Gunung Mayon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Berapi Mayon Flag of the Philippines.svg

Gunung Berapi Mayon pada 23 September 1984
Ketinggian 2,463 meter (8,077 kaki)
Lokasi
Lokasi Albay, Filipina
Koordinat 13°15′24″U, 123°41′6″T
Geologi
Jenis Stratovolkano
Letusan terakhir 2006 (berterusan)

Gunung Mayon adalah sebuah gunung berapi yang terletak di daerah Albay, negeri Bicol, Filipina. Bentuk kon yang paling sempurna dianggap oleh kebanyakan orang lebih cantik daripada Gunung Fuji di Jepun. Malah hanya beberapa kilometer ke selatan gunung berkenaan adalah Kota Legazpi.

Gunung ini menjadi tumpuan pelancong kerana 48 kali meletus termasuk 2006. Mayon termasuk keajaipan alam semulajadi ke-7 dunia.

Mayon dikelaskan oleh pakar gunung berapi sebagai stratovolkano (gunung berapi komposit). Konnya yang bersimetri telah dibentuk menerusi aliran piroklastik dan lava. Mayon merupakan gunung berapi yang paling aktif volcano di negara tersebut, telah banyak kali meletus sebanyak 50 kali di sepanjang 400 tahun.

Letusan Mayon yang paling dahsyat telah wujud pada 1 Februari, 1814. Pengaliran lava telah membenam pekan Cagsawa dan 1,200 orang hilang. Hanya menara loceng gereja pekan berkenaan yang tinggal. Ia terletak di antara Plat Eurasian dan Plat Filipina serta merupakan satu sempadan plat yang memusnah. Di mana ada plat bertemu dengan plat lautan ia menolak plat lautan ke dalam, menolak magma ke atas.


Letusan 2006[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 2006, bilangan ketulan batuan jatuh daripada kubah lava yang aktif bersama-sama dengan dome sulfur oksida telah meningkat merujuk kepada pemantauan, yang menyebut bahawa aliran piroklastik atau satu letupan gunung berapi wujud pada bila-bila masa sekarang.

1 Disember 2006 Taufan Durian selaju 225 km sejam membadai Filipina menyebabkan 1200 terbunuh dan 120,000 hilang tempat tinggal. [1] Taufan ini diburukkan lagi oleh hujan lebat, tanah runtuh dan banjir lumpur dari gunung berapi Mayon. Presiden Gloria Macapagal Arroyo mengarahkan tentera memberi bantuan semerta. Palang Merah Filipina memberi bantuan kecemasan kepada penduduk di Albay dan Bicol.

Letusan asap 2009[sunting | sunting sumber]

Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina menyatakan Gunung Mayon mengeluarkan sap sejak 10 Julai 2009 pada tahap sederhana (2). Sehingga 11 November 2009, letusan abu berwarna kelabu menyelubungi 22,000 penduduk di 9 kampung berhampiran. Gegaran selama 3 minit dan serpihan batu di puncaknya bersinar merah menandakan letupan magma gunung berapi pasti berlaku.

Langkah keselamatan ialah berlindung di dalam rumah , menutup muka dengan kain lembab yang kering atau mengenakan topeng muka. Penduduk dan pelancong jangan berada dalam 'zon bahaya tetap' iaitu lingkungan 6 km dari kawah. Penduduk Legazpi seramai 160,000 orang.[2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]