Haim Hilman Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dr

Haim Hilman Abdullah

Ph.D (UPM)
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
21 Ogos 2023
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jitra
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMukhriz Mahathir
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia ke-9
Dalam jawatan
17 Januari 2022 – 18 Januari 2023
Didahului olehAhmad Bashawir Abdul Ghani
Digantikan olehMohd Fo’ad Sakdan
Butiran peribadi
Lahir (1973-02-04) 4 Februari 1973 (umur 51)
Tanjung Malim, Perak
Parti politik (2023-kini)
Alma materUniversiti Putra Malaysia (2005 - 2009)
Universiti Portsmouth (1998-1999)
UiTM (1991-1996)

Profesor Dr Haim Hilman Abdullah ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia[1] pada Januari 2022 hingga Januari 2023.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Haim Hilman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selisek, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma UiTM dan kemudian ke Universiti Portsmouth United Kingdom pada 1996[2].

Beliau telah memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh ijazah kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia[1].

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Tempoh perkhidmatan dipendekkan[sunting | sunting sumber]

Haim Hilman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 17 Januari 2022. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama tiga tahun[1]. Pada Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tempoh perkhidmatan beliau disingkatkan[3]. Menteri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemendekkan tempoh khidmat Haim Hilman disebabkan terdapat aduan membabitkannya[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Haim Hilman dilantik Naib Canselor baharu UUM". BHarian. 19 Januari 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ "PENSYARAH KANAN UUM TERBAIK PhD DI UPM". UUM Sintok. 21 Oktober 2010. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  3. ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman selaku NC UUM disingkatkan". BHarian. 20 Disember 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  4. ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman dipendekkan kerana ada aduan". Sinar Harian. 6 Februari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.