Mukhriz Mahathir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
 Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

Ahli Parlimen
untuk P5 Jerlun, Kedah
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008

Tarikh lahir November 1964
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - United Malays National Organisation (UMNO)
Hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad (bapa), Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali (ibu)
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam

Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (lahir pada November 1964) ialah anak ketiga daripada lima adik-beradik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.


Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan besar seperti Opcom Holdings[1][2], Kosmo Tech[3] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[4].Beliau juga pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Organisation.[5]

Isi kandungan

[sunting] Politik

Pada tahun 2004, Mukhriz menang besar selepas mendapat undian tertinggi pada salah satu jawatan tertinggi UMNO [6][7] dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO, akan tetapi beliau menarik diri dari pencalonan.[8] Abang beliau, Mokhzani, juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.

Beliau berterusan bercakap bagi pihak bapanya dalam isu perbalahan antara bapanya dan Perdana Menteri,Abdullah Ahmad Badawi.[9][10] Pada 2006, beliau telah menang majoriti 5 undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya.[11] Beliau mengalami perselisihan faham dengan UMNO selepas beliau memberi komen terhadap ucapan Perdana Menteri bahawa beliau berasa sedikit hampa terhadap Perdana Menteri kerana tidak menawarkan apa-apa perubahan.[12]Walaubagaimanpun,kemudian beliau telah memohon maaf di atas ketelanjurannya..[13]

Namun begitu, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).[14][15].Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah di bantah oleh 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi[16] Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji akan memberi sokongan yang penuh dalam pilihan raya nanti.[17]

[sunting] Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mukhriz Mahathir bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jerlun , negeri Kedah. Mukhriz Mahathir telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19424. Calon lawan ialah Idris Bin Ahmad dari PAS , mendapat 17,219 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% . Undi rosak sebanyak 599.

[sunting] Keluarga

Mukhriz telah pun berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.[18] Beliau sedang menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, badan vaksin kanser.[19]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain