduduknya. Bencana ini disusuli kemunculan "Shadow Angels", satu spesis humanoid bersayap yang rupanya pendam selama 12 ribu tahun. makhluk-makhluk ini meragut manusia di Bumi seperti lembu untuk memperoleh prana (kuasa hidup) manusia, yang dijadikan sumber tenaga dan khasiat kepada Shadow Angels. Shadow Angels memudahkan "penternakan" mereka melalui mesin-mesin terapung gergasi yang dijaga oleh makhluk gergasi iaitu "Cherubim".

Senjata biasa terbukti tidak berkesan menentang gergasi-gergasi ini, namun adanya ekspedisi manusia di bawah pimpinan Gen Fudou yang akhirnya mengekskavasi tiga buah pesawat pejuang yang berteknologi amat canggih. Gen Fudou kemudian menghilangkan diri, tetapi sebuah organisasi bernama Deava mengambil alih penyelidikan mesin-mesin ini yang digelar Vector. Ketiga-tiga Vector ini bernama Vector Luna, Vector Mars dan Vector Sol. Pihak Deava mendapati bahawa sesiapa yang merupakan pengguna Element sahaja boleh mengawal Vector dan maka itu, menyatukan ketiga-tiga Vector untuk membentuk mesin pejuang gergasi Aquarion.

Ketika pertempuran sulung mereka dengan askar Cherubim, mereka menemui seorang pemuda bernama Apollo, yang mungkin sekali wira Apollonius yang dilahirkan semula, juga dikenali sebagai "Solar Wing", yang menderhakai "Shadow Angels" demi kekasihnya Celiane. Kemudian, adalah didapati bahawa pembangunan tentera, bersama Deava, telah mereka Vector tentera yang serupa keupayaannya dengan tiga Vector pertama, tetapi lebih dilengkapkan senjata biasa.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi