Gentang kerabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gentang kerabu
Subang nenek
Pengelasan saintifik
Alam:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. paniculata
Nama binomial
Spilanthes paniculata Wall. ex DC.

Gentang kerabu (Jawi: ݢنتڠ کرابو) atau subang nenek ialah sejenis tumbuhan dari famili bunga matahari iaitu Compositae atau Asteraceae. Daun mudanya boleh dibuat ulam setelah dibersihkan.

Botani[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini jenis tumbuhan saka yang tahan semusim ini tumbuh menegak setinggi 30-45 sentimeter. Batangnya yang menyentuh tanah berupaya mengeluarkan akar dan pucuk baru di buku ruas tanah memudahkan ia membiak. Dedaun ini tampak tunggal, sederhana kecil, susunan berhadapan, berbentuk ovat atau bentuk jantung, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau.

Bunga kecil, berwarna kuning kejinggaan, tersusun dalam jambak yang berbentuk bulat membusut di tengahnya seakan subang wanita.

Pengunaan[sunting | sunting sumber]

Cara makannya adalah dengan mencelur atau distimkan dahulu daunnya dan kemudian dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain dimakan bersama nasi. Rasanya sedikit pedas.[1]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Bagi tiap 100 g daunnya mengandungi protein (2 g), lemak (o.3 g), karbohidrat (3.7 g), kalsium (162 mg), fosforus (42 mg), ferum (40 mg), vitamin A (340 IU), vitamin B1 (0.03 mg) dan vitamin C (20 mg).[perlu rujukan]

Dikatakan dengan memakan daun gentang kerabu sebagai ulam dapat merangsang pencernaan air liur bagi yang menghadapi pengeluaran air liur yang kurang, dapat merawat sembelit dan buasir.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]