Geografi Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama Hong Kong adalah merujuk kepada Pulau Hong Kong di Laut China Selatan, berdekatan dengan delta Zhu Jiang (atau Sungai Pearl) Selatan China. Wilayah-wilayah lain yang dimasukkan kemudian adalah Semenanjung Kowloon dan New Territories, yang merangkumi lebih daripada 200 pulau yang berhampiran. Bentuk muka buminya adalah tanah tinggi dan bercuram, puncak yang tertinggi adalah di Tai Mo Shan pada ketinggian 958 m, walaupun terdapat kawasan rendah di utara.

Hong Kong terletak di timur Delta Zhu Jiang, sementaran Macau (Wilayah Pentadbiran Khas yang lain di China) terletak di barat. Hong Kong adalah bersempadanan dengan Bandar Shenzhen di utara.

Keseluruhannya Hong Kong mempunyai keluasan 1102 km², hanya 25% sahaja yang dibangunkan. Selebihnya 75% adalah ditetapkan sebagai taman negara dan perlindungan alam.

Iklim tempatan adalah beriklim Monsun Tropika. Ia adalah sejuk dan kering semasa musim sejuk (Jan-Mac), panas dan lembap semasa musim panas dan bunga (Apr-Sep), panas, cerah dan kering semasa musim luruh (Okt-Dis). Hong Kong sentiasa dikunjungi oleh taukeh-taukeh kaya untuk bercuti.