Glires

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Glires
Tikus kanggaru (Dipodomys)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Kelas: Mammalia
Infrakelas: Eutheria
Magnorder: Boreoeutheria
Superorder: Euarchontoglires
(tiada peringkat): Glires
Order

Glires (Latin glīrēs, dormouse) ialah satu klad yang terdiri daripada rodensia ([tikus]], tupai dsb.) dan lagomorfa (arnab dan pika). Hipotesis bahawa rodensia dan lagomorfa membentuk satu kelompok monofiletik telah sekian lama diperdebatkan berdasarkan bukti morfologi, tetapi kajian morfologi terkini kuat menyokong Glires sebagai monofili (Meng and Wyss, 2001; Meng et al., 2003), terutamanya penemuan bahan fossil baru ahli-ahli basal dalam Glires, terutaman genus-genus Mimotona, Gomphos, Heomys, Matutinia, Rhombomylus, dan Sinomylus, yang telah membantu merapatkan jurang antara rodensia dan lagomorfa biasa (Meng et al., 2003; Asher et al., 2005). Data yang berdasarkan DNA nukleus menyokong Glires sebagai saudara kepada Euarchonta untuk membentuk Euarchontoglires (Murphy et al. and Madsen et al. 2001), tetapi sesetengah data genetik dari kedua-dua DNA nukleus dan mitokondrium kurang menyokongnya (Arnason et al. 2002). Kajian yang menyelidik data kehadiran/ketiadaan retrotransposon pula sebulat suara menyokong hipotesis Glires (Kriegs et al. 2007).

Euarchontoglires
Glires

Rodentia (tikus dsb.)



Lagomorpha (arnab dan pika)



Euarchonta

Scandentia (tupai tanah)


Primatomorpha

Dermoptera (kandau terbang)




Primata (†Plesiadapiformes, Strepsirrhini, Haplorrhini)






References[sunting | sunting sumber]

  • Madsen O, Scally M, Douady CJ, et al. (February 2001). "Parallel adaptive radiations in two major clades of placental mammals". Nature 409 (6820): 610–4. doi:10.1038/35054544. PMID 11214318. 
  • Meng J, Wyss AR (2001). "The morphology of Tribosphenomys (Rodentiaformes, Mammalia): phylogenetic implications for basal Glires". J. Mammal. Evol. 8 (1): 1–71. doi:10.1023/A:1011328616715. 
  • Murphy WJ, Eizirik E, Johnson WE, Zhang YP, Ryder OA, O'Brien SJ (February 2001). "Molecular phylogenetics and the origins of placental mammals". Nature 409 (6820): 614–8. doi:10.1038/35054550. PMID 11214319.