Gunung Fuji

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gunung Fuji
富士山
FujiSunriseKawaguchiko2025WP.jpg
G. Fuji ketika matahari terbit dari Tasik Kawaguchi
Ketinggian 3,776 meter (12,388 ka)
Lokasi Kawasan Chūbu, Honshū, Japan
Kejelasan 3,776 m (12,388 ka)
Koordinat 35°21′28.8″N 138°43′51.6″E / 35.358°N 138.731°E / 35.358; 138.731Koordinat: 35°21′28.8″N 138°43′51.6″E / 35.358°N 138.731°E / 35.358; 138.731
Jenis Stratovolkano
Letupan terakhir 1707[1]
Pendakian pertama 663 oleh seorang sami
Laluan paling mudah Panjat

Gunung Fuji (富士山 Fuji-san?, IPA: [ɸɯʥisaɴ]) ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya).

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. [1] Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, yaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas. Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: