Taufan Durian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taufan Durian (Reming)
Taufan (JMA)
typhoon kategori 4 (SSHS)
Taufan Durian ketika kemuncak pada 29 November

Taufan Durian ketika kemuncak pada 29 November
Terbentuk 25 November 2006
Reda 5 Disember 2006
Kelajuan maksimum
angin
195 km/j (120 bsj)
(Purata 10 minit)
250 km/j (155 bsj)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 915 hPa (mbar)
Kematian 1,497[1][2]
Kerosakan Lebih $13.5 bilion (Nilai USD tahun 2006)
Lebih $13.5 bilion (2006 USD)
Kawasan
terjejas
Negeri Yap, Filipina, Vietnam, Thailand, Malaysia
Sebahagian daripada
Musim taufan Pasifik 2006

Taufan Durian (gelaran antarabangsa: 0621, gelaran JTWC: 24W, nama PAGASA Reming) ialah ribut kuat yang melanda wilayah Albay, pesisir timur negara Filipina. Ia merupakan "taufan super" Kategori 5 di Laut China Selatan, dan berlaku mulai 25 November 2006 (musim tengkujuh). Nama buah durian diberikan oleh pihak Jabatan Meteorologi Thailand (Durio zibethinus).[3]

Ribut kencang mengakibatkan lebih 1,497 orang terbunuh dan 120,000 lagi hilang tempat tinggal, kebanyakannya di Filipina. Ia diburukkan lagi oleh tanah runtuh dan banjir lumpur dari debu gunung berapi Mayon. Kampung-kampung dalam radius 320 km di wilayah Albay terjejas terus.

Richard Gordon, ketua Palang Merah Filipina menyatakan kerja-kerja menyelamat terjejas kerana terjadi gangguan tenaga elektrik, komunikasi serta terputus jalan perhubungan darat. Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo mengarahkan tentera menyediakan bantuan perubatan di kampung terpencil. Masalah utama ialah bekalan air bersih, ubat-ubatan dan beg mayat. Gabenor Albay, Fernando Gonzales menyatakan 22,000 penduduk di Albay terjejas. Setiausaha Pertanian, Arthur Yap menganggarkan kerugian RM36.6 juta terutama kebun-kebun kelapa, sawah padi dan hem. Operasi lombong emas oleh syarikat pelombongan Australia, Lafayette Mining Ltd di wilayah Albay terjejas teruk.[4] Angka kematian sebenar tidak diketahui kerana beberapa kawasan sekitar Gunung Mayon tertimbus dan tidak dapat digali.

Selepas menyebabkan kerosakan teruk di Filipina, Taufan Durian menuju ke Vietnam pula melalui Laut China Selatan. Ia mendarat berhampiran Thành phố Hồ Chí Minh, menyebabkan kerosakan lebih AS$400 juta. Hampir 100 maut dan ratusan lagi hilang. Secara keseluruhan, Durian mengorbankan sekurang-kurangnya 1,497 orang dan meninggalkan ratusan lagi hilang. Kerosakan akhibat taufan ini dianggarkan melebihi $13 bilion (USD 2006).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]