Asterales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asterales
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophytta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Asterales
Famili: (sila lihat teks)
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Lindl. (1833

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Asterales ialah sebuah susunan tumbuhan berbunga dikotiledon yang termasuk Asteraceae (sebuah famili komposit yang terdiri daripada bunga matahari, bunga daisi, pokok tisel, dan sebagainya) dan famili-famili berkait.

Susunan ini bersifat kosmopolitan, dan terutamanya termasuk spesies herba, walaupun terdapat juga sebilangan kecil pokok-pokok (Lobelia) dan pokok-pokok renek.

Asterales dapat dicirikan pada peringkat morfologi dan molekul. Sinapomorfi termasuk inulin oligosakarida sebagai storan nutrien, dan stamen-stamennya berkumpul secara padat atau digabungkan menjadi tiub di sekeliling stilnya. Sifat yang terakhir biasanya dikaitkan dengan pendebungaan sekunder yang merupakan sesuatu yang biasa di kalangan famili-famili susunan ini.


Famili[sunting | sunting sumber]

Asterales merangkumi sebelas buah famili seperti berikut:

  1. Alseuosmiaceae
  2. Argophyllaceae
  3. Asteraceae - Bunga Daisi
  4. Calyceraceae
  5. Campanulaceae (termasuk Lobeliaceae)
  6. Goodeniaceae
  7. Menyanthaceae
  8. Pentaphragmaceae
  9. Phellinaceae
  10. Rousseaceae (termasuk Carpodetaceae)
  11. Stylidiaceae (juga Donatiaceae)

Dua famili yang terbesar ialah Asteraceae yang mengandungi kira-kira 25,000 spesies, serta Campanulaceae dengan kira-kira 2,000 spesies. Famili-famili yang tinggal bersama-sama terdiri daripada kurang daripada 500 spesies. Kedua-dua famili yang besar bersifat kosmopolitan dengan pusat taburannya di hemisfera utara, dan famili-famili yang lebih kecil biasanya dihadkan kepada Australia serta kawasan-kawasan berhampiran, atau kekadang di Amerika Selatan.

Di bawah sistem Cronquist, Asteraceae merupakan famili yang tunggal dalam kumpulan ini, tetapi sistem-sistem taksonomi tumbuhan yang lebih baru (umpamanya APG II) telah mengembangkan saiz famili ini.

Evolusi dan biogeografi[sunting | sunting sumber]

Susunan Asterales mungkin berasal daripada Zaman Batu Kapur di superbenua Gondwana yang kini merupakan kawasan Australia dan Asia. Walaupun kebanyakan spesies yang masih wujud adalah bersifat herba, pemeriksaan famili-famili asal dalam susunan ini menunjukkan bahawa leluhur yang sama bersifat arboresen.

Bukti-bukti fosil Asterales jarang dijumpai dan yang terdapat, wujud pada zaman-zaman yang agak terkini. Oleh itu, anggaran usia susunan ini adalah amat susah. Sebiji debunga Epok Oligosen telah diketahui untuk famili-famili Asteraceae dan Goodeniaceae, dan biji-biji Menyanthaceae dan Campanulaceae masing-masing juga di ketahui untuk Epok Oligosen dan Epok Miosen. (Bremer and Gustafsson, 1997)

Kepentingan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Famili Asteraceae termasuk sebilangan spesies yang ditanam untuk makanan, umpamanya bunga matahari (Helianthus annuus) atahu cikori (Cichorium). Banyak rempah dan herba perubatan juga terdapat daripada famili ini. Asteraceae adalah juga penting dari segi hortikultur, umpamanya bunga kekwa) dan Campanulaceae.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • K. Bremer, M. H. G. Gustafsson (1997). East Gondwana ancestry of the sunflower alliance of families (Keturunan Gondwana Timur bagi famili-famili bunga-bunga matahari). Proceedings of the National Academy of Sciences U.S.A. 94, 9188-9190. (Boleh didapati dalam talian: Abstrak | Teks penuh (HTML) | Teks penuh (PDF))
  • W. S. Judd, C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Plant Systematics: A Phylogenetic Approach (Sistematik Tumbuhan: Pendekatan Filogeni), edisi ke-2. m.s. 476-486 (Asterales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0-87893-403-0.
  • J. Lindley (1833). Nixus Plantarum, 20. Londini.
  • Smissen, R. D. (Disember 2002). Asterales (Bunga Matahari). Dalam: Nature Encyclopedia of Life Sciences (Ensiklopedia Alam Semula Jadi Sains Hayat). Nature Publishing Group, London. (Boleh didapati dalam talian: DOI | tapak web ELS)